Jumaat, 11 November 2011

Ketua Pegawai Ketenteraan Israel : “Mulakan serangan ke atas Gaza!”

Ketua Pegawai Ketenteraan Israel, Benny (Benjamin Gantz, memerintahkan para tentera untuk memulakan serangan tindak balas berperingkat untuk menentang semula serangan dari arah Semenanjung Gaza ke sempadan kawasan Israel, TV Israel melaporkan.

Gantz menyatakan bahawa Israel tidak akan komited tehadap gencatan senjata dengan kumpulan pertahanan di Semenanjung Gaza, dan akan meneruskan untuk menyerang Gaza bagi menghadkan keupayaan kumpulan pertahanan itu. The Jerusalem Post melaporkan di laman sesawangnya pada Isnin malam, bahawa tentera- tentera mestilah sentiasa bersedia untuk pemusnahan dan serangan balas secara mengejut di bahagian kawasan itu, dan pihak Israel mestilah sentiasa memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara dan rakyatnya.

sumber: PALESTINKINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails