Template by:
Free Blog Templates

Khamis, 2 September 2010

::|| Kad RaYa daRi ZhuLiaNa ||::

Photobucket

Cuti sem yang penuh keseronokan dengan pertambahan berbagai ilmu diselangi dengan norma norma kehidupan yang kadang kala kehidupan itu penuh dengan tribulasi dan kadang kala buat saya tersenyum kerana hadirnya sahabat sahabat yang sentiasa menemani dan turut sama-sama dalam
perjuangan menuntut ilmu di bumi perlembahan nil ini.Sedar tidak sedar Ramadhan hampir melabuhkan tirainya.Bulan Ramadhan yang dikenali juga sebagai bulan Jihad dan di perhalusi lagi istilah nya sebagai bulan tarbiah iaitu madrasah tarbiah(saya istilahkan sebagai universiti tarbiah).Berulang-alik dari Kota Kaherah ke Mansoura menjadi rutin saya pada bulan ramadhan ini,ibarat saya membesar di dalam bas.hehehe.Syukran kepada sahabat-sahabat yang banyak beri tunjuk ajar kepada saya,semoga Allah menambahkan ilmu dan melindungi kalian.Rasa agak terlalu awal saya posting kad raya buat duyuful kiram.Memandangkan pada hari esok saya akan ke Kota Kaherah meneruskan kerja kerja islam,saya postingkan seawal mungkin kad raya buat duyuful kiram yang sudi menziarahi blog saya dan sentiasa memberi sokongan .Saya memohon maaf andai adanya kekhilafan dari diri ini.Selamat menyambut hari raya aidilfitri buat keluarga di Malaysia serta yang mengenali diri saya.Sungguh saya katakan, betapa rindunya saya pada keluarga di malaysia.Selamat Hari Raya semua... (^_^)

beraya dibumi mesir tanpa keluarga disisi,
lumrah hidup seorang mahasiswa mahasiswi,
posting blog pengganti kad raya diri,
bukan lupa tradisi tapi manfaat teknologi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails