Selasa, 24 Ogos 2010

::|| iRaN SeSaT ?? HaMas , SyRiA, TuRKi BoDoH ??? ||::

Teheran (Isna)-Republik Islam Iran mengadakan Pesta Quran Antarabangsa kali ke-18 anjuran bersama oleh Menteri Kebudayaan dan Bimbingan Islam, Mohammad Hosseini. Pameran tersebut dirasmikan pada Sabtu malam lalu melibatkan seluruh masyarakat baik dari anak-anak, remaja, keluarga serta pendidikan, penyelidikan, seni visual dan dramatik, foto, karya-karya universiti, teknologi maklumat, media digital, tudung, terjemahan dari Quran suci, puisi, dan produk-produk budaya. Pameran ini berakhir pada 3 September.


Hosseini berucap dalam upacara perasmian berkata Quran yang suci ini wajar perlu menjadi asas kehidupan individu dan sosial masyarakat. Beliau turut menyentuh kepada ancaman terhadap Iran baru-baru ini berkata, "beberapa kekuatan digunakan untuk membuat Iran takut terhadap kekuatan mereka, namun bangsa kita berdiri tegas terhadap semua ancaman."

p/s : kesal melihat mentaliti sesetengah pegawai yang mempunyai autoriti masih bersikap prejudis terhadap Iran. Mereka bercakap seolah-olah mereka itu hebat dalam sudut agama namun hakikatnya mereka itu buta hati. Cukup mudah pada mulut untuk memfitnah sesebuah pihak dengan itu dan ini walhal haikatnya adalah amat berlainan sekali dengan apa yang dipegang mereka. Kita tidak berhak bercakap apatah lagi menghukum jika kita tidak pernah mengkaji apa yang ada pada mereka. Mereka memfitnah Iran tidak pernah memberi bantuan kepada Palestin walaupun sesen sekalipun dan bermacam-macam lagi. Pada hemat penulis, inilah hujah yang paling 'bernas'. Lalu siapakah yang paling banyak membantu Gaza ketika mereka diganyang oleh zionis beberapa tahun lalu? Mengapa Kerjaan Hamas begitu baik dengan Iran jikan bukan kerana merekalah yang menjadi pembela utama kepada Palestin selama ini? Langkah Iran disambut baik oleh Turki dan kini Turki menjadi antara negara yang pro-Iran Palestin selain Syria dan Lubnan. Cukuplah gambar dibawah berbicara akan realiti sebenar.


Mereka itu berpura-pura?


Hubungan pemimpin Syria dan Iran makin erat biar berlainan mazhab (Sunni-Syi'ah) namun mereka itu lebih cerdik daripada segelintir pihak

Pemimpin Agung Iran berucap di dalam Konvensyen Palestin. Khaled Maesyal pemimpin Hamas turut kelihatan di sebelahnya

Pemimpin Hamas Khaled Marsyal bersama Presiden Iran Ahmadinejad yang x sepatutnya dijadikan contoh menurut sesetangah pihak

Iran merupakan satu-satunya Republik Islam yang paling komited dalam isu Palestin

Apakah pemimpin Hamas begitu bodoh kerana menjalinkan hubungan yang sangat baik dengan Iran?



Muktamar Kesatuan umat Islam di Tehran pada bulan Mac lalu. Para ulama yang muktabar lagi benar sentiasa mencari jalan ke arah pencerahan dan kesatuan umat Islam. Hanya golongan yang jahil dan Wahabi dengki akan penyatuan ini


Pembela Islam?


Munafiqin Arab Palestin Mahmod Abbas bersama pemimpin jahanam Amerika dan Zionis

Tafaddhal ya akhi..

Bincang isu Palestin?

Anugerah kehormat kepada musuh Allah?

"kita adalah bersaudara" apakah ini yang diucapkan oleh pemimpin Arab Wahabi disebelahnya sehingga Bush di begitu gembira?

we united for ever!!!

Mana sebenarnya tokoh yang sepatutnya tidak patut dijadikan teladan?
 
 
 
 
 
sumber : http://haidaralkarar.blogspot.com/

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails