Isnin, 21 Februari 2011

Kini reformasi di Magribi


Video dan maklumat terkini rusuhan.Kini Magribi pula cuba bangkit dalam menuntut keadilan.

RABAT - Ribuan orang berarak di bandar-bandar di Maghribi semalam bagi menuntut reformasi politik dan kuasa raja dihadkan.

Ia merupakan tunjuk perasaan terbaru yang berlaku di kawasan Afrika Utara selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir akibat desakan penunjuk perasaan.

Lebih 2,000 orang berarak di jalan-jalan raya di Rabat dengan menjerit slogan perubahan.
Di Casablanca yang merupakan bandar terbesar di negara tersebut, lebih 1,000 orang berhimpun bagi menuntut lebih banyak kebebasan, maruah dan keadilan.

Tunjuk perasaan yang diadakan pada waktu tengah hari itu berlangsung dalam keadaan aman.
"Saya mahu Maghribi yang lebih adil dan kurang korup," kata salah seorang penunjuk perasaan yang enggan namanya didedahkan di Casablanca.

Ribuan golongan muda di Maghribi menyertai akaun Pergerakan 20 di laman sosial Facebook bagi menuntut perlembagaan baru digubal bagi mengurangkan kuasa raja dan lebih banyak keadilan sosial dilakukan.
Maghribi diperintah oleh Raja Mohamed VI. Negara itu memperoleh kemerdekaan daripada Sepanyol pada 7 April 1956.

Sumber: Kosmo

Jumaat, 18 Februari 2011

Koleksi video Demonstrasi di Tunisia, Mesir, Yemen, Bahrain, Libya

Tunisia


Mesir


Yemen



Bahrain


Libya





Hospital di Gaza kurang bekalan ubat

Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) cawangan Al-Quds menegaskan bawaha majoriti hospital di Gaza mengalami kekurangan bekalan ubat yang serius. Sejumlah 38% ubat-ubatan di Gaza sudah habis di awal tahun 2011 dan 40% mengalami kekurangan layanan kesihatan. Antara yang terjejas teruk ialah perubatan bagi pesakit kanser yang memerlukan kimoterapi.
Selain itu sakit yang memerlukan anti-biotik dan asma turut terkesan dengan masalah kekurangan ubat-ubatan.



sumber: Palestinkini

Khamis, 17 Februari 2011

PENTING : Kepada Pelajar Johor Mesir di Tanah Air

Makluman penting! semua pelajar Johor Mesir yg telah pulang ke malaysia dikehendaki melapor diri kepada Yayasan Pelajaran Johor sebelum 22 Feb 2011. Ini termasuk pelajar tajaan JPA, MARA, persendirian mahupun agensi lain.maklumat lanjut rujuk http://www.mybkpjm.org/ atau YDP BKPJM +6 012-7660 650..Sebarkan melalui SMS, telefon dll krn dikhuatiri ada sahabat2 kita mempunyai capaian internet terhad..tq

P/S : Muat turun borang di BKPJM BOX http://www.mybkpjm.org/

Kelantan sedia RM1.5 juta galak pasangan muda kahwin

 Kerajaan PAS Kelantan melancarkan "Gerbang Az-Ziwaaj" dengan peruntukan RM1.5 juta tahun ini bertujuan menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin.

Semasa melancarkannya, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), berkata program bertemakan "Anda Bijak Kerana Berkahwin" itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah. Melalui program itu, setiap pasangan diberi RM1,000 dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat kadi, pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri, kaunter khidmat pelanggan Setiausaha Kerajaan Negeri atau muat turun borang dari laman facebook "Gerbang Az-Ziwaaj" (Gerbang Perkahwinan).



Sumber: Bernama

Mubarak serah tugas kepada Sulaiman

Presiden Mesir, Husni Mubarak dalam ucapannya menyatakan telah menyerahkan tugas kepada Umar Sulaiman. Serahan tugas akan berlaku sehingga bulan September. Beliau turut menyatakan beberapa undang-undang akan dipinda bersesuain dengan kemahuan rakyat Mesir.
Sementara itu, rakyat Mesir yang berdemo di Dataran Tahrir terus tidak berganjak dari situ. Rakyat Mesir bukan sahaja ingin Mubarak berundur, malah Sulaiman dan seluruh pemimpin negara itu untuk berundur.


sumber: Palestinkini

Selasa, 15 Februari 2011

Apabila.....

Salah seorang ulama salaf berkata kepada anaknya, "Apabila nafsumu mengajak untuk melakukan maksiat, maka lihatlah ke atas dan malulah kepada penghuni langit. Apabila tidak, maka lihatlah ke bawah dan malulah kepada penghuni bumi. Apabila kamu tidak merasa malu kepada penghuni langit dan penghuni bumi, maka anggaplah dirimu termasuk binatang yang tidak mempunyai rasa malu".

Isnin, 14 Februari 2011

Pelajarilah....

"Pelajarilah ilmu pengetahuan. Mempelajarinya saja
suatu tanda takwa, mencarinya adalah sebagai ibadah,
menuntutnya sama dengan jihad, mengajarnya kepada
orang yang tidak mengerti merupakan suatu kebaktian.
Sebab ilmu itulah yang memberi ajaran yang mana halal
yang mana haram, ilmulah sebagai pelita ahli syurga,
ilmu merupakan teman dalam kerisauan, sahabat di
tempat yang asing, teman bercakap kala sendirian,
penunjuk jalan di kala suka atau duka, senjata untuk
melawan musuh, merupakan perhiasan di samping kekasih.
Dengan ilmulah Allah mengangkat darjat beberapa umat,
maka mereka itulah yang dijadikan sebagai penuntun
jalan, dipuji segala tindakan, diikuti kelakuannya,
pendapatnya digunakan. Malaikat menyintai perbuatan
mereka itu dan dengan sayap-sayapnya mereka
dilindungi. Setiap sesuatu memintakan keampunan bagi
mereka, baik yang basah ataupun yang kering, juga
ikan-ikan yu di lautan dan juga binatang ternak, sebab
ilmu adalah kehidupan hati dari kebodohan, pelita mata
dari kegelapan. Seseorang hamba dapat mencapai darjat
yang terpilih dan luhur dengan menggunakan ilmu itu
pula. Memikirkan ilmu sama dengan berpuasa.
Mempelajari ilmu sama dengan mendirikan solat. Dengan
ilmulah dapat dipertemukan kekeluargaan, dengannya
pula dapat diketahui sesuatu yang halal dan haram.
Ilmu adalah pemimpin amal, amal adalah pengikutnya.
Ilmu diilhamkan kepada orang-orang yang mendapat
kebahagiaan dan disingkirkan dari orang-orang yang
ditakdirkan celaka."

(Hadis riwayat Ibn Abdul Bar dlm Kitab 'Ilm dgn
sanadnya kpd Nabi Muhammad saw sbg hadis Mauquf pd
Muaz ra)

Ahad, 13 Februari 2011

Dengki khianat penyakit yang berbahaya

Alangkah baiknya kalau manusia pendengki tersebut memahami betapa ruginya akibat dengki khianat tersebut. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala telah menjanjikan untuk orang-orang sepertinya siksa yang pedih.Lebih-lebih lagi untuk orang yang terus-menerus mengembangkan  fitnah tanpa bertaubat dan sedar diri.

Khamis, 3 Februari 2011

Disini sosial itu bermula.....

Di Perlembahan Nil ini saya bersosial dengan ilmu-ilmu yang bertaburan.Syukur kerana Allah tempatkan saya bersama sahabat-sahabat yang dahagakan ilmu Allah.Pasti Bumi Nabi Musa ini sentiasa dalam kenangan saya yang amat berharga.InsyaAllah 5 Februari 2011, saya bersama sahabat yang lain akan bertolak ke Alexandria, seterusnya mengikuti penerbangan ke Jeddah untuk transit dan seterusnya ke Malaysia.Dan mungkin saya  mengambil masa yang lama untuk update blog.Insya Allah , saya akan berkongsi pengalaman detik-detik demontrasi yang saya sendiri saksikan.Mohon sahabat-sahabat doakan perjalanan saya pulang ke Malaysia.Berat sungguh hati ini hendak meninggalkan Bumi Anbia`.Salam perpisahan buat Perlembahan Nil.

Di Sinilah Kita
Merancang Dan Bertindak
Memerah Fikiran
Dan Melerai Masalah
Namun Kita Tetap Manusia
Tenaga Kita Tak Ke Mana
Fikiran Kita Ada Batasannya
Tindakan Kita Ada Sempadannya

Rabu, 2 Februari 2011

Mesir dalam bahaya

    Demontrasi Tunisia telah memberi inspirasi kepada ribuan penunjuk perasaan di Mesir pada Selasa lepas.Para demostran berkumpul di Kota Kaherah dan kota-kota besar lainnya.Antaranya ialah Mansoura, Damanhur, Tanta, Suez dan selainnya.

    Ratusan ribu rakyat membanjiri kota-kota Mesir menyeru pembaharuan dan menuntut pengusiran Hosni Mubarak, Perdana Menteri Mesir.Rakyat ditindas, segelintir para demonstran anti-kerajaan melemparkan batu ke arah petugas-petugas keamanan.Sementara itu, mereka melaungkan slogan-slogan pengusiran Hosni Mubarak yang telah memegang tampok pemerintahan selama 30 tahun.Dilaporkan juga, seorang polis meninggal dunia ekoran akibat kepalanya pecah terkena lontaran batu para demonstran.Manakala trak-trak polis memacu penyembuh air dan meriam air untuk membubarkan ribuan demostran di Kaherah.

   Menurut fakta yang diperolehi, rakyat Mesir meningkat 2 % pada setiap tahun shingga

PELAN TINDAKAN EVAKUASI

Tarikh bermulanya Operasi: 2 Februari 2011
Modus Operandi
1. Penerbangan dengan pesawat Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM):
a) Kaherah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Kompleks Haiyyu Ashir dan DMAK)
b) Iskandariah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Rumah MARA)
c) Mansourah – Iskandariah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Hotel New Mansourah @ 5th February, 1000 hrs)
2. Pelayaran:
a) Pelabuhan Al-Adabiyah – Pelabuhan Jeddah (Tempat Berkumpul: Kompleks Haiyyu Ashir)
3. Jeddah adalah pusat transit (penginapan di asrama Tabung Haji) untuk tempoh tidak melebihi sebulan, penginapan dan makan minum ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.
4. Pelayaran dari Pelabuhan Jeddah ke Pelabuhan Pulau Pinang atau Pelabuhan Port Klang.
5. Kos perjalanan balik ke Mesir adalah di atas tanggungan sendiri.
6. Perjalanan dari tempat penginapan ke pelabuhan atau lapangan terbang disediakan.
7. Setiap peserta hanya dibenarkan membawa hand luggage kecil tidak melebihi 7 kilogram.
8. Peserta diingatkan untuk membawa passport/dokumen perjalanan yang sah.
9. Peserta hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Sekretariat dari masa ke semasa.

Jadual Perjalanan
Penyelaras hendaklah mengatur perjalanan dari tempat berkumpul ke lapangan terbang (Rujuk Jadual Penerbangan).
Waktu untuk berkumpul di tempat berkumpul sebelum bertolak ke lapangan terbang adalah seperti berikut:
a) Kaherah – 2nd February, 1100 hrs
3rd, 4th dan 5th February, 1000 hrs
b) Alexandria – 4th, 5th and 6th February, 0900 hrs

Kriteria Pemilihan Pelajar-Pelajar
1. Pelajar wanita
2. Pelajar berkeluarga
3. Pelajar yang uzur dan sakit
4. Berada di zon risiko tinggi
5. Pelajar tahun pertama
6. Pelajar sekolah rendah/sekolah menengah

Tindakan Yang Perlu Diambil
Sila isi borang makluman pelajar yang disertakan. (sila rujuk pegawai Negeri, Alex, MARA masing-masing atau klik terus di sini http://jpmk.info/wp-content/uploads/Borang-Peribadi-Pelajar_2011-utk-Evakuasi1.pdf)

Jadual Penerbangan dan Pelayaran Kaherah ke Jeddah
Tarikh Flight 1 (3 aircrafts) Flight 2 (3 aircrafts) Bunga Emas 5
3rd February (delayed)
4th February 0600 hrs 1300 hrs
5th February 0600 hrs 1300 hrs 1400 hrs
6th February 0600 hrs 1300 hrs

Jadual Penerbangan Alexandria/Mansourah ke Jeddah
Tarikh Flight 1 (2 aircrafts) Flight 2 (2 aircrafts)
5th February 0600 hrs 1300 hrs
6th February 0900 hrs 1600 hrs
7th February 0900 hrs 1600 hrs
*TBC
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini sila berhubung dengan pegawai-pegawai Kedutaan seperti di bawah:
1. En. Saharudin Hassan (+2010-5005338)
2. En. Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris (+2010-1101004)
3. En. Muhammad Hazam Hajanan (+2010-8714264)
4. En. Samsul Kahar Kamarudin (+2010-5382715)


Kedutaan Besar Malaysia Kaherah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails