makam syuhada memali |
Baling terus melakar nama dengan berlakunya peristiwa Memali pada 19 November 1985, peristiwa pembunuhan yang tragis, tanpa mendapat keadilan daripada sistem perundangan yang ada, darah yang yang tumpah seolah darah kerbau tanpa nilai.
Dalam sejarah perjuangan melawan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Ibrahim Mahmud (yang dikenali dengan nama Ibrahim Libya) dan penduduk kampung Memali adalah antara mereka yang paling berani – dengan keras menentang penahanan tanpa bicara hingga derita raga dan jiwa serta terkorban kehilangan nyawa mereka. Maka pergilah mereka meninggalkan kita sebagai syuhada dan pengorbanan yang cukup besar sekali.
Salah seorang tenaga pengajarnya telah
menceritakan mengenai detik cemas ketika menguruskan jenazah syuhada’ Memali ini iaitu walaupun 2 hari berada dalam peti beku bilik mayat tetapi jenazah terutama Ustaz Ibrahim Libya bagaikan masih hidup dengan tubuhnya masih lembut dan peluh mengalir didahi sebagai tanda mati syahid serta ada suatu bau yang harum yang dapat dikesan dan susah mahu diterangkan keharuman tersebut.Senarai yang terkorban :
1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.
Kadang-kadang terfikir di benak hati ini apakah diri ini layak menjadi ahli Syurga atau sebaliknya. Walau dah ditempatkan oleh Allah sebagai ahli sebuah jamaah yang memperjuangkan Islam, namun amat terasa sekali yang diri ini tiada memberi apa-apa sumbangan pada perjuangan yang suci lagi diredhai ini. Kadang-kadang merasa malu sendiri dan kerap tertanya apakah pengorbanan yang telah kuberikan selama ini. Sudahkah aku melaksanakan tanggungjawab dan amanah? Apakah kepentingan dunia masih mendahului keutamaan Akhirat ? Bagaimana pula penilaian Allah terhadap diri ? Dan pelbagai persoalan bermain di kepala ?
MUNGKIN BENAR ISLAM TIDAK AKAN NAIK MELALUI MATA PEDANG, TETAPI ISLAM JUGA TIDAK AKAN HANCUR MELALUI MATA PELURU!!
sumber diambil dari pelbagai laman ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan