Sabtu, 27 Mac 2010

::|| bErSyUkUr ||::




Alhamdulillah dan bersyukur kepada Al-Khaliq kerana hari ini saya dapat meneruskan penulisan saya di medium dakwah yang begitu pantas dalam arena era globalisasi ini untuk disampaikan kepada para duyuful kiram .Semoga niat saya dipandang oleh Allah s.w.t.
Hampir sebulan saya tidak mengadap blog.Sebulan lebih di kota Cairo bulan yang lepas memberi 1000 nostalgia yang tidak akan saya lupakan.Menziarahi makam-makam di bumi semenanjung Sinai adalah impian saya sejak saya menjejaki kan kaki di bumi anbiya' ini.Selepas pulang ke mansoura (kampus) , kondusi kesihatan kurang stabil ,yang mana saya mengalami demam selama dua minggu.Alhamdulillah tika dan saat ini,kesihatan saya sudah pulih dan insyaAllah demi menyebarkan sedikit ilmu dan pengetahuan,saya akan kongsi bersama duyuful kiram.Sekiranya ada terdapat kesilapan di dalam entry saya, ampun dan maaf saya pohonkan untuk memberi tunjuk ajar.
Sedar tidak sedar imtihan fasa dua hampir tiba,kelihatan sahabat-sahabat bertungkus-lumus dalam meraih kejayaan di masa akan datang.Semoga kita dapat sama -sama thabatkan hati dan istiqomah dalam menuntut ilmu.Tidak ada mustahil untuk menjadi seorang yang cemerlang tapi adalah mustahil bagi mereka yang tidak mengenal diri untuk menjadi seorang yang cemerlang.Pesanan untuk diri saya serta duyuful kiram,semoga kita semua tidak jemu dan tidak bosan dalam mengutip intan berlian ilmu di bumi anbiya' ini dan di merata bumi Allah.

Delusi seorang tolibul ilmi....
Saya mula bertekad untuk mencari cinta agung itu,saya cuba bersihkan hati dan mengamalkan banyak amalan sunat dan zikir qolbi.Tika itu susah juga nak istiqomah terutamanya tahajud,namun menyedari ada rahsia cinta Allah di sebalik amalan-amalan itu,saya paksa juga diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupan saya,darah daging saya.Saya mula dapat rasa kelainan pada suasana hati saya,hati saya dah tekad bahawa cinta Allah mampu mencermelangkan akedemik saya kerana Allah penentu segalanya .Bukan sekadar akedemik tapi cinta Allah mampu membawa kebahagiaan yang sebenar-benarnya .Saya boleh rasakan bahawa saya amat perlukan Allah untuk bantu saya dalam fatamorgana dunia remaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails