Kuala Lumpur : Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman
mengenal pasti 12 jenis taktik paling popular yang digunakan golongan
penjenayah kolar putih. Dengan jumlah kerugian membabitkan RM16.5 juta
sepanjang tahun lalu, Timbalan Pengarah II (JSJK) Bukit Aman, Datuk
Abdul Razak Ab Ghani, menyifatkan kes jenayah penipuan di Negara ini
membimbangkan, manakala taktik penipuan semakin licik dan canggih.
"Saya ber pendapat sikap tamak masyarakat menjadi punca utama gejala
penipuan terancang sukar dibenteras sepenuhnya,
Biarpun tahap pendidikan rakyat kita membanggakan, namun kerana wang
mereka mudah gelap mata hingga ramai ditipu dengan air liur sahaja.,"
katanya.
Dua belas taktik penipuan paling popular sepanjang 2006 adalah seperti
berikut:
____________ _________ _________ __
1)Taktik: Jual beli tanah
Jumlah kes: 79
Jumlah kerugian: RM4.6 juta
Modus operandi:
Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya
berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan
lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh.
Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat
pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran
tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah
dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.
2) Taktik: Bomoh buang sial
Jumlah kes:120
Jumlah kerugian:RM2. 8 juta
Modus operandi:
Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan
berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan
khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan
mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu
apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga
mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

3) Taktik:Jual beli kereta
Jumlah kes:71
Jumlah kerugian:RM2. 1 juta
Modus operandi:
Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan
pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka
menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan
menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank.
Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan
bayaran atau menerima saman lalu lintas.Selepas melakukan pemeriksaan,
mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota
sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.
4) Taktik: Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Jumlah kes: 45
Jumlah kerugian: RM1.6 juta
Modus operandi:
Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis
yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang.Mangsa
ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000.
Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank
baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan
semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan.
Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri.Kebanyakkan mangsa
adalah penduduk dikawasan kampung.
5) Taktik: Menang hadiah utama loteri
Jumlah kes:135
Jumlah kerugian:RM1. 3 juta
Modus operandi:
Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya
mereka memenangi hadiah utama loteri enam digit. Anggota sindiket,
termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang
banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah.
Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka
warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta
bayaran sebanyak RM10,000.Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh
lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000.
Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas
dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila
mendapati tiket loteri diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan
gam.
6) Taktik: Beli barang runcit dengan cek palsu
Jumlah kes:63
Jumlah kerugian:RM1. 3 juta
Modus operandi:
Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa
dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian
besarnya menggunakan cek, dengan alasan mereka syarikat yang harus
ditibuhkan.
Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku,
manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.
7) Taktik: Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Jumlah kes:106
Jumlah kerugian:RM782, 510
Modus operandi:
Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit,kereta dan
komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang
lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.
Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit
sebelum barangan dihantar kemudian. Namun,penghantaran tidak dibuat dan
anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.
8)Taktik: Menang peraduan Akademi Fantasia 4 (Af4)
Jumlah kes:330
Jumlah kerugian:RM700, 000
Modus operandi:
Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana
memenangi hadiah peraduan AF4 sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu
membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu.Mangsa
menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak
diserahkan.Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan
mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat.
9)Taktik:Gores dan menang
Jumlah kes:53
Jumlah kerugian:RM281, 334
Modus operandi:
Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat
awam.Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui
hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai.
Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi
hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu.
Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut
atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.
10) Taktik:Tawaran pakej haji dan umrah
Jumlah kes:13
Jumlah kerugian: RM264,000
Modus operandi:
Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat
agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga
murah dan cepat.Namun, selepas mangsa membuat bayaran,pakej ditawarkan
didapati tidak wujud.
Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia
memulakan perjalanan.
11)Taktik: Tawaran bantuan kebajikan
dan rumah kos rendah
Jumlah kes:45
Jumlah kerugian:RM178, 000
Modus operandi:
Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin
atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan
kewangan tetap bulanan atau rumah kos rendah pada harga potongan lebih
70 peratus. Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang
didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran,
kononnya deposit pembelian rumah.
Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk
keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta
tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.
12)Taktik:Menang cabutan bertuah dari Hong Kong atau Macau
Jumlah kes:6
Jumlah kerugian:RM161, 000
Modus operandi:
Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai
mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun,
diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas
bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan