Berkata Ibnu 'Ataillah dalam Kitab Al-Hikam, berkaitan sikap terhadap takdir Allah:
"Siapa sangka bahawa perasaan belas kasihan boleh timbul secara tiba-tiba dengan takdir Allah, itu kerana pandangan manusia yang sangat terbatas"
Allah s.w.t berfirman :
"Sesungguhnya Tuhanku Maha lembut terhadap siapa sahaja yang dikehendaki" [Surah Yusuf : 100]
Maksudnya, dalam setiap ujian ada kurnia Allah.Disebalik setiap takdir ada kasih sayang dan kelembutan Allah.Seseorang akan dapat mengetahuinya jika Allah memberitahu perkara itu kepadanya, dan seseorang tidak akan mengetahuinya jika Allah tidak memberitahu perkara itu kepadanya. Kebanyakan orang tidak mengetahuinya hikmah disebalik sesuatu kejadian.Sebagaimana ujian hidup yang dialami oleh pemimpin pejuang Malaysia .Beliau dilontarkan dengan berbagai tuduhan demi tuduhan yang tidak berasas lalu dimasukkan ke dalam jeriji besi.Mengkonfirmasi sesuatu tuduhan tidak relevan merupakan satu perbuatan yang sia-sia.
Adalah suatu sangkaan yang silap bahawa kemungkaran terhad pada zina, minum arak, berjudi, merogol. Perlu diketahui bahawa fitnah juga merupakan satu perbuatan yang khianat dan dibenci Allah s.w.t kerana mengatakan sesuatu tidak benar sekaligus boleh mencetuskan
perbalahan dan mencemarkan maruah seseorang.Natijah fitnah itu lebih membawa kepada kerosakan dari pembunuhan kerana pembunuhan hanya mengorbankan satu atau dua orang sedangkan fitnah mampu menghancurkan masyarakat dan negara.Bahawasanya fitnah mutakhir ini bukan sekadar tersebar melalui lisan, bahkan kondusinya lebih meluas iaitu melalui media massa dan jaringan internet.Dalam sekelip mata, taburan fitnah boleh tersebar ke seluruh dunia.
Perlu diingat, menghina kehormatan rakyat adalah suatu kemungkaran yang besar.Menipu di dalam pilihanraya adalah kemungkaran yang besar. Tidak memberikan kesaksian di dalam pilihanraya adalah kemungkaran yang besar kerana ia menyembunyikan kesaksian. Menyerahkan pemerintahan kepada bukan ahlinya adalah kemungkaran yang besar.Memonopoli barangan yang diperlukan oleh orang ramai untuk kepentingan individu ataupun kumpulan adalah kemungkaran yang besar.MENAHAN MANUSIA TANPA JENAYAH YANG DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH YANG ADIL ADALAH KEMUNGKARAN YANG BESAR.Menyiksa manusia di dalam penjara adalah kemungkaran yang besar.Memberi, menerima dan menjadi orang tengah beri rasuah adalah kemungkaran yang besar.Mengambil hati dan memuji-muji pemerintah yang batil adalah kemungkaran yang besar.Menjadikan musuh Allah dan musuh umat sebagai pemimpin dengan mengenepikan orang yang beriman adalah kemungkaran yang besar.Begitulah kita mendapati ruang bagi kemungkaran semakin meluas hinggakan ia mencakupi kebanyakan perkara yang dianggap oleh manusia sebagai urusan asasi bagi politik.
Memetik sepotong Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah" [Hadith Riwayat Bukhari Dan Muslim]
Berdasarkan Hadith di atas dapatlah kita memberi satu inferen bahawa fitnah itu satu perbuatan yang amat keji disisi Allah.Kebenaran akan menghancurkan fitnah.Lapisan demi lapisan kebenaran Tuhan tunjukkan.Bagi yang mendapat hidayah akan menerima kebenaran.Ketiadaan status moral dalam arena politik menyebabkan lahirnya taburan fitnah yang tidak relevan.Manifesto yang cuba dikeluarkan hanyalah boleh di bakul sampah dari kotak pemikiran.
Memetik kata-kata salah seorang pejuang tanah air:
"Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada kelemahan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnnya.Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina"
Apa yang berlaku di Tanah air kita,rakyat sudah mual dan jelik dengan politk kotor yang dijajah tanpa usul periksa terlebih dahulu.Baru-baru ini kes video seks yang dirakam untuk menjatuhkan pemimpin adalah merupakan satu tamparan yang hebat yang tidak boleh dipandang entneg.Adakah dengan rakaman video tersebut sudah menjadi bahan bukti yang kukuh untuk menjatuhkan seseorang? Apakah dengan tuduhan seperti ini akan memberi kerpercayaan rakyat?
Firman Allah:
"Sesungguhnnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan)kepada lelaki beriman dan perempuan beriman kemudian(daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka yang membakar"[Surah Al-Buruj : 10]
Apakah seorang Muslim yang cintakan agamanya sentiasa berusaha memperolehi keredhaan Tuhannya akan berdiam diri?ataupun lari berundur daripada medan apabila berhadapan dengan kemungkaran dan sebagainya kerana takut ataupun mahu menyelamatkan diri?
SUBHANALLAH..ALLAH SAJA YANG TAHU....
BalasPadam