Khamis, 6 Oktober 2011

Muhammad Anwar El-Sadat (15 October 1970 – 6 October 1981)

Muhammad Anwar El-Sadat dilahirkan pada 25 Disember 1918 di Mit Abu al-Kum, Mesir. Beliau dilantik menjadi presiden negara itu pada 15 Oktober 1970 sehingga beliau dibunuh oleh ahli fundamentalis pada 6 Oktober 1981.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai pegawai tinggi Free Officers, sebuah gerakan yang menggulingkan Dinasti Muhammad Ali dalam Revolusi 1952 Mesir, dan menjadi orang paling dipercayai oleh Presiden Gamal Abdel Nasser.

Selama sebelas tahun pemerintahannya sebagai presiden, beliau mengubah beberapa prinsip ekonomi dan politik Nasserisme dengan memperlembagakan sistem pelbagai parti dan melancarkan Infitah.

Kepimpinannya dalam Perang Oktober 1973, menjadikan beliau sebagai wira Mesir dan di seluruh negara Arab. Beliau turut dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan untuk peranannya Camp David Accords, namun rundingan bersama Israel dan Perjanjian Keamanan Mesir-Israel tidak mendapat perhatian di antara penduduk negara Arab, mengakibatkan penggantungan sementara keahlian Mesir dalan Liga Arab.

Pada 6 Oktober 1981, Anwar Sadat dibunuh semasa perarakan sambut kemenangan tahunan yang diadakan di Kaherah untuk menyambut Mesir berjaya menyeberangi Terusan Suez.

Fatwa untuk membunuh Sadat dikeluarkan oleh Omar Abdel Rahman, seorang ulama yang kemudian dihukum di Amerika Syarikat untuk peranannya dalam pengeboman bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York pada 1993.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails