Memaparkan catatan dengan label tadabbur corner. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tadabbur corner. Papar semua catatan

Ahad, 17 Februari 2013

Sabtu, 17 Mac 2012

Kepada Bakal Suami Dan Bakal Isteri

Kepada Bakal Suami,

Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hati kamu. Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasannya tercalar...

Kepada Bakal Isteri,

Andai purdah menjadi pakaian kamu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan kamu sesuai dengan malu yang ada pada dirimu. Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka kau memperlihatkan wajahmu. Lelaki yang soleh akan merasa cemburu bila dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kau tidak mahu maka pilihlah lelaki yang lain. Pilihan ditangan kamu.

Kepada Bakal Suami,

Jika kamu memilih perempuan yang berpurdah maka kamu harus sentiasa menghembuskan semangat kepadanya agar terus istiqamah untuk berpurdah. Kerana wanita itu boleh berubah dek kerana faktor sekelilingnya.

Selasa, 6 Mac 2012

TIGA PERKARA YANG MENJADI PERISAI API NERAKA


1. Sedekah

Rasulullah SAW bersabda :

Buatlah diantara kamu dan neraka tutup pemisah walaupun cuma dengan
(bersedekah )dengan separuh butir kurma

2. Berzikir

Rasulullah saw bersabda,

Ambillah perisai kamu sekalian ( yang bisa menjaga kamu ) dari api neraka , ucapkanlah 'Subhanallah (maha suci Allah) Walhamdulillah ( segala puji bagi Allah) Walaailaahaillah (tiada Tuhan selain Allah ) Wallaahuakbar (Allah maha besar)", Karena kalimat ini pada hari kiamat akan menjadi mukaddimat (yang berjalan di depan kamu) mu'aqqibat (yang berjalan dibelakang kamu ) dan menjadi Mujannibat (yang menjauhkan kamu dari api neraka). Kalimat ini adalah al- baaqiyat ash- shalihat (hal-hal yang baik yan masih tersisa)

(HR an-nasa'i dan al- Haakim dari Abu Hurairah r.a)

3. Mempunyai anak perempuan dan mendidiknya dengan baik

Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah saw.

"Tiada seorang dari umatku yang menanggung kehidupan tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan , lalu ia berbuat baik kepada mereka kecuali mereka akan menjadi tabir (pencegah) bagi dia dari api neraka

(HR al Baihaqi dari Aisyah r.a)

Rabu, 22 Februari 2012

Apakah Benar Engkau Pejuang

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang,
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur engkau tidak amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,
Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan

Engkau ingin berjuang,
Karenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang
Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan

Ya sebenarnya apa yang
Engkau hendak perjuangkan...

Rabu, 15 Februari 2012

Sebab Bahaya Merokok

Bukan Amalan ISLAM... Nak Tahu Kenapa?

Sebabnya :

✔ Mana ada orang hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..!
✔ Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..!
✔ Menyalakan api adalah kesukaan SYAITAN...!
✔ Membazir adalah amalan SYAITAN...!
✔ Merosakkan kesihatan diri, ditegah ISLAM...!

SAUDARA - SAUDARIKU SEKALIAN... BERHENTILAH MEROKOK.....
Hidup lebih sihat tanpa merokok...Alhamdulillah.. hargailah nyawa anda & nyawa insan yang tersayang ... Mereka amat memerlukan anda !!!

Khamis, 15 Disember 2011

Gali ilmu

Kepada sahabat yang bekerja, sepatutnya bukan alasan kesibukan menyebabkan kita tiada ruang untuk menuntut ilmu. Lihatlah bagaimana orang yang bukan Islam, menjinjing buku sambil membaca ketika santai.

Hidup kita bukan di antara tempat kerja dan rumah hingga tidak ketahuan apa yang terjadi kepada alam sekeliling. Cubalah peruntukkan sedikit kewangan untuk membeli buku, majalah yang bermanfaat untuk akal.

Kewajipan menuntut ilmu itu bukan untuk pelajar sahaja..

Belajarlah sahabat, ramai antara kita hanya mengharapkan maklumat dari orang lain tanpa berusaha mencarinya.

Belajarlah memahami Al Quran setelah banyak kali mengkhatamkannya. Lihatlah orang-orang yang hanya pandai bertaranum semata-mata, atau tertarik dengan orang yang hafiz tetapi diri sendiri tidak mahu memperbaiki penghayatan kepada Al Quran.

Lihatlah, ada orang yang membaca al Quran tetapi auratnya tidak ditutup dengan sempurna. Bahkan ada yang tidak tahu langsung apa ertinya al fatihah yang dibaca sedangkan umurnya sudah meningkat tua pula.

Ketahuilah sahabat, keutamaan menuntut ilmu itu yang menjadikan tamadun Islam itu gemilang.

Sabtu, 26 November 2011

Subhanallah... Hebatnya Pesanan Nabi

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Tarbiyah Perlu Istiqomah

Tarbiyah perlu istiqamah, dakwah perlu hikmah dan siasah perlu mazkhuriah [ strategi ]. Gandingan 3 elemen ini menjadikan gerakan kita menepati Harakah Islamiyyah an Naajihah [ yang berpotensi untuk menang ]

Teruskan berdakwah, para malaikat sedang menulis pahala anda semua..

Khamis, 27 Oktober 2011

Anda Menghadapi Masalah ???

Bila kita menganggap masalah sebagai beban, kita mungkin akan menghindarinya.

Namun bila kita menganggap masalah sebagai tentangan, kita pasti akan menghadapinya.

Masalah adalah hadiah yang dapat kita terima dengan sukacita.

Dengan pandangan tajam, kita boleh melihat keberhasilan diesebaliknya.

Masalah adalah anak tangga menuju kekuatan yang lebih tinggi.

Maka, hadapilah dan ubahlah menjadi kekuatan untuk berjaya.

Tanpa masalah, kita tidak layak memasuki jalur keberhasilan.

Bahkan hidup ini pun bermasalah, kerana itu terimahlah sebagai hadiah.

Bila kita tidak berani mengatasi masalah, kita tidak akan menjadi seseorang yang sejati.

Isnin, 10 Oktober 2011

Kenapa Malas Baca Buku ?

Kekayaan pengetahuan dan maklumat kita tentang sesuatu yang berlaku di sekitar kita adalah penting. Isu semasa salah satu cabang penting.
Kekalahan kaum Muslimin bukan karena kekuatan musuh, tapi karena kelemahan umat Islam sendiri.

Kenapa malas baca buku?? kan kita ini kurang ilmu, katanya mahu islam maju tapi malas baca buku?

Ahad, 11 September 2011

Wahai saudari seakidahku

wahai saudari seakidahku, carilah LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untukmu, yang menitis AIR MATA melihat kesakitanmu ketika melahirkan ZURIATnya, dan lelaki yang membangunkanmu untuk BANGUN BERIBADAT bersama-sama pada 2/3 malam

Jumaat, 9 September 2011

Anak muda yang memperjuangkan Islam dan kebenaran

Sebagai anak muda yang memperjuangkan Islam dan kebenaran : Jika hatimu keras, banyakkan baca al Quran, jika mindamu lemah banyakkan berselawat, jika lidah mu kesat banyakkan berzikir kpd Allah swt., jika bahasa mu kasar, teladani sirah Rasulullah saw., jika perwatakanmu angkuh, ziarahi para alim ulama', jika aqalmu selalu alpa, banyak mengingati mati. Sebagai abna'ul harakah, hiasi dirimu dengan sifat mahmudah dan bebaskan diri dari jangkitan mazmumah.

kalam dari Ustaz Nasrudin Hassan

Ahad, 4 September 2011

Rahsia senyum Rasulullah

Media paling besar yang dilakukan Muhammad saw. dalam dakwah dan perilaku beliau adalah, gerakan yang tidak memerlukan kos yang besar, tidak memerlukan tenaga berlebihan, meluncur dari bibir untuk seterusnya masuk ke lubuk hati yang sangat dalam.

Jangan anda tanyakan keberkesanannya dalam mempengaruhi akal fikiran, menghilangkan kesedihan, membersihkan jiwa, menghancurkan tembok penghalang di antara anak manusia!. Itulah ketulusan yang mengalir dari dua bibir yang bersih, itulah senyuman!

Itulah senyuman yang dicatat dalam Al Qur’an tentang kisah Nabi Sulaiman as, ketika Ia berkata kepada seekor semut,

Rabu, 31 Ogos 2011

Ke sini jua akhirnya....

1. Jgn bangga berkulit mulus kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT
2. Jgn bangga dgn rumah besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR
3. Jgn bangga dgn baju mahal kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN
4. Jgn bangga dgn kereta&motor besar,kerana kenderaan kita yg terakhir = KERANDA
5. Jgn bangga dgn Minyak wangi berjenama, kerana wangian kita terakhir = KAPUR BARUS.


Rabu, 17 Ogos 2011

Baca, fahami, beritahu mereka yang masih lalai


Baca, fahami, beritahu mereka yang masih lalai...

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

Rabu, 10 Ogos 2011

Sahabat muslimahku : Jaga peribadimu!!!!

"Remaja hilang dipercayai dibawa diculik oleh rakan lelaki yg baru dikenalinya melalui laman sosial facebook...oleh itu kepada anak gadis diluar sana sentiasalah berhati-hati dan waspada dgn kenalan facebook anda...semoga anak gadis ini ditemui selamat sama2lah kita berikhtiar..."
dipetik dari facebook Jom tutup aurat dan jaga akhlak








DELUSI KALBUKU BUAT DIRIKU DAN SAHABAT SEMUSLIMAHKU


Assalamualai’kum saudari muslimahku yang dirahmati… Moga barakahNya menyubur mekar dalam kehidupan kita, insyaAllah.

Wanita solehah itulah bidadari cinta yang didambakan oleh penghuni syurga. Tanyalah kepada wanita disekeliling kita, hatta kepada seorang pengemis wanita yang, hati pasti terusik lantas mengiyakan gelaran wanita solehah yang diidamkan. Dangkalnya aqal wanita apabila dipersoalkan mengapa nabi hanya dilantik di kalangan lelaki... aduhai wanita muslimah, kau tetap tidak disisihkanNya. Malah Dia menganugerahkan kepadamu, keistimewaan yang tiada tandingan dengan lelaki. Lihatlah dirimu, carilah keistimewaan itu. Di situlah letaknya kebesaran dan keagunganNya.

Isnin, 1 Ogos 2011

Subhanallah - Indahnya suasana ini



Apabila menghadapai kesulitan & kesusahan, kembalilah kpd Allah melalui SOLAT & SABAR.

"Jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu..." (al-Baqarah: 45).

Ali bin Abi Talib r.a menyatakan keadaan Rasulullah S.A.W, "Pada mlm berlaku perang Badar, semua kami tertidur kecuali Rasulullah, Baginda solat & berdoa sampai pagi."

Jom tadabbur :

Seorang kanak-kanak menangis ketika melihat unggun api terbakar. Lalu khalifah Harun ar-Rasyid bertanya, "Mengapa menangis?" Kanak-kanak itu menjawab,"Aku takutkan api neraka". Khalifah yang adil itu memujuk, "Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dlm api neraka." Kanak-kanak itu menjawab,"Aku... lihat ketika org menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil itu terbakar, barulah dimasukkan kayu-Kayu yg besar. Aku takut hal yg sama berlaku di neraka kelak. Adakah aku umpama kayu kecil itu?" Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis.

Isnin, 25 Julai 2011

Berkata Benar

Seorang Muslim mestilah bercakap benar dan tidak berdusta sama sekali, walaupun terhadap dirinya sendiri dan tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Kerana berdusta adalah sejahat-jahat dan serendah-rendah akhlak. Ia merupakan pintu masuk bagi penipuan syaitan. Berhati-hati dan berusaha menjaga diri supaya tidak berdusta menjadikan jiwa seorang itu teguh, bersih, mulia dan tertahan dari hasutan dan tipuan syaitan. Sebaliknya berdusta bisa meruntuhkan jiwa seorang dan menghancurkan peribadi. Kerana itu, berdusta adalah haram dalam islam serta dianggap sebagai suatu penyakit atau satu sifat yang sangat-sangat dilaknat. 

Sabda Rasulullah s.a.w : Sesungguhnya bercakap benar itu membawa kepada kebaikan (taat) dan kebaikan itu membawa kepada syurga. Bila seseorang membiasakan dirinya bercakap benar akan tercatit disisi Allah sebagai " Siddiq". Sebaliknya berdusta membawa kepada kejahatan, sedang kejahatan pula membawa kepada neraka. Bila seseorang itu membiasai dirinya berdusta akan tercatit  disisi allah sebagai "Kazzab" (pendusta).

Jumaat, 1 Julai 2011

Hebatnya Allah Ciptakan Tulang Manusia

"Tiap-tiap ruas tulang anak adam itu ada sedekahnya setiap harinya" (HR Bukhari, Muslim)

Seorang doktor ahli bedah yang berfungsi juga sebagai staf pengajar anatomi di Universiti Muhammadiyah Yogyakarta menemukan fenomena wudhu yang sangat berkaitan dengan anatomi tubuh manusia khususnya tulang. Bertahun-tahun mendalami ilmu bedah dan anatomi, akhirnya doktor tersebut menyimpulkan bahwa jumlah bilangan ruas tulang yang kita basuh setiap kali berwudhu sama dengan jumlah keseluruhan tulang manusia dan sama dengan jumlah bilangan hari dalam 1 tahun hijriah.

Kebanyakan manusia tidak pernah memperhatikan jumlah tulangnya sendiri, bahkan seorang doktor sekalipun. Menurut ilmu anatomi, jumlah tulang manusia dewasa adalah 206 ruas (Henry Netter, 1906). Akan tetapi secara embriologis, pusat penulangan semasa kehidupan janin dalam kandungan adalah sekitar 350-an pusat penulangan (Leslie Brainerd Arey, 1934), yang kemudian banyak pusat-pusat penulangan yang menyatu, membentuk satu tulang dewasa. Bilangan pusat penulangan itu ternyata dekat dengan bilangan hari dalam satu tahun.

Rabu, 22 Jun 2011

Sedikit peringatan - Fikir-fikirkanlah....

1. Apa gunanya wajah yangg tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang kuat seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga...fikir-fikirkanlah.

2. "Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat iaitu :

a- Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya.
b- Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.
c- Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu           mengamalkan isinya).
d- Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.
e- Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya.
f- Dan orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya." ..fikir-fikirkanlah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails