Selasa, 13 Oktober 2009

::iSu NiqoB (pUrdaH) ::




Baru baru ini kita didedahkan isu yang mana semua maaruf tentang isu yang masih segar lagi dikalangan kita di mesir mahupun di malaysia iaitu fitnah terhadap ulama kita syeikhul akhbar Dr. Muhammad Tantawi hafizahullah berkait dengan isu niqob(purdah).Persoalannya yang berlegar legar di benak fikiran saya , mengapakah isu aurat seringkali diserang? apakah tujuan mereka mensabotaj??

Secara statistiknya punca permasalahan berpunca dari sikap dan tindak balas umat islam terhadap perkembangan yang berlaku didunia barat.Maafkan saya kalau saya tersalah cakap,bahawasanya umat islam di zamankan sekarang ramai yang lalai,ramai yang cuai,ramai yang alpha , aina ahli quran??? aina syabab?? aina jundullah??Firman ALLAH S.W.T dari surah an-Nisa:76 yang maksudnya : Orang-orang yang beriman ,berperang pada jalan ALLAH , dan orang - orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (syaitan).Oleh itu perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu,kerana seseungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.

Bagi mereka yang kurang tahu akan islam,mereka akan mengatakan islam jumud,walhal mereka tidak mahu mencari anisiatif untuk menjadi saluran dan method yang terbaik dalam menyampaikan keindahan dan kemurnian islam.Islam kini ditindas dengan serangan perang saraf,tidak cukup dengan bedil membedil,mereka cuba dengan cara halus.Dan cukup menyedihkan hati apabila ulama kita syeikhul akhbar difitnah dan di eksploitasi oleh wartawan wartawan yang mane sekadar mengaut keuntungan akhbar nya dengan mempersendakan ulama-ulama muktabar?? relevan ke sahabat-sahabat???

Daripada pengkajian melalui pembacaan dalam jaringan jaringan di internet berkenaan isu pemakaian niqob ,bahawasanya daripada keluaran akhbar di malaysia amatla meleset sekali daripada perkara yang sebenarnya,saya mohon pada sahabat-sahabat di malaysia mahupun di egypt atau di mana jua agar memperbetulkan mentaliti yang meleset itu.Tiada gunanya melariskan bahan-bahan media dengan mempelekeh kan ulama.

Antara fitnah yang tersebar di akhbar terhadap Syeikhul Akbar ialah "aku lebih mengetahui agama lebih daripada kamu dan orang-orang yang mendidik kamu" dan "purdah itu adalah adat orang arab semata bukan lah tuntutan agama"

Syeikhul Tantawi menghormati dan bersetuju golongan-golongan yang mengatakan niqob tu wajib,cuma kenyataan melarang pemakaian purdah itu dalam suasana sesama wanita seperti di kuliah-kuliah banat(siswi) Al-Azhar sendiri,kuliah tersebut tidak bercampur dengan lelaki,adapun jika ada lelaki di kawasan tersebut,maka dibolehkan oleh pihak Al-Azhar sendiri untuk memakai niqob dengan bahasa yang lebih mudah "mengamalkan agama ini mesti pada tempatnya dan keadaan sekeliling"mengapa perlu pakai purdah sedangkan tiada kaum lelaki dan hanya sesama wanita sahaja.Saya selaku siswi university Al-Azhar jurusan Syariah Islamiah di Mansoura memang tidak dinafikan ada di antara siswi yang kekal memakai niqob(purdah) di dalam dewan semasa sessi pembelajaran berlansung sedangkan pensyarah pada ketika itu adalah wanita. Dan apabila ditegur oleh pensyarah tersebut agar membuka niqob kerana didalam dewan kuliah semuanya siswi,barulah student itu membuka niqob nya.

Niqob(purdah) antara sekian yang banyak perkara khilafiyah dalam hal agama yang diperselisihkan dikalangan para fuqaha dari dulu sehingga ke hari ini.Berpurdah khilaf dikalangan ulama yang mewajibkan pemakaian purdah.Jumhur ulama mengatakan yang wajib ditutup ialah muka dan tapak tangan.

Adapun ulama yang mengatakan jika seorang wanita berpurdah ,beerti dia telah mengambil pendapat terbaik dan keluar dari khilaf ulama,sementara perempuan yang menutup auratnya dengan betul kecuali muka dan tapak tangan,bermakna ia telah berpegang kepada pendapat jumhur ulama.

Reality nya sekarang,ramai mereka yang berpakaian tapi bertelanjang.membiarkan pendedahan tubuh dan aurat secara berleluasa dan terang -terangan tanpa ada perasaan malu dan segan silu sehingga memadamkan nilai diri mereka sebagai wanita muslimah yang ber iman.

Sesungguhnya dunia islam hari ini jauh dari pelaksanaan hukum ALLAH .Umatnya diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh islam.Daulah yang dulunya wujud telah dihilangkan.Perhatikan disekeliling kita ,umat islam semakin lena biarpun semakin dimamah usia ,sama-samalah kita berdoa agar perancangan - perancangan dan anasir-anasir jahat terhadap islam dimusnahkan oleh ALLAH.

1 ulasan:

  1. salam~

    sy mahu btanya.

    andai kata seorang wanita itu, dia berkali2 dirundung fitnah syabab, maksudnya, mungkin ramai yg tertarik dgn wajahnya wajarkah dia berniqob?

    ramai yg telah mcadangkannya utk berniqob. cumanya, wanita ini tidak mahu mlakukannya atas sbab cadangan manusia.

    dia mahu seganya dibuat krn Allah.

    jadi..bagaimana?

    jazakillah

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails