Selasa, 27 Oktober 2009

:: MATAN ARBAIN IMAM NAWAWI (AL WAFIY) - HADIS 18 - ::


TAQWA DAN BERAKHLAK MULIA


عن ابي ذر جندب بن جنادة وأبي عبد الرحمن معاذ بن جبل رضي الله عنهما عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال اتق الله حيثما كنت وأتبع السيئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن


Daripada abu Dzar Jundub bin Junaadah dan Abu Abdur Rahman Mu`az bin Jabal r.a daripada Rasulullah s.a.w baginda bersabda :"Bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada.Susulilah keburukan dengan kebaikan yang akan menghapuskan keburukan itu.Bergaulah dengan manusia dengan akhlak yang baik.

Hadis ini diriwayatkan oleh Tirmizi dan beliau berkata :"Hadis ini adalah hadis hasan".Pada setengah salinan disebut sebagai hadis hasan sahih.


MAKSUD PERKATAAN:


اتق الله:: Bertaqwalah kepada Allah
Ertinya:Taqwa pada bahasa ialah kamu mengambil pencegah atau benteng yang dapat mencegah dan memelihara daripada sesuatu yang kamu takuti.Bertaqwa itu mencegah seseorang itu dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah serta melaksanakan perintah-perintah Allah


حيثما كنت:: Dimana saja kamu berada
Ertinya: Bila-bila dimana sahaja ,beruzlah(sendirian),atau bersama-sama dengan orang lain.


أتبع:: Susulilah
Ertinya : Ikutilah dan kerjakanlah sesudahnya secara lansung.


السيئة :: Keburukan
Ertinya : Perkara - perkara yang dilakukan membawa kepada dosa.


تتمحها:: Yang akan menghapuskan kesedihan itu.
Ertinya : menghapuskan dan menghilangkannya dari kitab catatan malaikat dan tidak dikenakan apa-apa tindakan keatasnya.


خالق:: Bergaullah
Ertinya: usakanlah bersungguh - sungguh agar dapat bergaul dengan baik.


بخلق :: Dengan akhlak
Ertinya : Dengan akhlak ,tabiat dan sifat yang dapat melahirkan suri teladan yang baik.Perkataan akhlak boleh dikategorikan kepada akhlak yang baik dan akhlak yang buruk.

WASIAT ABADI:
Alangkah indahnya pemberian yang diberikan oleh kita oleh dua orang sahabat r.a. Ia adalah hadis yang telah mereka dengar daripada murabbi(pendidik)dan kekasih mereka iaitu Muhammad s.a.w .Hadis ni adalah wasiat yang besar mencakupi hak-hak Allah s.w.t dan memelihara hak-hak para hamba-Nya.

KONKLUSI HADIS:
Hadis ini jelas bahawasanya kita selaku khalifah di bumi Allah yang mana makhluk yang amat dimuliakan ini memberi pengajaran kepada kita berkaitan antara kesempurnaan iman dan sifat-sifat orang yang bertaqwa ialah akhlak yang mulia dan baik ketika berbicara dan bergaul sesama manusia.Hati manusia begitu abstrak,hati manusia terlalu seni dan amat payah untuk di kuasai.Fitrah manusia ciptaan Allah lebih cenderung kepada keindahan dan tiada lebih indah daripada seindah bahasa.Justeru itu kita sebagai daie dengan berbicara boleh menjadi wasilah untuk menyebarkan dakwah islami.Maka dengan berbicara dan mempunyai akhlak yang mulia melambang kan personaliti dan suluk(gaya hidup) individual tersebut.


Saranan Rasulullah s.a.w yang paling besar dalam wasiat ini ialah berataqwa kepada Allah kerana ia merupakan himpunan segala kebaikan serta pencegah segala kejahatan.Firman Allah dari surah An-Nahl:128 yang bermaksud "Sesungguhnya Allah berserta oarang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.


Taqwa kepada Allah adalah takut kepada Allah dengan tidak melakukan perkara yang ditegah dan melakukan perkara ynag diperintahkan.Diantara kesempuranaan taqwa ialah menjauhkan diri daripada perkara syubhah dan bercampur dengan yang haram.Sabda Rasulullah s.a.w "Barangsiapa yang menjauhkan diri daripada perkara syubhah , maka dia telah membersihkan agama dan kerhormatannya"



Tatkala seseorang itu melakukan perkara yang ditegah oleh Allah dan membawa terjerumus di dalam lembah dosa ,Dan ketika itu dia segera bertaubat disaat dia ingat dan sedar ,maka dia juga dinamakan akhlak orang-orang mukminin yang benar-benar bertaqwa kepada Allah.Firman Allah dari surah Al-Aaraf:201 yang bermaksud:"seseungguhnya orang-orang yang bertaqwa,apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan daripada syaitan mereka ingat ( kepada ajaran Allah) maka (dengan itu) mereka nampak (jalan yang benar)".


Dalan wasiat ini ,Rasulullah menyarankan kepada kita satu perkara yang boleh memperbaiki kehidupan diri kita dalam bermuamalah (berbicara) dengan akhlak yang baik iaitu dia mudah didampingi dengan orang lain,mudah disenangi,mengasihi orang lain dan orang lain mengasihinya.Mempunyai akhlak yang baik adalah method yang paling penting yang harus dimiliki setiap individual kerana kedudukan yang paling mulia disisi islam.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya".Antara akhlak yang paling mulia,ialah menghubungkan silaturrahim ,salamatus sadri(berlapang dada),murah hati meskipun terhadap orang yang bakhil terhadapnya.


Konklusi dari hadis ini ,dapatlah kita ambil fahami bahawasanya kita selaku khalifah di muka bumi yang telah ditaklifkan oleh Allah s.w.t harus mematuhi perkara perkara yang diperintahkan dan menjauhi perkara perkara yang ditegah.Semoga dengan sedikit konklusi yang tak seberapa ini ,dapatlah kita sabatkan hati kita dalam medekatkan diri kita kepada Allah s.w.t Dan semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang muflih(berjaya) sepertima mafhum dalam surah Ali Imran:104:"Hendaklah ada diantara kalian segolongan orang yang mendakwahkan kepada kebaikan,memerintahkan yang makruf, melarang yang mungkar, mereka itulah sebenarnya orang yang beruntung".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails