Sabtu, 18 September 2010

::|| KeNaLi SyEiKh sAiD HawWa ||::

Tokoh kali ini yang hendak dimuatkan dalam entri saya ialah tokoh yang tidak asing lagi di kalangan gerakan islam iaitu Syeikh Sa'id Hawa bin Muhammad Daib Hawwa atau lebih dikenali sebagai Syeikh Sa'id Hawwa.Beliau dilahirkan di Kota Hamat,Syria pada tahun 1953 M.Ketika beliau berumur dua tahun,ibunya telah pulang kerahmatullah.Rentetan dari pemergian ibunya,beliau di asuh oleh neneknya.Dibawah bimbingan serta didikan bapanya yang merupakan salah seorang mujahiddin ,Sa'id Hawwa yang masih


berdarah muda sudah bergiat aktif dan sekaligus menggabungkan diri dalam Jama'ah Ikhwanul Muslimin pada tahun 1952 M.


Sebilangan guru beliau dari syeikhul di Syria,khususnya tokoh ulama Hamat iaitu Syeikh Muhammad Al-Hamid,Syeikh Muhammad al-Hasyimi,Syeikh Abdul Wahab Dabus Wazit,Syeikh Abdul Karim Ar-Rifa'i,Syeikh Ahmad Al-Murad dan Syeikh Muhammad Ali Al-Murad.Disamping itu ,beliau juga turut berguru kepada beberapa para ustaz,diantaranya ialah Mustafa As-Siba'i,Mustafa Az-Zarqa,Fauzi Faidhullah.


Syeikh Sa'id Hawwa menamatkan pengajiannya di universiti pada tahun 1961 M,lalu mengikuti khidmat 'askariyah (ketenteraan) pada tahun 1963 M hingga menjadi seorang perwira cadangan.Beliau menamatkan zaman bujangnya pada tahun 1964 M dan dikurniakan seramai empat orang cahaya mata.


Beliau bergiat aktif sebagai aktivis dan kerap memberi ceramah,khutbah serta mengajar di Syria,Saudi.Kuwait,Emirate,Iraq,Jordan,Mesir,Qatar, Pakistan,Amerika dan Jerman.Beliau pernah dipenjara selama lima tahun iaitu sejak 5/3/1973 - 29/1/1981.Sepanjang kehidupan beliau di jeriji besi,beliau menghabiskan kehidupannya dengan menulis kitab.Antara penulisan kitab beliau ialah Kitab Al-Asasi fi At-Tafsir,kitab tersebut mengandungi 11 jilid dan tidak terlepas juga kitab-kitab dakwah yang lain.


Diantara karya penulisan Sa'id Hawwa yang telah diterbitkan dan diterjemahkan ke bahasa lain di seluruh dunia ialah :


1. Allah Jalla Jalaluhu
2. Ar-Rasul Shallallahu alaihi wassalam
3. Al-Islam
4. Al-Asa Fit Tafsir
5. Tarbiyatuna Arruhiyah
6. Jundullah Tsaqafatan wa Akhlaqan
7. Dan lain-lain


Pernah diberi tanggungjawab dalam memimpin organisasi  Gerakan Ikhwanul Muslimin.Beliau sangat aktif dalam aktiviti dakwah,politik dan jihad.Pada tahun 1987 M beliau diserang sejenis penyakit parkinson disamping penyakit-penyakit yang lain.Antaranya penyakit darah tinggi,ginjal,dan penyakit mata  hingga terpaksa meng'uzlahkan diri.Hari khamis tanggal 9/3/1989 M bersamaan 1409 H beliau meninggal dunia di Hospital Islam,Amman.Jenazah beliau disembahyangkan  selepas solat jumaat oleh para jemaah di Masjid Al-Faiha',Asy-Syaibani dan disemadikan di tanah perkuburan Sahab,selatan Amman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails