Khamis, 19 Ogos 2010

::|| SaYa bErSaMa RaDiG Di KoTa CaiRo ||::


Setinggi-tinggi dirafa'kan kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan izinNya,saya dapat bertemu dan beramah mesra dengan 44 delegasi Ramadhan di Gaza(RADIG).Alfun mabruk di ucapkan kepada delegasi tersebut kerana dengan berkat kesungguhan,mereka dapat melepasi sempadan Gaza.Bersulamkan semangat yang jitu dan mengharapkan nusroh Allah serta kekuatan rohani yang kental,delegasi RADIG dapat merentasi bumi Palestine dengan aman.Alhamdulillah,pada 16 ogos 2010 bersamaan 6 Ramadhan,Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) selaku penganjur delegasi telah melancarkan satu seminar khusus yang diberi nama Seminar Pasca Ramadhan,March For Freedom.Saya merupakan salah seorang peserta yang bertuah dapat mengikuti seminar itu yang berlansung di Hotel Cairo Khan,Attabah Cairo.

Saya bersama peserta seminar yang lain dapat melihat secara lansung ,delegasi RADIG membentangkan
laporan yang di ambil sepanjang perjalanan di Bumi AL Quds.Masing-masing membentangkan laporan kaji selidik dan pengamatan delegasi serta rekomendasi di Gaza dengan penuh semangat.Peserta seminar yang terdiri daripada mahasiswa/wi Universiti Al Azhar begitu consentrate mendengar dan menulis apa-apa esensi yang di interprestasikan oleh pembentang.Syabas kepada pembentang yang begitu semangat dan intipati yang begitu flexibel dan cara pembentang mengklasifikasikan setiap kaji selidik yang dipertanggungjawabkan cukup memukau para peserta seminar.Mengetahui laporan kaji selidik dan situasi yang terkini di Gaza bukanlah satu yang mudah kita perolehi.Antara pembentangan item yang telah diklasifikasikan oleh pihak penganjur ialah

-Bantuan Kemanusiaan
-Pendidikan
-Kesihatan
-Masjid
-Wanita dan kanak-kanak
-Ekonomi
-Infrastruktur
-Hak asasi dan jaringan NGO
-Laporan liputan media

Usaha delegasi RADIG begitu membanggakan kita sebagai umat islam yang benar-benar mengharapkan pertolongan kepada saudara kita yang memerlukan khususnya di Bumi Al Quds.Muktahir ini ,kita lihat kebanyakan kaum muslimin di seantara dunia seolah-olah tandus di dalam jiwa mereka dari satu sifat yang amat penting untuk menyemarakkan rasa kasih terhadap saudara kita yang ditindas.Kenapa ianya wujud ? Mungkinkah kerana kurangnya sensitiviti kita terhadap islam? atau mungkinkah ianya tidak penting bagi kita selaku saudara seislam kerana penindasan ini tidak berlaku di negara kita? dimanakah hati-hati kita? dimanakah biah kita selaku mukmin yang sejati? dimanakah biah itu?? pupus atau disebabkan kerasnya hati kita kerana dihidangkan dengan jamuan kelalaian yang berleluasa menyebabkan hilangnya rasa sensitiviti terhadap saudara kita di Bumi Al Quds.

Firman Allah swt dalam SurahAl Baqarah ayat 218 ,mafhumnya ''Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah  mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah dan Allah maha pengampun dan maha penyayang''.



Artikel dibawah ini dipetik dari : http://www.marchforfreedom.org/v1/en/aktiviti

DUA WIRA MAVI MARMARA MALAYSIA TERIMA WATIKAH DARI PM GAZA PALESTINE


 Mustapa Mansor - Salah seorang aktivis Mavi Marmara menerima watikah dari Ismail Haniyeh

Dua wira Mavi Marmara Malaysia yang terlibat di dalam tragedi berdarah menggemparkan dunia pada 31 Mei lalu menerima watikah penghargaan tertinggi daripada Perdana Menteri Gaza Palestin, Ismail Haniyeh.

Mustapa Mansor, Setiausaha Inisiatif Malaysia untuk Pembebasan Palestin, MAPIM dan Ashwad Ismail, wartawan Astro Awani dikejutkan dengan penyampaian watikah berkenaan sewaktu kunjungan hormat delegasi misi Ramadan Di Gaza - March for Freedom MAPIM pada jam 2.00 petang waktu tempatan di Pejabat Perdana Menteri itu.

Sewaktu diminta reaksi spontan selepas menerima watikah penghargaan berkenaan, kedua-duanya menyatakan kegembiraan dan kesyukuran masing-masing.

"Saya gembira dan terharu dengan kesungguhan pihak pemeritah Hamas Gaza.  Sebenarnya mereka sangat sensitif dan prihatin dengan apa yang terjadi. Kepedulian mereka sangat tinggi terhadap sesiapa sahaja yang telah berkorban untuk pembebasan Palestin," luah Mustapa.

"Secara peribadi, penghargaan ini meningkatkan lagi keyakinan dan kesungguhan diri saya untuk terus melakukan inisiatif mempertingkatkan kesedaran masyarakat dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin. Bagi MAPIM pula saya bersyukur kerana inisiatif yang tidak mengenal penat lelah yang dilakukan MAPIM selama ini tidak sia-sia malah akhirnya membuahkan hasil dan mendapat pengiktiran," tambah beliau lagi.
Ashwad Ismail - Wartawan Astro Awani bersama Ismail Haniyeh

Ashwad pula memberi reaksi tersendiri.  Kata beliau, "Saya melihat ini sebagai sesuatu yang cukup berharga dalam pengalaman sebagai seorang wartawan muda sepanjang usaha mengetengahkan konflik enam dekad Asia Barat. Saya amat menghargainya dan ia menjadi pembakar semangat kepada saya dan juga rakan-rakan wartawan lain untuk melaporkan realiti sebenar keadaan yang menimpa rakyat Gaza dan Palestin akibat penjajahan dan kekejaman dasar Israelisasi kerajaan Zionis."

Acara yang dihadiri menteri dan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan Gaza Palestin telah mendapat liputan meluas stesen televisyen tempatan Al-Quds dan Al-Aqsa. 

Dalam pertemuan satu setengah jam itu, pelbagai perkara telah dikemukakan Mohd Azmi Abdul Hamid, ketua misi Ramadan Di Gaza - March For Freedom kepada Ismail Haniyeh.  Antaranya termasuk, cadangan pembinaan Hospital Kanak-Kanak di bandaraya Gaza, bantuan kemanusiaan termasuk makanan, kemasyarakatan dan perubatan serta usahasama pendidikan khususnya institusi pengajian tinggi.

Acara bersejarah itu juga menyaksikan Perdana Menteri Gaza Palestin mengalungkan selendang tertera bendera Palestin dan Malaysia kepada semua anggota delegasi.

Anggota misi RADIG-MFF bersama PM Ismail Haniyeh dan Pegawai Kerajaan Gaza, Palestin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails