Di Perlembahan Nil ini saya bersosial dengan ilmu-ilmu yang bertaburan.Syukur kerana Allah tempatkan saya bersama sahabat-sahabat yang dahagakan ilmu Allah.Pasti Bumi Nabi Musa ini sentiasa dalam kenangan saya yang amat berharga.InsyaAllah 5 Februari 2011, saya bersama sahabat yang lain akan bertolak ke Alexandria, seterusnya mengikuti penerbangan ke Jeddah untuk transit dan seterusnya ke Malaysia.Dan mungkin saya mengambil masa yang lama untuk update blog.Insya Allah , saya akan berkongsi pengalaman detik-detik demontrasi yang saya sendiri saksikan.Mohon sahabat-sahabat doakan perjalanan saya pulang ke Malaysia.Berat sungguh hati ini hendak meninggalkan Bumi Anbia`.Salam perpisahan buat Perlembahan Nil.
Di Sinilah Kita
Merancang Dan Bertindak
Memerah Fikiran
Dan Melerai Masalah
Namun Kita Tetap Manusia
Tenaga Kita Tak Ke Mana
Fikiran Kita Ada Batasannya
Di Sinilah Kita Befikir Dan Bekerja
Namun Kita Tetap Lemah
Hanya Bersandar Pada Tuhan
Kita Pastinya Akan Gagah
Selagi Kita Terasa Lemah
Selama Kita Tunduk dan Menyerah
Pada Kehendak Dan Kudrat-Nya
Bahagian depan rumah sewa saya 2005-2011 |
bahagian balkoni bilik saya..Sedihnya~~~~ |
Sungai Nil ini menjadi teman saya dikala kekusutan |
Selamat tinggal cabbage Egypt |
salam, sedih pula baca. Mesti banyak pengalaman yang mengajar sebahagian erti kehidupan.selamat pulang dan berbakti.
BalasPadamselamat tiba ke tanah air nanti. sedih membaca entri di atas. pasti akan ada hikmahnya disebalik yang berlaku ini. barakallahfik. :))
BalasPadamsalam... terime kasih bace entry sy.. respon sahabat juga buat saya menitis air mate.. syukran kepada sahabat2 semua.. doakan sy semuge dipermudahkan urusan dunia n akhirat.. saye reply seiring dengan air mate mengalir ....
BalasPadamsalam adik nana syg..kak kina ni..tabahkan hati ye..mama n baba pasti sedeykan nana n semua ahli bait balik..semua ni pasti ada hikmahnya utk semua..insyaAllah suatu hari nanti dpt kembali semula ke bumi egypt yg penuh kenangan dn cabaran..akak pn rindu kat 'zinnirah'..smg adik dn smua plajar m'sia slmt sampai ke m'sia..akak cb tel nana tp xdpt tembus talian..msg je boley..apa2 nant msg akak ye kalo da smpai m'sia.jg diri. La takhof wa la tahzan innallaha maa'na.
BalasPadamSemoga bumi Mesir dapat dibersihkan dari pemerintah yang zalim kepada pemerintahan yang adil dan taat kepada perintah Allah dan rasul..moga rakyat Mesir berjaya menuntut perubahan
BalasPadam