Memaparkan catatan dengan label my family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my family. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Julai 2011

Mensyukuri nikmat kesihatan -Kaki kena simen

Kepada sahabat yang singgah di laman blog saya, mohon doa dari kalian supaya saya dapat berjalan seperti biasa.Alhamdulillah, selepas membuat pemeriksaan doktor dan x-tray, doktor mengesahkan tiada retakan tulang dibahagian kaki, cuma kaki saya menghadapi masalah pada otot dan tisu.Paling terkesan bengkak  di bahagian buku lali.Buku lali, walaupun tulang yg sangat-sangat kecil di kaki kita tapi fungsinya terlalu banyak.Kaki saya disimen dan doktor  memaklumkan bahawa selepas dua minggu (10/8/2011) baru dibenarkan buka balutan simen.



Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan nasehat kepada kebenaran dan kesabaran


Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

Selasa, 2 Februari 2010

::|| aBaH ||::


Salam mesra buat duyuful kiram.Semoga Allah menempatkan hati kita thabat istiqomah dengan rutin harian bersama kerja-kerja islam serta menunaikan tanggungjawab sebagai seorang dai`e.''Man qola La ila ha illaAllah, Fahuwa dai`e'' .Sekarang saya berada di kota paling sesak di bumi Egypt iaitu Kota Cairo.Dikala sepi bertandang ,membuat gelodak jiwa terpanggil-panggil untuk menari-narikan jari jemari di atas keyboard laptop.Tiada tajuk relevan mahu diutarakan .Dek terkenangkan keluarga di Malaysia,lantas dahi minda terus menyala menandakan ada idea yang berkemungkinan boleh menghasilkan satu entri untuk dikongsikan bersama duyuful kiram.Entri kali ini saya tujukan khas buat abah saya yang terlalu banyak pengorbanannya demi keluarga tercinta.Bila direnung kembali sekalipun ditawarkan wang yang berlipat ganda, manakan mungkin diri yang kerdil ini dapat membalas jasa dan pengorbanan abah.Semasa saya meneruskan penulisan ,hati saya sebak bercampur gembira. Abah sering membawa saya sekiranya ada keperluan penting.Kenapa saya???Kenapa bukan abang din??Mungkin kerana saya tidak banyak karenah.(hehehe.... kalau abang saya baca entri ini,gurau2 je).Antara detik-detik nostalgia saya bersama abah ketika waktu dahulu dan tidak mungkin saya rasai di zaman sekarang... Al-Kisah......

MASIH SEGAR DALAM INGATAN....
Ketika itu...
Sebelum abah mempunyai kenderaan,abah pergi ke kerja dengan menaiki sebuah motor dari seorang kawan yang begitu baik hati menumpangkan abah.Tidak silap saya nama kawan abah pakcik Jo.Setiap petang saya dan ibu akan menunggu didepan pintu,menunggu kepulangan abah dari tempat kerja.Suatu hari saya melihat abah membawa sebuah basikal merah yang mempunyai roda tambahan.Kesian abah naik motor sambil membawa basikal yang mahu di hadiahkan kepada abang saya.TERIMA KASIH ABAH....

MASIH SEGAR DALAM INGATAN....
Ketika itu...
Umur saya dalam lingkungan 6 tahun.Abah baru mempunyai sebuah motor .Pada pagi itu ,abah bersiap-siap membawa saya ke kedai motor dengan menaiki sebuah teksi.Saya dan abah merasmikan kenderaan baru kami motor EX5.Seronok sangat kerana pertama kali menaiki motor sendiri.Sejak dari itu , setiap petang abah akan membawa kami dua beradik ke taman permainan berdekatan rumah kami dengan membawa air minuman yang dibekalkan oleh ibu.Masih terasa sentuhan buaian abah.Abah tidak jemu-jemu menolak buaian saya dan abang sambil di iringi dengan gelak tawa riang.Abah melayan telatah kami meskipun saya agak kuat merajuk dan menangis apabila diusik oleh abang.Terima kasih abah...

MASIH SEGAR DALAM INGATAN...
Ketika itu...
Saya berada di alam persekolahan di tahun 1.Pada zaman saya ketika itu , cuti sekolah jatuh pada hari jumaat dan sabtu.Apabila tiba hari ahad,abah dan ibu akan datang ke kantin sekolah dengan membawa bekalan makanan untuk saya dan abang.Ibu akan menyuapkan makanan .Bukan saya dan abang sahaja,tetapi ibu akan menyuap kawan-kawan kami yang berdekatan dengan kami.Kadang-kadang juga ,sewaktu hari abah bekerja juga,abah akan datang menjenguk saya ketika waktu rehat.Dan pernah juga abah tunggu didepan pintu kelas sambil menunjukkan sebungkus jelly summi kegemaran saya.TERIMA KASIH ABAH....

MASIH SEGAR DALAM INGATAN...
Ketika itu....
Abah pernah membawa saya disalah sebuah kedai elektronik.Wah .... pasti abah mahu menukar television baru atau pun munkin juga radio baru.Rupanya sangkaan saya meleset kerana abah keluar dari kedai itu dengan membawa sebuah kotak sebesar dua kotak kasut.Setibanya kami dirumah.Apabila abah membuka bungkusan kotak tersebut,abah membelikan kami dua beradik sebuah video game (dulu tiada PS).Walaupun abah cuma bekalkan kami dengan dua pitar tape permainan,ianya sudah cukup untuk memuaskan hati kami memenuhi waktu bermain.Saya??? saya suka fight game bersama abah kerana abah selalu kalah(saya tahu abah buat-buat kalah),dan sebaliknya tidak suka fight game bersama abang.Pasti kalah.(T_T) TERIMA KASIH ABAH....
MASIH SEGAR DALAM INGATAN....
Ketika itu....
Umur saya dalam lingkungan 8 tahun,ibu dan abah membuka satu kedai makan di kawasan perindustrian yang terletak di Tampoi.Alhamdulillah perniagaan maju,dengan berkat kesabaran ibu dan abah,setelah beberapa bulan kemudian,abah memiliki sebuah kenderaan kereta.Sepanjang perjalanan proses pembelian kereta.Abah masih bawa saya lagi sebagai peneman dan abah upah seorang pakcik saya bagi mempercepatkan proses pembelian.Kereta tersebut dibeli luar dari daerah kediaman kami iaitu di daerah Segamat.Sepanjang pengurusan,saya dan abah serta pakcik berulang-alik dari johor bahru ke segamat setiap hari dengan menaiki bas express.Alhamdulillah akhirnya kami pulang ke Johor Bahru dengan menaiki kereta Proton Saga kelabu.(rindunya kereta lama,biarpun bukan kereta itu sekarang tapi banyak kenangan keluarga kami bersama kereta tersebut).Terima kasih abah....

MASIH SEGAR DALAM INGATAN....

Ketika itu....
Umur saya 9 tahun bermakna saya sekolah agama di tahun 1.Sungguhpun ibu dan abah sibuk meneruskan perniagaan di kedai makan, mereka tidak akan membiarkan saya keseorangan walaupun harus ke sekolah pada jam 9.30 pagi.Oleh itu rutin harian saya ialah, setiap hari jam 3 pagi,ibu akan kejutkan saya dan menyuruh saya sambung lena di dalam kereta.Setiap pagi yang hening dan masih gelap dikala orang ramai sedang lazat dibuai kenikmatan mimpi yang indah-indah,ketika itu juga abah harus ke pasar membeli bahan- bahan makanan untuk dimasak di kedai makan.Saya?? cuma di dalam kereta sahaja.Pada jam 8.30 pagi pula,setelah semua pekerja mula bekerja,ibu bergegas mandikan saya , rindunya sentuhan ibu menyikat rambut saya.Abah bersiap untuk menghantar saya pulang kerumah .Tiba dirumah abah akan menggosok pakaian sekolah saya.Abah akan ke kedai makan setelah melihat kelibat van sekolah saya tiba di depan rumah.TERIMA KASIH ABAH....
MASIH SEGAR DALAM INGATAN....
Ketika itu....
Sewaktu umur saya dalam lingkungan 10 tahun,abah telah membawa saya berjalan kaki di atas landasan keretapi yang mana di seberang landasan keretapi adalah pekan kampung Ungku Mohsin(sekarang kawasan industri).Agak jauh juga kami berjalan.Abah tahu saya keletihan ,kerana itu abah mengajak saya bersembang-sembang sambil meneruskan perjalanan lantas memecahkan kesunyian suasana ketika itu.Akhirnya kami tiba di sebuah kedai apek,kedai yang membetulkan motor dan menjual perkakas motor dan basikal.Setahu saya motor abah tidak rosak.Rupanya abah membeli sebuah basikal BMX.Saya tanyakan pada abah bahawa basikal ini untuk siapa.Abah yang mempunyai sifat penyayang menjawab soalan saya ,basikal itu abah hadiahkan pada abang saya.Sambil meneruskan perjalanan balik kerumah dengan mengiringi basikal yang masih berbungkus plastik,abah meneruskan kata-kata,abah beritahu bahawa abah pernah ternampak abang din meminjam basikal jiran untuk dicuba seketika,ketika abah meneruskan kata-kata ,saya dapat rasakan bahawa abah juga mahu anak-anaknya memiliki seperti anak jiran yang lain.Betapa seronok perasaan abang din setelah mengetahui abah menghadiahkannya basikal tersebut.Tapi yang merasai kepenatan berjalan kaki,saya dan abah.Eh silap..saya sahaja mengeluh kepenatan.TERIMA KASIH ABAH....

MASIH SEGAR DALAM INGATAN....
Ketika itu...
Bila umur saya meningkat sekolah menengah..ibu dan abah tidak lagi bekerja di kedai makan.Selepas habis dari kontrak sewa kedai makan,abah dan ibu bekerja di industri yang berlainan.Sepanjang ibu bekerja,abah sentiasa hantar dan ambil ibu ke tempat kerja.Abah tidak benarkan ibu menaiki transport.Selepas saya tamat persekolahan rendah,saya ditawarkan ke sekolah berasrama di Sekolah menengah tinggi Pontian(Maahad Potian).Masih teringat ketika ibu dan abah hantar saya balik asrama setelah cuti,ketika itu ibu dan abah hantar saya di awal pagi.Nak tau tak apa yang berlaku,ibu dan abah kemas locker saya,ibu kemas semua barang-barang saya,abah pula sapu bilik saya.Pernah suatu ketika ,ketika abah dan ibu menghantar saya pulang ke asrama,rupanya saya tertinggal kasut sekolah.Saya mengadu hal ini kepada ibu, ibu beritahu saya bahawa jangan beritahu abah kerana sifat abah tidak suka kalau anak-anaknya lalai, sehingga sekarang banyak rahsia saya dengan ibu.Rahsia antara kami berdua hingga ke akhir hayat.Saya dan ibu banyak berkongsi cerita serta masalah. ibu benar-benar memahami saya.Almaklumlah saya seorang sahaja anak perempuan.Ermmm sebelum saya tamat melanjutkan pelajaran disekolah menengah,seorang guru penyelia berjumpa saya bahawa dia pertama kali nampak seorang bapa sepanjang 5 tahun pada setiap minggu menjenguk anaknya di asrama.Penyelia kagum dengan abah.TERIMA KASIH ABAH...

MASIH SEGAR DALAM INGATAN....
Ketika itu....
Sebelum saya melanjutkan pelajaran ke luar negara,berbagai aktiviti dan kursus saya ikuti.Semua itu,abah hantar,abah ambil.Abah tidak pernah bagi saya pergi sendiri cuma kadang-kadang sahaja abang din hantar kalau abah tidak berkesempatan. Satu hari saya mahu melangkah untuk meneruskan pelajaran di Egypt.Selepas menunaikan solat musafir ,ketika mahu melangkah keluar rumah meinggalkan kampung halaman,abah azan di luar rumah,saya tahu abah dan ibu sedih tapi gembira kerana ibu dan abah memang dari dulu nak sangat saya belajar di universiti timur tengah, sedang abah mengalunkan azan,ketika abah mengalunkan hayya ala falah,tiba-tiba suara abah tersekat,saya terus melihat abah, abah menitis kan air mata dan saya dapat agak, abah tidak dapat menahan sedihnya lalu aair mata jatuh juga walaupun hanya seketika. Dan ketika saya menarikan jari jemari di butang keyboard ini,airmata saya berlinangan kerana terharu begitu besar pengorbanan abah.Saya tidak akan sia siakan harapan ibu dan abah.Entri ini saya tujukan pada abah saya Ambok Dalek Bin Haji Ambok Hatta.Suatu hari nanti saya akan buat entry untuk idola saya ibu tersayang,ibu yang tidak pernah rase penat dan letih menjaga kami bertiga.Haaa??? bertiga?? adik saya haziq yang beza saya dan adik 18 tahun,jadi pengalaman hidup zaman kegemilangan,adik saya tidak rasainya.

TERIMA KASIH ABAH,TERIMA KASIH ABAH, TERIMA KASIH ABAH...

KETIKA BERJAUHAN MASIH TERASA HANGAT KASIHMU ABAH
BETAPA KURINDUKAN REDUP WAJAHMU
HADIR MENEMANIKU
TERBAYANG KETENANGAN YANG SELALU KAU PAMERKAN
BAGAIKAN TIADA KERESAHAN WALAU HATIMU SERING TERLUKA
TIKA DIRIKU TERLANJUR KATA
TAK PERNAH SEKALI KAU TINGGALKAN DIRIKU SENDIRIAN
KETIKA KU DALAM KEDUKAAN
KAU DAKAP PENUH PENGERTIAN
DI SAAT DIRIKU KEHAMPAAN,
KAU SERING MENGAJARKU ERTI KEKUATAN
TERPANCAR KEBANGGAAN DALAM SENYUMMU MELIHAT KU BERJAYA
BILA KU KEGAGALAN ,TAK KAU BIARKAN AKU TERUS KECEWA
DENGAN KATA AZIMAT ,
ENGKAU NYALAKAN SEMANGAT
RESTU DAN DOA KAU IRINGKAN


tambahan..hari lahir saya sama dengan abah pada 14 Jun.... (T_T)

Ahad, 24 Januari 2010

::|| aLaM taDiKa ||::


Alhamdulillah hari ini merupakan hari terakhir saya berimtihan untuk fasa pertama.Semoga dengan usaha saya ini dipandang oleh Al-Khaliq.Ermmm rindu pada penulisan di blog.Ermm macam-macam nak di post kan tapi kepala bercelaru dek kerana masih tiada lagi point-point cuma tajuk-tajuk entri kian berlegar-berlegar di kotak fikiran saya.Untuk pertama sekali ucapan yang paling istimewa buat adik kesayangan saya Mohd Zulfathi Haziq bin Ambok Dalek yang baru menjejaki kan kaki ke alam persekolahan.Sungguhpun ditahap alam tadika,tidak harus dipandang enteng kerana disitulah tempat mengenali apa itu ilmu .Ilmu itu juga begitu luas dan mempunyai cabang-cabang yang boleh dicungkil disetiap lapisan segi.Apapun jawapan kalian,esensi nya adalah ilmu yang diredhai oleh Allah Taala agar mendapat keberkatan .Eh,jauh pula sasaran entri saya,hehehhe... ucapan untuk adik saya ,semoga tidak jemu menuntut ilmu,semoga dapat membahagiakan kedua ibu bapa serta keluarga dan masyarakat.Dan paling penting ,semoga menjadi anak yang soleh dan menjadi pejuang Ad-Dinul Islam dan menjadi salah seorang jundullah.InsyaAllah saya akan teruskan penulisan saya untuk hari seterusnya.Minta pandangan atau cadangan duyuful kiram untuk entri seterusnya.Mana tahu ada cadangan yang bernas utarakan untuk entri akan datang.Salam ceria buat duyuful kiram yang setia dan terus sudi membaca entri saya.

Khamis, 10 Disember 2009

::|| syUkraN uSraTi ||::


Salam sayyidul ayyam buat duyuful kiram .Bagaimana iman kita pada hari ini?mudah-mudahan lebih baik dari semalam walaupun pada hakikatnya iman kita yazid wa yanqus.Erm...rasa nya sudah lama saya tak update kan blog saya.Bukan nya sibuk tapi ada beberapa perkara dan urusan yang harus diselesaikan tapi insyaAllah dengan izin Allah,saya akan sentiasa mengisi post-post yang terkini.Sedar tidak sedar,imtihan fasa pertama semakin hampir,lebih kurang sebulan lagi.Sebenarnya ada seperkara yang saya nak berkongsi kegembiraan bersaa duyuful kiram,keluarga saya hadiahkan pada saya sebuah laptop ,yang mana sebelum ini notebook saya menghadapi sedikit kerosakan.Alfun syukran buat keluarga tersayang, InsyaAllah bi iznillah , saya akan gunakan sebaik nya.Dan paling seronok sekali dalam berbagai kiriman,kiriman yang paling bermakna bagi saya ialah dapat melihat fenomena keluarga saya yang dipetik dari lensa kamera berbentuk gambar dan video.Rindu sangat pada kalian.Anak buah saya dah semakin membesar.Comel macam umi dan ayah nya.Wish dari saya,alfun syukran buat keluarga tersayang.

Sabtu, 31 Oktober 2009

:: ovErsEa vs ovErsEa ::

Salam ceria buat duyuful kiram.Kali ini entry saya ialah wish untuk abang saya (Zainuddin bin Ambok Dalek) yang akan berangkat ke Macau,China pada hari khamis ini kerana ada urusan pekerjaan sedikit untuk diselesaikan.Apabila saya usulkan bagaimana akak(kakak ipar) dan iman(anak abang)? Kalau diikutkan hati abang din, mahu saja abang din bawa family nya.. tapi memikirkan hadaf destinasi ke sana untuk menyelesaikan sedikit urusan pekerjaan, maka pengorbanan itu harus juga di utamakan..walaupun tidak lama tapi seperti setahun tak berjumpa kerana kasih sayang yang disulam dengan cinta sejati bersama isteri dan anak membuat rasa rindu tak keruan meninggalkan mereka..Wish untuk kak ila.. "sabar ye kak.. sekejap je"hehhehe

Anak ibu ada di Egypt,China dan Malaysia..siapa yang kat malaysia??? pak usu iman (haziq)hehehhe..Seorang anak ibu pergi mencari rezeki. Seorang anak ibu pergi menuntut ilmu.Dan seorang anak ibu baru nak mengenali dunia persekolahan tak lama lagi iaitu alam tadika.Semoga bermulanya titik permulaan persekolahan anak ibu yang kecil ini mendapat ilmu yang bermanfaat yang bakal berbakti kepada masyarakat demi addinul islam dan negara.Amin...Jutaan terima kasih tak terhingga buat ibu abah yang mendidik dan mengasuh kami dari kecil hingga lah ke saat ini.Buat abang din... Selamat berangkat ke Macau,China.Semoga berada didalam lindungan Allah sentiasa sepanjang musafir.Kalau pergi Disneyland,jangan lupa ambil gambar banyak-banyak.hehehhehe

Sedikit history yang dapat dikongsi bersama....


:: MACAU ,CHINA::

Panorama Macau,China

Hotel abg din menginap -Hotel Vetinian-


Tempat meeting abg din kat Hotel Vetinian

Macau diduduki Portugis pada tahun 1557, tidak lama selepas menawan Melaka pada tahun 1511 dan Timor Timur selepasnya. Bermula pada tahun 1670, Portugal menyewa kawasan ini daripada maharaja China. Tiada pindah hak milik pada masa itu. Macau berkembang sebagai pelabuhan perdagangan antara Portugis dan China dan cuba dikuasai Belanda secara berkali-kali pada abad ke 17.Selepas Rumah Braganza menawan semula Portugal daripada tangan Pemerintah Sepanyol Habsburgs pada tahun 1640, Macau dinobat sebagai Cidade do (Santo) Nome de Deus de Macau .Motto "Tiada lagi yang lebih setia" diberi sempena membalas budi baik Macau yang tetap setia kepada pemerintahan Raja Portugal dan tidak mengiktiraf pemerintahan Sepanyol yang sebelum itu berjaya menawan dan menanluki Portugal. Secara realitinya pemerintah Hasburgs bukannya boleh mengubah keadaan ini pun kerana ia pada masa itu sibuk menghadapi peperangan-peperangan di Eropah. Tambahan pula, kegagalan Belanda menguasai Macau membuktikan bahawa Macau bukanlah bandar yang mudah ditumpaskan.

:: EGYPT ::

panorama di Cairo,Egypt

Spinx di Giza

di Aswan,Egypt

Kebanyakan daripada geografi Mesir terletak di Afrika Utara, walaupun Semenanjung Sinai adalah dalam Asia Barat daya. Negara ini mempunyai persisiran pantai Laut Mediterranean dan Laut Merah; ia bersempadan dengan Libya di barat, Sudan di selatan, dan Semenanjung Gaza, Palestin dan Israel ke timur. Mesir Purba terbahagi kepada dua kerajaan, dikenali sebagai Mesir Hulu dan Hilir. Berlainan dengan kebiasaan, Mesir Hulu (Upper Egypt) terletak di selatan dan Mesir Hilir (Lower Egypt) di utara, dinamakan menurut aliran sungai Nil. Sungai Nil mengalir ke utara dari titik selatan ke Mediterranean bukannya kebahagian selatan daripada titik utara. Sungai Nil, yang merupakan tumpuan penduduk negara tersebut telah menjadi sumber kehidupan bagi kebudayaan Mesir semenjak kebudayaan Naqada dan Zaman Batu.



:: MALAYSIA ::

Kuala Lumpur , Malaysia

Bandaraya Kuala Lumpur

Tambak Johor (Johor bahru-Singapore_causeway)

Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisir pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.

**Bahan rujukan dari Ensiklopedia bebas**

Sabtu, 12 September 2009




selamat menyambut hari gaye buat new generation kami.. MOHD HIFZUL IMAN BIN ZAINUDDIN.windunyeeeeeeee malaysia..

Sabtu, 29 Ogos 2009

:: reNunGiLaH mErEka ::





Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang nampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan nampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan nampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda... . Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yangpaling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasakasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.


Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan.Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA... ..

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabatyang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails