soalan yg ditujukan pada saya di dalam blog zhuliana.blogspot.com
''sy mahu btanya.
andai kata seorang wanita itu, dia berkali2 dirundung fitnah syabab, maksudnya, mungkin ramai yg tertarik dgn wajahnya wajarkah dia berniqob?
ramai yg telah mcadangkannya utk berniqob. cumanya, wanita ini tidak mahu mlakukannya atas sbab cadangan manusia.
dia mahu segalanya dibuat krn Allah.
jadi..bagaimana?
jazakillah''
Untuk pertanyaan saudara/ri ini,sedikit perkongsian dari saya: Niqob adalah antara salah satu daripada perkara khilafiyah di dalam hal agama yang diperselisihkan di kalangan para fuqaha dari dahulu sehingga ke hari ini. Ada ulama yang mengatakan jika seorang perempuan berniqob ,dia mengambil pendapat terbaik dan keluar dari khilaf ulama.Sementara perempuan yang menutup auratnya dengan betul kecuali muka dan tapak tangan,bermakna ia telah berpegang kepada pendapat majority ulama.
Berbalik kepada soalan saudara/ri, Bagi muslimah yang tidak berniqob ,apabila hendak dipraktikkan pada mulanya mungkin agak sukar,maka suka lah bagi saya bahawa kita didik diri kita sendiri untuk menerima pakaian niqob itu sendiri.Persoalannya ialah syarak telah menetapkan undang-undang menutup aurat seperti itu,maka selaku hamba Allah kita mengikuti perintahNya.Apabila saudari mula memakai niqob ,lama kelamaan saudari akan rasa bahawa perintah itu memang dari Allah.Manakala manusia yang ada disekeliling saudari hanyalah menasihati.Tunjang persoalan disini adalah perintah Allah.Apabila saudari berniqob , saudari akan tahu disebalik hikmah suruhan sedemikian.Maka disini, disini tidak timbul persoalan nak lakukan sebab atas suruhan orang atau kerana Allah.
Allah berfirman : ''Dan jika mereka berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka .Dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui'' (An-nur :60)
Secara logicalismenya tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu adalah menjadi suatu stigma apabila kurangnya ilmu di dada ketika mana berdepan dengan masyarakat yang sering mengajukan pelbagai permasalahan .Kadang-kadang permasalahan yang tidak dicapai dek kotak akal juga acap kali dilontarkan.Persoalannya disini ,apakah saya dan kita selaku penuntut ilmu di bumi barakah ini sudah cukup lumat dalam menghadam ilmu - ilmu di bumi Mesir ini.Dan sejauh manakah kita mengikuti kelas-kelas pengajian yang mungkin kita tidak akan perolehinya didalam kuliah.Sukalah saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat dalam menghimpunkan seluruh resolusi dalam diri kita supaya kita begitu defensive dalam memiliki antibodi ilmu yang cukup demi menyelesaikan penyakit-penyakit jiwa masyarakat sekeliling .Detik meniti waktu,masa mengingatkan kita ,hari berganti bulan ,seterusnya bulan berganti tahun,segala-galanya membawa perubahan dan sejauhmanakah impak perubahan dalam diri kita? Allah berfirman : ''Wahai orang-orang yang beriman,mengapa kamu berkata barang yang kamu tidak buat ,besarlah kemurkaan disisi Allah bahawa kamu berkata barang yang kamu tidak buat '' ( SURAH As-Sof : 2-3 )
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw. Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu, kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.
Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. dapatlah kita pahala. Wallahu a'lam sumber: artikel dari sahabat