"anak mak kena sabar menempuhi ujian yang mendatang,, ingat sygku, kamu berada di bumi barakah,yakin janji ALLAH,duit boleh dicari tapi ilmu sukar kita dapat"
pesanan ringkas dari seorang ibu kepada anaknya yang tak jemu jemu minta di nasihati... perkara yang sama adalah ibu akan cakap sabar... dan sabar dan terus sabar..lantas tergerak diri ini ingin menari narikan jari untuk menulis entri berkaitan sabar,,, biarpun hanya sedikit ulasan yang dapat saya nukilkan,semuga dapat menjadi penghayatan sesama kita walau hanya sekilas pandangan.
SABAR...S.A.B.A.R .... hanya 5 patah perkataan tetapi memberi kefahaman yang begitu mendalam bagi individual yang benar-benar menghayati dan memahami apa makna sebenar sabar.Sabar merupakan sebuah istilah dari bahasa arab.Dalam bahasa melayu juga kita menggunakan perkataan sabar yang sama dengan maksud sabar dalam bahasa arab.
Dari sudut istilah pula: sabar ialah menahan diri dari sifat kegelisahan,gundah gulana dan rasa emosi dan juga menahan lisan dari keluh kesah serta menahan segala anggota tubuh dari perbuatan yang tidak terarah.
Firman ALLAH S.W.T dari surah ALI-Imran:146 :
"...............Dan ALLAH mencintai orang - orang yang sabar"
Kita acapkali mendengar di corong-corong telinga dengan perkataan sabar .Dan kadang-kadang secara tak lansung ,hati kita senipis kulit bawang ini juga terdetik dengan kalimah sabar lantas memujuk hati supaya bersabar.Tapi adakah terlintas di kotak fikiran kita bahawa sejauh mana lafaz sabar itu digunakan??? adakah ketika hanya dilanda musibah sahaja??
Ketika kita dalam kesenangan atau dalam kemewahan juga ,kita harus bersabar.Sabar menghadapi ujian kemewahan bahawa jangan kita lupa segala kekayaan yang wujud ini adalah pinjaman dari ALLAH semata.Ketika dalam menunaikan ibadat-ibadat sunat juga mengajar kita erti kesabaran seperti bangun disepertiga malam.Sabar adalah tabah hati tanpa mengeluh dalam menghadapi godaan dan rintangan arus kehidupan pada jangkaan waktu tertentu dalam rangka mencapai hadaf yang hendak dituju.Setengah ulama menobatkan bahawa sabar itu separuh daripada iman.Ujian manusia berbagai-bagai.Kadang kita sedang asyik ketawa,rupanya ALLAH sedang menguji kita.Dan kadang kita dalam kesedihan,rupanya dalam tak sedar.. kita sedang diuji.Nabi S.A.W telah bersabda :"man yuridu billahi khairon,yusibu minhu"
mafhumnya: sesiapa yang ALLAH kehendaki baginya kebaikan,ALLAH akan mengujinya.
Sesungguhnya apabila ALLAH mencintai hambanya , Dia akan tenggelamkan hambaNya itu dalam dugaan dan ujian,maka sesiapa yang tidak pernah mengalami musibah,Dia jauh dari kasih sayang ALLAH, mana tau yang diam itu kerana zikir kepada ALLAH,mana tahu yang senyuman itu adalah sedekah kepada ALLAH,mana tahu sedih itu kerana mengenangkan dosa dan mana tahu yang ceria itu kerana bersih hati dan mindanya.Ibnu Qayyim berkata di dalam Al-Fawaid :"Aslul khoiri wal syarra min qibali tafakkuri "
mafhumnya: asal punca kebaikan dan keburukan bermula dari pemikiran.
Bertitik tolak dari tajuk yang saya lontarkan,sebagai azhariyyun ada diantara kita dilanda ujian dari sudut natijah imtihan.Yang najah alhamdulillah dan yang tak najah juga alhamdulillah kerana rupanya ALLAH masih menyayangi kita dan menyuruh kita mendalami lebih ilmu di bumi barakah ini.Anggaplah ujian ini sebagai kafarah semasa di akhirat kelak.Semoga dengan muhasabah dan renungan kita menjadi pemangkin semangat lantas merealisasikan matlamat kita agar tidak terus pudar walau diuji dengan selaut dugaan yang mendatang.Sabar menempuh dugaan dan mehnah tanda kita punya iman dan berani dalam menempuh ujian dunia.Tapi dalam menempuh liku-liku ujian.. kita harus berusaha untuk menjadi yang terbaik dari sebelumnya.ALLAH takkan mengubah nasib seseorang hamba Nya selagi mana hambaNya tidak mengubah dirinya sendiri.Berubah kepada yang lebih baik.
Ingat!!!kita adalah selaku pemuda pemudi di kala ini,oleh itu tanggungjawab amatla berat yang harus dipikul di bahu para pemuda pemudi sekalian,yang mana mempunyai kewajipan yang berat terhadap dirinya,terhadap agamanya,terhadap umatnya bahkan lebih lebih lagi pada zaman era globalisasi ini.Arus remaja ini juga adalah zaman permulaan mengenal dunia dan keinginan terlalu tinggi,berbagai perkara ingin dicuba,ketika ini juga bermula peningkatan usia dan tahap kematangan seseorang remaja.Rentetan dari itu, kesabaran dalam melawan nafsu itu penting.Sabar sesungguhnya memiliki dimensi yang lebih pada pengalahan hawa nafsu yang terdapat dalam jiwa.Melawan nafsu yang berbagai,menahan diri dari melakukan perkara yang mungkar,sabar mengharungi rintangan kehidupan sebagai seorang remaja selaku pemuda dan pemudi.Remaja tunggak kejayaan sesebuah negara dan harapan bangsa.
Moga dengan kesabaran yang ada dalam diri kita menjadikan kita lebih tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebagai hamba ALLAH yang besyukur.Buat sahabat - sahabat yang telah pun menghabiskan pengajian degree di ardul kinanah ini,semoga kalian sabar meneruskan dakwah dan pejuangan di medan yang sebenar nya iaitu malaysia khususnya dan diseluruh dunia amnya.Hidupkan kembali mentaliti masyarakat dengan nur nur islam.Dedahkan masyarakat dengan keindahan keindahan yang ada dalam islam.Semoga dengan pejuangan sahabat, islam akan bangkit.Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : sesiapa yang mengamalkan perkara yang baik,lalu orang selepas nya beramal dengan nya (mencontohinya),baginya ganjaran amalannya (sendiri) dan (ganjaran) orang yang beramal dengannya(mencontohinya).
Akhir sekali untuk entry kali ini,orang yang sabar pandai mengawal emosi.Semoga entry yang tak seberapa ini,dapat menjadi sedikit penghayatan pada sahabat-sahabat.Doa saya,semoga satu hari nanti saya akan lebih menjadi yang terbaik dalam penulisan demi meneruskan pejuangan islam.Dan saya akui memang banyak kelemahan saya yang baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan.Segala teguran yang membina,saya terima kerana kesabaran itu perlu ada untuk menjadi yang lebih baik.Aktafi bihaza qadar...sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan