Jumaat, 28 Oktober 2011

Tarbiyah Perlu Istiqomah

Tarbiyah perlu istiqamah, dakwah perlu hikmah dan siasah perlu mazkhuriah [ strategi ]. Gandingan 3 elemen ini menjadikan gerakan kita menepati Harakah Islamiyyah an Naajihah [ yang berpotensi untuk menang ]

Teruskan berdakwah, para malaikat sedang menulis pahala anda semua..

Khamis, 27 Oktober 2011

Full Movie : Gua Ikut Enta The Movie





Kisah ini memberi pengajaran kepada kita bahawa setiap pemuda Islam memerlukan tarbiyyah agar menjadi pejuang Islam yang berjiwa kental, walaupun mempunyai latar belakang dan kecenderungan yang berbeza.

Zionist rancang bunuh tahanan yang dibebaskan

-Segolongan kumpulan Zionist mengutarakan didalam parlimen Israel (Knesset) menggalakkan pembunuhan ke atas tahanan Palestin yang telah dibebaskan.

-Langkah-langkah keselamatan yang ketat ke atas banduan Palestin yang dibebaskan dan mengancam untuk menangkap mereka lagi sekiranya mereka tidak mematuhi perintah yang dikenakan terhadap mereka.


Kepada Mahmoud Abbas ...
"Segera bertindak dan beri lindungan kepada rakyat!!!"

Tunisia: Parti Al-Nahdah umumkan kemenangan, janji bekerjasama dengan semua pihak

Rabu 26 Oktober 2011 : Kenyataan Parti Ennahdha (Al-Nahdah) mengenai Keputusan Pilihanraya Tunisia

Parti Ennahdha telah memperolehi 40% dari kerusi Parlimen Kebangsaan. Dengan amanah yang diberikan di dalam pilihanraya bersejarah ini, Ennahdha bukan lagi milik ahli, penyokong maupun pengundinya, bahkan kini ia milik semua rakyat Tunisia.

Anda Menghadapi Masalah ???

Bila kita menganggap masalah sebagai beban, kita mungkin akan menghindarinya.

Namun bila kita menganggap masalah sebagai tentangan, kita pasti akan menghadapinya.

Masalah adalah hadiah yang dapat kita terima dengan sukacita.

Dengan pandangan tajam, kita boleh melihat keberhasilan diesebaliknya.

Masalah adalah anak tangga menuju kekuatan yang lebih tinggi.

Maka, hadapilah dan ubahlah menjadi kekuatan untuk berjaya.

Tanpa masalah, kita tidak layak memasuki jalur keberhasilan.

Bahkan hidup ini pun bermasalah, kerana itu terimahlah sebagai hadiah.

Bila kita tidak berani mengatasi masalah, kita tidak akan menjadi seseorang yang sejati.

Selasa, 25 Oktober 2011

[Nasyid] Video Dan Lirik : Sultan Muhammad Al-Fateh


Utusan...
Tuhan bersabda,
Benarkan...
Satu ketika,
Derapan...
Kuda kan tiba,
Bebaskan...
Kota di Roma

Tentera Fateh pun datang,
Hadis Nabi kuatkan iman,
Layar kapal rentas daratan,
Tanduk Emas dibantu Tuhan.

Tujuh puluh kapal pun tiba,
Byzantium gegak gempita,
Dua ratus ribu tentera,
Mimpi buruk sudah pun tiba.

Lapan ratus tahun penantian,
Konstantin akhir ditawan,
Panji Islam dikibar Hassan,
Tubuh syahid jiwa dikorban.

Itulah si anak muda,
Beraksi menggegar dunia,
Itulah sebaik raja,
Itulah sebaik tentera.

Lagu latar dihasilkan oleh Ben Can Astilla dari Turki dalam album beliau 1453 Sultana Askina.

Isnin, 24 Oktober 2011

Libya ‘Dibebaskan’ Selepas 3 Hari Gaddafi Dibunuh

BENGHAZI – Pemimpin baru Libya semalam mengisytihar negara itu sudah “dibebaskan”, tiga hari selepas bekas pemimpin, Muammar Gaddafi, ditangkap dan dibunuh, sekali gus menjurus kepada pembentukan kerajaan sementara.

Peristiharan yang dinanti-natikan itu dibuat ketika kontroversi berhubung kematian Gaddafi selepas beliau ditangkap hidup-hidup semasa kejatuhan bandar kelahirannya, Sirte.

Isnin, 10 Oktober 2011

Kenapa Malas Baca Buku ?

Kekayaan pengetahuan dan maklumat kita tentang sesuatu yang berlaku di sekitar kita adalah penting. Isu semasa salah satu cabang penting.
Kekalahan kaum Muslimin bukan karena kekuatan musuh, tapi karena kelemahan umat Islam sendiri.

Kenapa malas baca buku?? kan kita ini kurang ilmu, katanya mahu islam maju tapi malas baca buku?

Ahad, 9 Oktober 2011

Mahasiswa kecewa dengan Bajet 2012

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Bajet 2012 seolah-olah menggambarkan apa yang sebenarnya terkandung dalam pemikiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti mana dialog dalam filem P Ramlee yang masyhur, “budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak”.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Muhammad Safwan Anang berkata, mahasiswa sekali lagi kecewa dengan pembentangan bajet kali ini yang juga seolah-olah tidak langsung memikirkan soal pembinaan generasi akan datang.

“Boleh jadi kerajaan sekarang beranggapan mahasiswa tidak boleh terlalu selesa, nanti mereka malas belajar,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, cadangan peringkat mahasiswa sebelum ini antaranya seperti pemberian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut zon berdasarkan kenaikan kos sara hidup mutakhir ini, namun ia ibarat mencurah air ke daun keladi.

Isteri Dalam Pantang, Bapa Liwat Bayi 23 Hari

KUALA LUMPUR  -  Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin.

Pencen dipanjangkan hingga 60 tahun

Pencen dipanjangkan hingga 60 tahun....tak tahulah masa bila nak beramal....
 

Jumaat, 7 Oktober 2011

Ibu Recep Tayyip Erdogan meninggal dunia

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun, duka cita menerpa perdana menteri Turki Recep Tayyip Erdogan setelah wafatnya ibundanya yang tercinta dalam usia 83 tahun.

Tenzile Erdogan (83 tahun), ibu dari Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, meninggal dunia pada hari Jumat ini (7/10) di sebuah rumah sakit tempat ia menerima pengobatan dan perawatan.

Ibunya Erdogan dirawat di rumah sakit pekan lalu dengan keluhan demam tinggi dan sakit perut dan kemudian menjalani operasi kandung empedu awal pekan ini. Dia dirawat di unit perawatan intensif.

Erdogan sendiri secara rutin melakukan kunjungan untuk menjenguk ibunya yang di rawat di rumah sakit.

Perdana menteri Turki tersebut dilaporkan langsung menuju ke rumah sakit setelah mendengar kabar wafat ibunya dan membatalkan semua pertemuan untuk hari Jumat ini.

sumber: ERAMUSLIM

Khamis, 6 Oktober 2011

Pandangan Hudud : Artis Malaysia VS Pelajar Kristian

Panas betul bila baca komen-komen artis berkenaan hudud dalam akhbar Sinar Harian hari ni. Tersangatlah menyerlahkan kejahilan mereka tentang hukum hudud. Bak kata Ustaz Azhar Idrus, "Percakapan yang tidak ada akidah. Tidak ada sandaran. Tak ada Tuhan cakap macam tu. Cakap bodoh. Kalau bodoh, lebih baik duduk diam daripada berkata-kata."
 
Komen ENOT
"Memang zaman dahulu orang Islam mengamalkan hudud kepada mereka yang membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina, hukuman sula akan dikenakan. Tapi rasanya sekarang tidak lagi sesuai. Malah kita wajar memberi peluang kepada pesalah untuk berubah. Kalau hukum hudud dijalankan, pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan, kaki dan sebagainya. Bagaimanapun, semua ini tidak menjamin mereka akan insaf sepenuhnya."

Inilah komen yang paling jahil sekali. Benar-benar menyerlahkan kejahilan Enot tentang hudud. Weyh! Mana ada sula dalam hudud. Ni mesti banyak tengok cerita Melayu Klasik ni. Dah tu, kaki tangan kudung, takkan tak insaf lagi kot? Kalau setakat kena bayar denda dengan penjara, lagi lah tidak menjamin keinsafan. Lagipun, hukum hudud bukannya bertujuan untuk menghukum. Bukan senang nak jatuhkan hukuman hudud dekat pesalah. Enot oii.. Tolonglah klik entry saya yang ni ye untuk memahaminya dengan lebih jelas.

Muhammad Anwar El-Sadat (15 October 1970 – 6 October 1981)

Muhammad Anwar El-Sadat dilahirkan pada 25 Disember 1918 di Mit Abu al-Kum, Mesir. Beliau dilantik menjadi presiden negara itu pada 15 Oktober 1970 sehingga beliau dibunuh oleh ahli fundamentalis pada 6 Oktober 1981.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai pegawai tinggi Free Officers, sebuah gerakan yang menggulingkan Dinasti Muhammad Ali dalam Revolusi 1952 Mesir, dan menjadi orang paling dipercayai oleh Presiden Gamal Abdel Nasser.

Selama sebelas tahun pemerintahannya sebagai presiden, beliau mengubah beberapa prinsip ekonomi dan politik Nasserisme dengan memperlembagakan sistem pelbagai parti dan melancarkan Infitah.

Kepimpinannya dalam Perang Oktober 1973, menjadikan beliau sebagai wira Mesir dan di seluruh negara Arab. Beliau turut dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan untuk peranannya Camp David Accords, namun rundingan bersama Israel dan Perjanjian Keamanan Mesir-Israel tidak mendapat perhatian di antara penduduk negara Arab, mengakibatkan penggantungan sementara keahlian Mesir dalan Liga Arab.

Pada 6 Oktober 1981, Anwar Sadat dibunuh semasa perarakan sambut kemenangan tahunan yang diadakan di Kaherah untuk menyambut Mesir berjaya menyeberangi Terusan Suez.

Fatwa untuk membunuh Sadat dikeluarkan oleh Omar Abdel Rahman, seorang ulama yang kemudian dihukum di Amerika Syarikat untuk peranannya dalam pengeboman bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York pada 1993.

Bencana Alam September 2011 : Taufan Nesat

Taufan Nesat  adalah siklon tropika yang paling kuat melanda China sejak 2005,[1] dan terbesar di Filipina pada 2011. Ia adalah ribut ke-17, ribut tropika yang ke-11 teruk, taufan ke-8 musim taufan Pasifik 2011 dan secara keseluruhan, siklon tropika ke-30 yang dipantau oleh Agensi Meteorologi Jepun pada tahun ini. Setakat ini ia telah mengambil sekurang-kurangnya 55 nyawa.[2][3]

Nesat datang tepat dua tahun selepas Taufan Ketsana, taufan yang paling dahsyat dalam musim taufan Pasifik 2009 dengan kerosakan AS$ 1.09 bilion dan 747 kematian di Filipina.[4] Ia kemudian diikuti dengan segera oleh Taufan Nalgae.

Selasa, 4 Oktober 2011

Ulasan : Hukum Hudud Di Malaysia

Hudud adalah merupakan hukuman yang setimpal dengan kadar jenayah hudud yang dilakukan.Hukumanya adalah wajib.Sebagaimana yang telah dilontarkan oleh  para fuqaha’ ia adalah hak Allah Taala.Manfaatnya bersifat umum tidak dikhususkan kepada seseorang individu.Bagi melahirkan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk kesejahteraan seluruhnya dan tidak bersifat menzalimi. Oleh itu tidak harus disekat menjalankan hukuman ini setelah sabit kesalahan dihadapan hakim sekalipun mendapat keredhaan dari yang dianiaya kerana ia adalah hak Allah.

Melihat kadar jenayah yang berlambakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan amat menggerunkan sekali. Statistik kes jenayah yang semakin meningkat tahun demi tahun. Terfikirkah kalian, adakah golongan yang bermasalah ini akan mentadbir negara? Sedarlah bahawa generasi muda yang berintelektual serta punya jati diri peribadi muslim kian terhakis dek kerana golongan generasi muda kini disibukkan dengan hal-hal keduniaan, hiburan serta gejala yang tidak berfaedah sehinggakan lalai dengan perintah Allah Taala. Lihat sahaja statistik yang di laporkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bahawa terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diperincikan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Secara tidak lansung akan memberi impak kepada negara kelak.

KEJAM : Keadaan mayat bayi yang ditemui dalam longkang.

SELAYANG – Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan ke dalam longkang dari tingkat dua Flat Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru di sini semalam.

Mayat bayi perempuan malang itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 7 pagi yang kebetulan melalui kawasan itu.

Ibu bayi itu yang mendakwa panik sebaik melahirkan anak di dalam tandas bertindak mencampak bayinya ke dalam longkang menerusi tingkap.

Ketika ditemui, bayi yang dalam keadaan bogel dan mempunyai kesan cedera di kepala itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berkenaan.

Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, susulan penemuan mayat bayi dalam keadaan menyayat hati itu, polis menahan seorang gadis berusia 19 tahun yang tinggal di flat tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails