Faktor-Faktor
Kemerosotan Gerakan Mahasiswa Awal Alaf Baru
1 - Tekanan
Kerajaan
2 - Tekanan
HEP
3 - Budaya
Selesa Pelajar Dan Pensyarah
4 - Kurang
Penghormatan Daripada Masyarakat
5 - Peranan
Media
TEKANAN
KERAJAAN
Kemerosotan sokongan akibat daripada peristiwa reformasi
dan pilihanraya 1999 telah menyebabkan kerajaan mengambil tindakan tegas
terhadap gerakan pelajar dan aktivis pelajar yang dilihat pro-oposisi.
Isu
milintasi yang muncul pada awal alaf baru telah dijadikan alas an untuk
mengawal kampus dan aliran pergerakan pelajar.
Pelajar yang
tidak bersama dasar kerajaan di luar negara juga telah dikenakan tindakan
seperti pemotongan biasiswa atau mengalami pelbagai intimidasi oleh pihak
Jabatan Pelajar.
Kerajaan
juga melarang pelajar-pelajar terlibat
dengan beberapa pertubuhan pelajar seperti PMRAM di Mesir, dilarang terlibat
dengan Hizbul Islami di UK dan Eyre.
MSD telah
mengekang dan memantau gerakan pelajar. Manakala kelab pelajar UMNO telah cuba
dikembangkan dengan sistematis di luar
negara.
Antara
jentera kerajaan yang paling giat
meruntuhkan gerakan pelajar yang tidak selari dengan dasar kerajaan ialah Biro
Tata Negara (sebuah agensi penyuntik fahaman perkauman Melayu). BTN telah
memainkan peranan agresif untuk melumpuhkan kelompok pelajar Islam dengan
pelbagai cara, antaranya mengindoktrinkan pelajar-pelajar Universiti dalam
program-program anjuran BTN supaya menjauhi kelompok mahasiswa Islam.
Penceramah BTN akan memburukkan pimpinan mahasiswa Islam. Melalui citra hodoh
inilah mereka mengharapkan masyarakat kampus menjauhi gerakan mahasiswa Islam.
TEKANAN HEP
Peranan HEP
yang sepatutnya membantu pelajar mengembangkan potensi kini telah bertukar
menjadi perkakas politik oleh pihak penguasa.
BUDAYA
SELESA PELAJAR DAN PENSYARAH
Antara faktor
besar yang menghalang keterlibatan para pelajar dalam menangani isu-isu
masyarakat ialah kerana budaya selesa dan ‘playsafe’, kurang kesedaran untuk
merubah kegiatan sistem, kurang maklumat akibat kurang membaca malah tidak
kritis dan anilitis.
Sumber : Sejarah
Gerakan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad