Memaparkan catatan dengan label Interesting. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Interesting. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Julai 2011

Google Plus lebih canggih dari facebook - Jom Explorer!! -

Tak lama lagi akan ada penganti FB, iaitu google plus...serupa dengan fenomena friendster dan myspace, akan tiba lagi satu peralihan baru iaitu GOOGLE+



9 Ciri-ciri Menarik Yang Ada Pada Google+

1. Jemputan sahaja
Projek Google + kini dalam tempoh percubaan terhad dimana hanya sejumlah kecil pengguna sahaja yang boleh mengaksesnya ketika ini. Namun, anda boleh menyertainya sekarang dan apabila rangkaian sosial ini siap, Google akan memberitahu anda.

2.Privasi Google +
Google telah meningkatkan penyesuaian privasi yang diharap akan memadamkan kebimbangan yang melanda Google Buzz. Anda dapat berkongsi di Google + hanya dengan mereka yang anda mahu. sahaja .Bradley Horowitz, VP pengurusan produk di Google, menggambarkan: " Saya boleh bercakap dengan anda dan mengetahui siapa saja yang ada di ruangan,seperti di dunia nyata”.

3.Tiada Google +1
Menurut Enjin Carian Land, tiada integrasi Google +1 apabila dilancarkan:

Google memberitahu saya bahawa ia adalah "logik" untuk melihat +1 berada dalam Google + dan bahawa "kita boleh meneka akhirnya" ia akan berlaku. Jadi, saya cukup yakin kita akan melihat perkara ini berlaku. Tetapi bila ia akan dilancarkan tidak jelas, dan ia benar-benar terasa seperti kesilapan yang luar biasa apabila ia bukan sebahagian daripada pelancaran.


 
4.Google + Circle
“Drag” dan”drop” kawan anda, satu demi satu atau banyak dalam satu masa, untuk membentuk kumpulan. 

Selasa, 10 Mei 2011

Tangkap ikan dengan tangan

SEKUMPULAN nelayan menangkap ikan dengan menggunakan tangan di Tasik Xiannv, China baru-baru ini.
TASIK XIANNV, China - Sekumpulan nelayan tidak menggunakan pukat untuk menangkap ikan tetapi hanya menadah tangan bagi mendapat haiwan itu di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Keadaan itu berlaku kerana musim panas yang melanda di wilayah Jiangxi sekali gus menyebabkan paras air menjadi cetek, baru-baru ini.

sumber: KOSMO

Rabu, 12 Januari 2011

43rd Cairo International Book Fair

Tarikh
26 Januari 2011- 6 Februari 2011

Jam
9.00 pagi - 7.00 petang

Lokasi
Cairo International Conference Centre ( CICC )
Kaherah, Mesir (Tahun ini tidak di adakan di tapak Maarad)

Tetamu kehormatan : China
=========================================

Cairo International Book Fair (CIBF) atau lebih dikenali dikalangan student di Egypt sebagai Maarad Kutub merupakan Pameran yang terbesar bagi masyarakat di wilayah Arab dan di Benua Afrika. Pameran ini dianggap sebagai sebuah tempat pertemuan penting bagi golongan penerbit, penulis, penterjemah  serta pengedar buku/kitab yang datang dari negara-negara Arab.

Pameran Kitab ini diadakan pada setiap tahun.Statistik yang

Ahad, 12 Disember 2010

Laptop pertama dicipta di dunia


Zaman era globalisasi ini, dunia dibanjiri dengan penggunaan laptop dari segenap lapisan umur.Beberapa tahun yang lalu, kebanyakan dari kita hanya mengenali komputer dekstop dengan casing dan monitor yang besar.Namun dengan kecanggihan dunia teknologi yang bergerak pantas,secara majoritinya penggunaan laptop lebih terkehadapan kerana ianya lebih mudah untuk di bawa kemana-mana.

Namun tahukan anda bilakah dan laptop apakah yang pertama di ciptakan didunia?
Laptop pertama di dunia yang dibuat adalah laptop buatan Toshiba yang di cipta pada tahun 1985 . Mungkin anda berfikir laptop tersebut sudah tinggal sejarah dan telah dimuziumkan, akan tetapi laptop Toshiba T1100 ini masih ada dan masih boleh running.

Laptop ini mempunyai memory 256KB RAM, mempunyai keybord QWERTZ (tidak seperti keybord sekarang QWERTY) , processor menggunakan Intel 4.77MHz dan beratnya 4.1 kg (cukup berat juga). Untuk harga laptop itu sendiri adalah $1899. Mempunyai floppy disks tetapi tidak menggunakan hard drive.

Ahad, 7 November 2010

::|| aMaLaN mEmoToNg KuKu ||::

Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat.

Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:
Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan

Khamis, 3 Jun 2010

::|| iLMu BaRu ||::

Assalamualaikum duyuful kiram.Khususnya ditujukan kepada sahabat-sahabat diperlembahan Nil.Semoga lebih tabah melalui liku-liku onak duri menghadapi perbagai tribulasi ,baik dari sudut keletihan mentelaah kitab untuk imtihan atau pun menjadi salah seorang PEMIKIR yang mana ianya merupakan satu liabiliti sebagai seorang penuntut ilmu dan sebagai hamba Allah,apabila di lihat kondusi umat Islam yang terdekat ini ialah konvoi pejuang-pejuang Islam ke Palestine.Betapa Zalimnya Zionis terhadap saudara-saudara kita yang dibunuh dan diserang.
Tapi kita perlu ingat bahawa serangan yang di lemparkan itu hanyalah mainan psikologi zionis terhadap kita supaya tiada siapa yang berani menghantar lagi bekalan dan bantuan kepada saudara kita di Palestine.MAKA,jangan kita terpedaya dek serangan psikologi zionis, tunjukkan semangat JIHAD kita....ALLAH suruh kita berJIHAD walau

Ahad, 23 Mei 2010

::|| hUjaN Di kAaBaH ||::

Ada setengah pihak yang berkata tak pelik jika Kaabah banjir kerana di sana memang tiada sistem perparitan atau pun longkang. Almaklumlah kawasan gurun. Tapi kalau kerap berlaku hujan di kawasan gurun pelik tak?

::|| saBuNG NyaWa uNtUk Ke sEKoLaH ||::

BOGOTA: Setiap hari, Daisy Mora, 9, dan rakan sekampungnya perlu melungsur kabel keluli sepanjang 40 meter untuk ke sekolah.Kabel merentangi Sungai Rio Negro di Colombia itu adalah satu-satunya akses ke dunia luar untuk seluruh keluarga di kawasan itu yang terletak 56 kilometer ke tenggara ibu negara, Bogota.

Mereka meluncur selaju 56 kilometer sejam setiap kali bergerak di atas kabel itu.

Pengembara warga Jerman, Alexander von Humboldt adalah rakyat Barat pertama menyaksikan sistem tali luar biasa ini pada 1804.

Pada mulanya, tali jut digunakan sebagai tali merentasi lembah itu tapi kabel keluli kemudian dipasang apabila pembalak meneroka kawasan sekitar.

Apabila pembalakan diharamkan, penduduk setempat merubah gaya hidup mereka dengan menternak lembu dan berladang. Hingga kini, kabel ini adalah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails