Untuk pedoman kaum muslimat
Memaparkan catatan dengan label delusi qolbu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label delusi qolbu. Papar semua catatan
Ahad, 22 Julai 2012
Sabtu, 19 Mei 2012
Bukan Orang Baik
Saya BUKAN ORANG BAIK tapi saya mempunyai CITA-CITA untuk menjadi baik. Bila saya tegur KESALAHAN orang lain bukan bermakna saya hendak tunjuk alim/baik cuma itu juga menjadi TELADAN BUAT DIRI SENDIRI supaya tidak berkelakuan begitu..HODOH dan HINA rupanya jika kita berkelakuan seperti TIADA AGAMA..
Saya BUKAN ORANG BAIK tapi saya mempunyai CITA-CITA untuk menjadi baik. Marilah semua kita BERUBAH..KIAMAT SUDAH DEKAT, itu dapat saya rasakan..berubahlah semua sementara masih ada MASA dan PELUANG..
Saya BUKAN ORANG BAIK tapi saya mempunyai CITA-CITA untuk menjadi baik. InsyaAllah, saya akan terus MENDOAKAN kalian semua dan saya sendiri agar ditetapkan hati dan ISTIQAMAH dalam mencari cinta Ilahi..Amin..
p/s : Saya PUJUK kalian, saya SERU kalian dan saya AJAK kalian ke arah KEBENARAN dan KEBAIKAN kerana saya SAYANGKAN kalian semua.

Sabtu, 17 Mac 2012
Jumaat, 25 November 2011
Salam Maal Hijrah
ISTIQOMAH DALAM DIRI ITU PERLU. BANGKITLAH DARI KEIMANAN YANG LENA . UMAT ISLAM MESTI CEMERLANG. SATU FIKRAH, SATU AMAL. SEBAGAI PENUNTUT ILMU ALLAH, MESTI SELALU BERFIKIR DAN MESTI MEMILIKI WAWASAN KEILMUAN DAN KEISLAMAN YANG LUAS. SETIAP URUSAN MESTI DILAKUKAN DENGAN PROFESIONAL, BERSUNGGUH-SUNGGUH, BERKORBAN DAN SERIUS.
Label:
Bulan islam,
delusi qolbu,
kondusi zhuliana,
Muhasabah
Khamis, 27 Oktober 2011
Anda Menghadapi Masalah ???
Bila kita menganggap masalah sebagai beban, kita mungkin akan menghindarinya.
Namun bila kita menganggap masalah sebagai tentangan, kita pasti akan menghadapinya.
Masalah adalah hadiah yang dapat kita terima dengan sukacita.
Dengan pandangan tajam, kita boleh melihat keberhasilan diesebaliknya.
Masalah adalah anak tangga menuju kekuatan yang lebih tinggi.
Maka, hadapilah dan ubahlah menjadi kekuatan untuk berjaya.
Tanpa masalah, kita tidak layak memasuki jalur keberhasilan.
Bahkan hidup ini pun bermasalah, kerana itu terimahlah sebagai hadiah.
Bila kita tidak berani mengatasi masalah, kita tidak akan menjadi seseorang yang sejati.

Muhasabah,
tadabbur corner,
video islamic
Ahad, 11 September 2011
Wahai saudari seakidahku
wahai saudari seakidahku, carilah LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untukmu, yang menitis AIR MATA melihat kesakitanmu ketika melahirkan ZURIATnya, dan lelaki yang membangunkanmu untuk BANGUN BERIBADAT bersama-sama pada 2/3 malam
Rabu, 31 Ogos 2011
Ke sini jua akhirnya....
1. Jgn bangga berkulit mulus kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT
2. Jgn bangga dgn rumah besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR
3. Jgn bangga dgn baju mahal kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN
4. Jgn bangga dgn kereta&motor besar,kerana kenderaan kita yg terakhir = KERANDA
5. Jgn bangga dgn Minyak wangi berjenama, kerana wangian kita terakhir = KAPUR BARUS.

Rabu, 10 Ogos 2011
Sahabat muslimahku : Jaga peribadimu!!!!
"Remaja hilang dipercayai dibawa diculik oleh rakan lelaki yg baru dikenalinya melalui laman sosial facebook...oleh itu kepada anak gadis diluar sana sentiasalah berhati-hati dan waspada dgn kenalan facebook anda...semoga anak gadis ini ditemui selamat sama2lah kita berikhtiar..."
dipetik dari facebook Jom tutup aurat dan jaga akhlak DELUSI KALBUKU BUAT DIRIKU DAN SAHABAT SEMUSLIMAHKU
Assalamualai’kum saudari muslimahku yang dirahmati… Moga barakahNya menyubur mekar dalam kehidupan kita, insyaAllah.
Wanita solehah itulah bidadari cinta yang didambakan oleh penghuni syurga. Tanyalah kepada wanita disekeliling kita, hatta kepada seorang pengemis wanita yang, hati pasti terusik lantas mengiyakan gelaran wanita solehah yang diidamkan. Dangkalnya aqal wanita apabila dipersoalkan mengapa nabi hanya dilantik di kalangan lelaki... aduhai wanita muslimah, kau tetap tidak disisihkanNya. Malah Dia menganugerahkan kepadamu, keistimewaan yang tiada tandingan dengan lelaki. Lihatlah dirimu, carilah keistimewaan itu. Di situlah letaknya kebesaran dan keagunganNya.
Label:
delusi qolbu,
Muhasabah,
tadabbur corner,
tazkirah
Isnin, 1 Ogos 2011
Subhanallah - Indahnya suasana ini
Apabila menghadapai kesulitan & kesusahan, kembalilah kpd Allah melalui SOLAT & SABAR.
"Jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu..." (al-Baqarah: 45).
Ali bin Abi Talib r.a menyatakan keadaan Rasulullah S.A.W, "Pada mlm berlaku perang Badar, semua kami tertidur kecuali Rasulullah, Baginda solat & berdoa sampai pagi."
Jom tadabbur :
Label:
delusi qolbu,
Muhasabah,
short entri,
tadabbur corner
Jumaat, 29 Julai 2011
Mensyukuri nikmat kesihatan -Kaki kena simen
Kepada sahabat yang singgah di laman blog saya, mohon doa dari kalian supaya saya dapat berjalan seperti biasa.Alhamdulillah, selepas membuat pemeriksaan doktor dan x-tray, doktor mengesahkan tiada retakan tulang dibahagian kaki, cuma kaki saya menghadapi masalah pada otot dan tisu.Paling terkesan bengkak di bahagian buku lali.Buku lali, walaupun tulang yg sangat-sangat kecil di kaki kita tapi fungsinya terlalu banyak.Kaki saya disimen dan doktor memaklumkan bahawa selepas dua minggu (10/8/2011) baru dibenarkan buka balutan simen.
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan nasehat kepada kebenaran dan kesabaran
Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

Isnin, 25 Julai 2011
Berkata Benar
Seorang Muslim mestilah bercakap benar dan tidak berdusta sama sekali, walaupun terhadap dirinya sendiri dan tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Kerana berdusta adalah sejahat-jahat dan serendah-rendah akhlak. Ia merupakan pintu masuk bagi penipuan syaitan. Berhati-hati dan berusaha menjaga diri supaya tidak berdusta menjadikan jiwa seorang itu teguh, bersih, mulia dan tertahan dari hasutan dan tipuan syaitan. Sebaliknya berdusta bisa meruntuhkan jiwa seorang dan menghancurkan peribadi. Kerana itu, berdusta adalah haram dalam islam serta dianggap sebagai suatu penyakit atau satu sifat yang sangat-sangat dilaknat.
Label:
delusi qolbu,
short entri,
tadabbur corner,
tazkirah
Isnin, 13 Jun 2011
Doa Hari Lahir
Segala pujian bagi Mu Ya Allah. Kebaikan itu untuk orang yang bertaqwa, tidak dimusuhi kecuali mereka yang menzalimi. Selawat dan salam untuk semulia-mulia utusan, dan pengakhiran segala Nabi dan kepada seluruh keluarga dan sahabat Baginda.
Ya Allah, dengan kebesaran dan kemulian-Mu, dengan niat yang ikhlas, kami memohon keberkatan dan rahmat-Mu, bersempena Hari Lahir Zhuliana Bt Ambok Dalek pada hari yang mulia ini.
Sesungguhnya, menjelang tarikh kelahiran yang jatuhnya pada hari ini, bererti usia semakin meningkat.Jadikanlah kelanjutan usia ini satu rahmat kepadanya, untuk terus beribadah kepada-Mu, jauh sekali daripada menderhakai perintah-Mu.
Ya Allah, wahai Tuhan Yang Maha Mendengar, berkatilah sisa umur kami. Jadikan umur tersisa ini membawa kemaslahatan bagi orang tua kami, bagi keluarga kami, dan bagi sekalian umat Islam.
Ya Allah, ampunilah segala kelalaian kami. Ya Allah, jadikanlah hari ini menjadi hari keampunan bagi segala dosa kami.Hari yang Engkau gantikan segala kegelapan kepada nur cahaya di hati kami.
Ya Allah, tetapkanlah bagi kami kesabaran. Jangan biarkan amarah membuat kami terhina dalam kezaliman. Ya Allah, sediakanlah untuk kami sebahagian daripada rahmat-Mu yang luas.
Berikanlah kami petunjuk kepada ajaran-ajaran-Mu yang terang. Ya Allah, hiasilah diri kami dengan ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang membawa kepada keluhuran akhlak kami.
Ya Allah, kurniakan kepada kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat, dan selamatkan lah kami dari azab api neraka.

Khamis, 26 Mei 2011
Burung yang bertamadun!!!
Lihat keseluruhan perjalanan burung bertamadun ini.... Apa yang anda dapat terjemahkan dalam diri anda atau lihat sahaja???
Khamis, 3 Februari 2011
Disini sosial itu bermula.....
Di Perlembahan Nil ini saya bersosial dengan ilmu-ilmu yang bertaburan.Syukur kerana Allah tempatkan saya bersama sahabat-sahabat yang dahagakan ilmu Allah.Pasti Bumi Nabi Musa ini sentiasa dalam kenangan saya yang amat berharga.InsyaAllah 5 Februari 2011, saya bersama sahabat yang lain akan bertolak ke Alexandria, seterusnya mengikuti penerbangan ke Jeddah untuk transit dan seterusnya ke Malaysia.Dan mungkin saya mengambil masa yang lama untuk update blog.Insya Allah , saya akan berkongsi pengalaman detik-detik demontrasi yang saya sendiri saksikan.Mohon sahabat-sahabat doakan perjalanan saya pulang ke Malaysia.Berat sungguh hati ini hendak meninggalkan Bumi Anbia`.Salam perpisahan buat Perlembahan Nil.
Di Sinilah Kita
Merancang Dan Bertindak
Memerah Fikiran
Dan Melerai Masalah
Namun Kita Tetap Manusia
Tenaga Kita Tak Ke Mana
Fikiran Kita Ada Batasannya
Tindakan Kita Ada Sempadannya
Rabu, 8 Disember 2010
Khamis, 2 September 2010
::|| Kad RaYa daRi ZhuLiaNa ||::
Ahad, 27 Jun 2010
::|| MeNitiS Air Mata TatkALa mEmbaCa DoA ibU KpD aNakNya ||::
Ya Ghaffar, ya Rahim
Kau letakkan di rahim kami anak-anak ini
Kau amanatkan diri-diri mereka pada lindungan kasih-sayang kami
kau percayakan jiwa-jiwa mereka pada bimbingan ruhani kami
Kau hangatkan tubuh-tubuh mereka dengan dekapan cinta kami
Kau besarkan badan-badan mereka dengan aliran air susu kami
Tuhan kami, kami telah sia-siakan kepercayaan-Mu
kesibukan telah menyebabkan kami melupakan amanat-Mu
hawa nafsu telah menyeret kami untuk menelantarkan buah hati kami
tidak sempat kami gerakkan bibir-bibir mereka untuk berzikir kepada-Mu
tidak sempat kami tuntun mereka untuk membesarkan asma-Mu
tidak sempat kami tanamkan dalam hati mereka kecintaan kepada Nabi-Mu
gambar: ibu dan abah penulis serta adik (sekadar hiasan)
Kami berlomba mengejar status dan kebanggaan
meninggalkan anak-anak kami dalam kekosongan dan kesepian
Kami memoles wajah-wajah kami dengan kepalsuan
membiarkan anak-anak kami meronta dalam kebisuan
Kami terlena memburu kesenangan
sehingga tak kami dengar lagi mereka menangis manja
sambil memandang kami dengan
Ahad, 13 Jun 2010
Sabtu, 27 Mac 2010
::|| bErSyUkUr ||::
Alhamdulillah dan bersyukur kepada Al-Khaliq kerana hari ini saya dapat meneruskan penulisan saya di medium dakwah yang begitu pantas dalam arena era globalisasi ini untuk disampaikan kepada para duyuful kiram .Semoga niat saya dipandang oleh Allah s.w.t.
Hampir sebulan saya tidak mengadap blog.Sebulan lebih di kota Cairo bulan yang lepas memberi 1000 nostalgia yang tidak akan saya lupakan.Menziarahi makam-makam di bumi semenanjung Sinai adalah impian saya sejak saya menjejaki kan kaki di bumi anbiya' ini.Selepas pulang ke mansoura (kampus) , kondusi kesihatan kurang stabil ,yang mana saya mengalami demam selama dua minggu.Alhamdulillah tika dan saat ini,kesihatan saya sudah pulih dan insyaAllah demi menyebarkan sedikit ilmu dan pengetahuan,saya akan kongsi bersama duyuful kiram.Sekiranya ada terdapat kesilapan di dalam entry saya, ampun dan maaf saya pohonkan untuk memberi tunjuk ajar.
Sedar tidak sedar imtihan fasa dua hampir tiba,kelihatan sahabat-sahabat bertungkus-lumus dalam meraih kejayaan di masa akan datang.Semoga kita dapat sama -sama thabatkan hati dan istiqomah dalam menuntut ilmu.Tidak ada mustahil untuk menjadi seorang yang cemerlang tapi adalah mustahil bagi mereka yang tidak mengenal diri untuk menjadi seorang yang cemerlang.Pesanan untuk diri saya serta duyuful kiram,semoga kita semua tidak jemu dan tidak bosan dalam mengutip intan berlian ilmu di bumi anbiya' ini dan di merata bumi Allah.
Delusi seorang tolibul ilmi....
Saya mula bertekad untuk mencari cinta agung itu,saya cuba bersihkan hati dan mengamalkan banyak amalan sunat dan zikir qolbi.Tika itu susah juga nak istiqomah terutamanya tahajud,namun menyedari ada rahsia cinta Allah di sebalik amalan-amalan itu,saya paksa juga diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupan saya,darah daging saya.Saya mula dapat rasa kelainan pada suasana hati saya,hati saya dah tekad bahawa cinta Allah mampu mencermelangkan akedemik saya kerana Allah penentu segalanya .Bukan sekadar akedemik tapi cinta Allah mampu membawa kebahagiaan yang sebenar-benarnya .Saya boleh rasakan bahawa saya amat perlukan Allah untuk bantu saya dalam fatamorgana dunia remaja.
Selasa, 27 Oktober 2009
::iBu pEsaN ::
ibu pesan :: belajar ada dua cabang:
pertama adalah belajar untuk ilmu,tidak kira lulus atau tidak, dan yang kedua ialah belajar mahukan sijil,bile gagal pening kepala.Jadi anak ibu fikir sendiri tapi jangan sampai tidak dapat kedua-duanya.Ingat...peluang belajar di mesir hanya sekali sahaja.MANFAATKANLAH..
ibu pesan :: belajar rajin rajin,ibu yakin anak ibu boleh,duit boleh kita cari,ilmu sukar kita dapat.Siang malam abah ibu berdoa berjaya... berjaya.... berjaya... AMIN...
Dalam kita melangkah,terkadang diuji dengan ujian,yang terasa berat,hingga kita terduduk dan menangis.Peritnya terasa dan ketahuilah dan renungilah dalam diri kerana ..... mungkin airmata itu hadir kerana dia mahu menjahit sejadah iman yang kian koyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar.Semoga tabah dan tetapkan iman
Langgan:
Catatan (Atom)