Template by:
Free Blog Templates

Jumaat, 13 November 2009

::|| muHaSaBaH ||::


Sedang saya mentelaah kitab dan ditemani dengan angin sepoi sepoi bahasa yang masuk melalui jendela bersebelahan meja study saya yang mana ketika ini kondusi hati saya bercampur baur,sedih,gembira,semangat,futur dan bermacam - macam lagi.Saya ambil keputusan untuk berkongsi sedikit rasa bersama duyuful kiram di dalam blog saya.Dek kerana terkenangkan sahabat seperjuangan saya yang telah pun menghabiskan pengajiannya di Univeriti Al Azhar sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah Islamiah.Sedih kerana perginya seorang sahabat yang banyak membantu saya dalam pelajaran serta bergurau senda yang mana menghilangkan sedikit rasa rindu pada keluarga malaysia.Selamat menempuh alam baru iaitu alam pekerjaan semasa di malaysia.Selamat berjuang sahabatku Noraini bte Osman.Semoga ikatan ukhwah kita berpanjangan.Apa yang saya doa dan harapkan agar sahabat saya ni dapat menangkis pemikiran pemikiran sekular yang berleluasa di malaysia..Gunakan ilmu yang dipelajari dalam menyebarkan dakwah demi Ad-Dinullah.
Erm... terfikir sejenak,bilakah saya akan jumpa sahabat saya ini lagi.Mungkin semasa masing-masing dah bekerja dan kebetulan bertugas ditempat yang sama? atau mungkin terserempak ketika bersiar-siar semasa membeli belah? atau mungkin juga berjumpa ketika sama-sama mengikuti program jemaah.Segala nya mugkin...Berat rasa hati untuk saya teruskan menaip tapi demi memujuk hati dan memberi semangat pada hati saya dan sahabat yang lain..Saya teruskan juga penulisan saya ini.Bila mengenangkan dugaan dan cabaran dalam menghadapi liku-liku pejuangan,hampir menitis air mata saya tapi sedikit pun tak menghalang diri saya terus meneruskan pengajian dibumi barakah ini. Sekali kaki melangkah bermakna bekas-bekas masa yang sudah dilalui tidak mungkin dijejaki kembali.Sedetik masa berlalu, sedetik pula usia maju. Setiap yang tiba melalui detik-detik masakan nyata dan pasti diterima. Andainya kaca yang tiba, kacalah rupanya, tak munkin lagi diganti dengan masa, sekalipun darah terburai dari mata dek tangisan.Firman Allah: Demi masa.Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.
Buat diri saya dan sahabat-sahabat perjuangan di bumi anbiya' ini ,teruskan perjuangan,jangan mengalah,jangan leka,jangan cuai,jangan lalai,jangan berangan pelik-pelik.USAHA SELAGI MAMPU.Gunakan masa muda kita ini dengan mencari dan menggali ilmu.Barangkali jika perkara lalai yang kerap kita lakukan akan menjangkiti minda kita.Jika kita lambat ubati,maka penyakit lalai itu akan berterusan menjadi barah.Al wiqayatul khair minal Ealaj.Mencegah lebih baik dari mengubati.Ingat!! anak muda kena bangkit di usia fajar bukan di usia senja.Ayuh sahabat-sahabat,kuburkan sahaja bencana yang menimpa.Kerana segala-galanya sudah menjadi abu-abu sejarah,ditiup bayu berterbanganlah ia. Sedangkan kejayaan esok masih menyintai kita.Hadapilah hari esok dengan dada yang lapang,penuh harapan cemerlang.Anggaplah kegagalan yang tiba sebagai percubaan.Dan percubaan penentu kejayaan.Manakala menderita dalan percubaan adalah suatu perjuangan yang tidak membuahkan kejayaan yang diidam-idamkan.Segala laku dan langkah yang kita kerjakan bukanlah penyambung hayat. Tapi sebagai rantai yang merantai bagi satu-satu kehidupan. Putus satu cederalah semua, malahan mungkin merobohkan istana harapan yang dimimpikan. Oleh itu awasilah dalam menggunakan masa.


Sahabat-sahabat ,jangan katakan yang kita berada di zon yang selamat.Ambillah peluang menggali khazanah ilmu selagimana kita berada di bumi anbiya' ini yang mana merupakan bumi mesir banyak melahirkan ulama' - ulama' dan cendikiawan yang bijak pandai.Di universiti adalah medan kita mencari ilmu,pencetus rasa dan kesedaran,pendidik jiwa dan semangat,pengasah minda dan intelektual.Jenayah terbesar dalam sesebuah institusi pengajian apabila tidak dapat melahirkan para intelektual yang punya kekuatan dan aura tersendiri dengan pakej lengkap seorang "ULUL ALBAB".Jangan kita tergolong dari golongan orang yang lalai lantas memberi fitnah kepada masyarakat.Nauzubillah.
Hari ini hilang pergi,esok harinya datang menjadi ganti. Roboh istana cinta bukanlah kecewa dan hampa. Tapi runtuh bangunan cita-cita rosaklah kehidupan bahagia yang diidam-idamkan. Tersinggung rasa dek cinta hanya sementara. Tapi hampa jiwa dek cita-cita bermakna selama-lamanya kecewa.Dari itu wahai sahabat-sahabat, biarlah istana cinta musnah buat seketika, akan kita bina dihari muka. Pantaskan kaki mengejar cita-cita, kerana cita-cita cepat dilari masa. Dan bila masa pergi ia tak boleh menoleh lagi. Usaha adalah penentuan dan takdir adalah suratan.Peringatan ini tujukan untuk saya khususnya dan sahabat@duyuful kiram amnya.Semoga coretan entry kali ini dapat memberi sedikit santapan hati kita di kala semangat itu hilang.Semangat yang hilang,kita cari pulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails