Isnin, 25 April 2011

Program Makan Nasi Lemak ‘Beralas’ Utusan Malaysia 2 Mei

Acara baca Utusan Malaysia secara terbalik mendapat sambutan anak muda
Platform.AM, sebuah organisasi non partisan tanpa pemimpin menganjurkan program Tunjuk Rasa Hari Kebebasan Media pada 2 Mei ini.
Mengikut paparan facebook, program itu dijadual berlangsung di perkarangan Pejabat Utusan Malaysia di 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, antara jam 5 hingga 6 petang.
Program itu mengajak orang ramai khususnya anak muda menyertai acara makan nasi lemak beralaskan akhbar Utusan Malaysia dan membaca akhbar berkenaan secara terbalik.
Pada 16 April lalu, sekumpulan anak muda membaca akhbar terbalik termasuk Utusan Malaysia dan beberapa akhbar arus perdana lain di perkarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur. Mereka kemudian berbuat demikian secara mobilisasi di kawasan berhampiran. 



sumber: http://wargamarhaen.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails