Template by:
Free Blog Templates

Sabtu, 29 Ogos 2009

:: 360 sendi di dLam tuBuh maNusia ::

Setiap anak Adam diciptakan oleh Allah dengan 360 sendi. Ini disahkan di dalam hadis Sahih Muslim sebagaimana diriwayatkan oleh Saiyidatina Aishah di dalam sabda Rasulullah s.a.w. Maka, menjadi kewajipan setiap individu Islam untuk menyedari betapa berkuasanya Allah s.w.t dan seterusnya mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t di atas segala nikmat yang diberikan. Dengan memuji, memuliakan Alah, mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya, secara tidak langsung umat Islam mampu menjauhkan diri daripada api neraka. Salah satu nikmat yang Allah berikan kepada umat manusia adalah sendi yang membantu melaraskan sistem tubuh badan manusia.

Secara amnya, tubuh badan manusia dibahagikan kepada 5 bahagian :

  1. kepala dan muka
  2. leher
  3. bahagian badan,dada dan abdomen
  4. sepasang tangan
  5. sepasang kaki

Sendi adalah tempat pertemuan antara 2 atau lebih tulang dan ada di antaranya yang boleh digerakkan sepenuhnya manakala ada pula yang terbatas pergerakannya. 206 tulang dalam badan manusia disambungkan oleh beberapa jenis sendi. Terdapat 3 jenis sendi utama dan sendi ini pula tebahagi kepada 10 jenis sendi yang lain.

Pembahagian sendi di dalam tubuh badan manusia :

  1. sendi pada kepala dan muka =53
  2. sendi diantara kepala dan tulang vertebra atlas =5
  3. sendi pada tulang rusuk =92
  4. sendi diantara tulang vertebra =69
  5. Sendi tangan dan pergelangan bahu =12
  6. Sendi pergelangan tangan dan ke bawah =54
  7. sendi pinggul =5
  8. Sendi antara pinggang, peha, lutut, betis dan buku lali =10
  9. Sendi kaki ( buku lali dan ke bawah ) =60

JUMLAH =360

Jumlah 360 sendi ini adalah nombor purata yang diambil tanpa mengira peringkat umur. Kajian anatomi secara terperinci hanya dibuat kira-kira 200 tahun yang lalu. Bayangkanlah betapa ajaibnya bagaimana seorang insan yang buta huruf seperti Rasulullah s.a.w boleh mengtahui tentang jumlah sendi di dalam tubuh manusia sedangkan tiada terdapat satu pun kolej perubatan yang terdapat di Tanah Arab. Tidak dapat dinafikan lagi bahwa segala apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w adalah benar dan secara terus diinspirasikan oleh Allah sebagai panduan seluruh umat manusia.

Ditulis oleh Dr. Mohammad Sayied

Hon. Secretary of Islamic Foundation

Nairobi, Kenya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails