Martha Custis Washington (1731-1802)
Sekiranya Dolly Madison pertama kali digelar sebagai First
Lady, Martha pula menjadi isteri President of the United State (POTUS) pertama
dipanggil Lady atau Lady Washington oleh pihak media. Wajah isteri Presiden
Amerika Syarikat ini juga adalah yang pertama muncul di atas setem Amerika
Syarikat.
Abigail Adams (1744-1818)
Abigail menyeru suaminya, Presiden John Adams supaya
mengingati kaum wanita semasa menulis Deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat
pada tahun 1776. Abigail juga adalah wanita pertama yang bertuah menjadi isteri
dan ibu kepada Presiden Amerika Syarikat. Abigail juga menjadi isteri POTUS
yang pertama tinggal di White House.
Martha Jefferson Randolph (1748-1782)
Tiada siapa yang tahu rupa sebenar wanita ini. Ini kerana
sewaktu hidupnya, potretnya tidak pernah dilukis. Martha meninggal dunia 18
tahun sebelum suaminya menjadi POTUS. Anak perempuan mereka, Martha Jefferson
Randolph menjalankan tugas sebagai Hos wanita di White House yang juga menjadi
wanita pertama bersalin di dalam bangunan kerajaan itu.
Dolley Todd Madison (1768-1849)
Isteri Pesiden James Madison ini adalah satu-satunya isteri
POTUS yang diberi tempat duduk kehormat di lantai Dewan Kongres Amerika
Syarikat dan yang pertama menerima mesej dalam bentuk kod Morse.
Elizabeth Monroe (1768-1830)
Setiap isteri POTUS sebelum beliau menyampaikan ucapan aluan
pertama kepada seluruh isteri pegawai-pegawai tertinggi Amerika Syarikat yang
lain. Ini adalah tradisi sebagai penghormatan kepada golongan wanita berstatus
tinggi itu. Isteri Presiden James Monroe ini enggan berbuat demikian. Kecewa
dengan sikap isteri POTUS itu, kumpulan isteri golongan kenamaan Amerika
Syarikat memboikot Elizabeth semasa upacara mengalu-alukan perpindahan beliau
ke White House.
Louisa Catherine Adams (1775-1852)
Suri dalam hati Presiden John Quicy Adams ini adalah Wanita
Pertama Amerika Syarikat yang pertama, lahir di luar negara Amerika Syarikat.
Beliau lahir di England. Beliau mahir bermain alat muzik “harp”, menulis skrip satira, dan mempunyai
hobi menternak ulat sutera.
Rachel Robards Jackson (1767-1828)
Rachel mengahwini Presiden Andrew Jackson selepas diceraikan
suaminya yang pertama. Rachel meninggal dunia sebelum sempat menyaksikan
suaminya itu mengangkat sumpah. Sepupunya, Emily Donelson, menjalankan tugas
untuk pihak Rachel sebagai Hos Wanita di White House sepanjang tempoh
pentadbiran Presiden Jackson.
Hannah Van Buren (1783-1819)
Isteri Presiden Martin Van Buren ini meninggal dunia 18
tahun sebelum suaminya menjadi POTUS. Menantu mereka Angelica Van Buren
kemudiannya mengambil alih tugas sebagai Hos Wanita di White House sepanjang
dua tahun terakhir pentadbiran Presiden Van Buren.
Anna Harrison (1775-1864)
Anna, isteri Presiden William Henry Harrison ini tidak
pernah mempunyai pengalaman menetap di White House. Suaminya meninggal dunia hanya sebulan selepas dilantik manjadi
POTUS. Cucu mereka berdua, Benjamin Harrison ditakdirkan menjadi Presiden Amerika
Syarikat ke-23.
Letitia Tyler (1790-1842)
Isteri Presiden John Tyler ini adalah isteri POTUS yang
pertama meninggal dunia di dalam bangunan White House akibat strok. Anak
mereka, Letty Tyler Semple dan menantu perempuan, Priscilla Cooper Tyler
menjadi Hos Wanita di White House sehingga Presiden Tyler berkahwin sekali
lagi.
Julia Tyler (1820-1889)
Isteri kedua Presiden
Tyler, Julia menjadi isteri POTUS pertama yang dirakam gambarnya menggunakan
kamera yang baru dicipta pada masa itu.
Sarah Polk (1803-1891)
Sarah menjadi setiausaha kepada suaminya, Presiden James
Polk tanpa sebarang gaji. Sebagai penganut Kristian yang warak, Sarah
mengharamkan sebarang jenis tarian dan permainan kad di dalam White House.
Margaret ‘Peggy’ Taylor (1788-1852)
Peggy pandai menggunakan senapang selepas belajar menembak
suaminya sendiri, iaitu Presiden Zachary Taylor. Semasa tinggal di White House,
Peggy enggan menggalas jawatan Hos Wanita di White House. Beliau diganti dengan
anak mereka yang bernama Betty Taylor Bliss.
Abigail Fillmore (1798-1853)
Isteri Presiden Millard Fillmore ini adalah Wanita Pertama Amerika
Syarikat yang pertama pernah bekerja dan mempunyai gaji sendiri sebelum
berkahwin. Beliau seorang guru sekolah. Abigail meninggal dunia selepas tiga
minggu meninggalkan White House. Presiden Millard kemudian mengahwini Caroline
Fillmore, iaitu wanita berstatus janda yang lebih kaya kepada beliau.
Jane Pierce (1806-1863)
Jane tidak pernah menggemari minat suaminya, iaitu
berpolitik. Dua bulan sebelum Majlis Pemasyhuran suaminya, Presiden Franklin
Pierce sebagai POTUS, Jane mengalami tekanan jiwa dan kesedihan yang teruk. Ini
selepas menyaksikan sendiri kematian ngeri anaknya yang dilanggar kereta api.
Jane tidak pernah sembuh daripada trauma yang dialaminya itu.
Sumber Bacaan