Sabtu, 27 November 2010

Maafkan kami Ya Rasulullah


Bayangkan…,
Apabila Rasulullah SAW dengan diizinkan Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita........
Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita, Apa yang akan kita lakukan? Mestinya kita akan amat sangat berbahagia, memeluk Beliau erat-erat dan lantas mmpersilakan Beliau masuk ke Ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta dengan  agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.
Beliau tentu tersenyum........

Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat akan lukisan ‘wanita tidak menutup aurat’ yang kita gantung di dinding ruang tamu, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa. Barangkali kita akan
memindahkan Frame kaligrafi  Allah dan Muhammad yang ada di sudut tepi bilik dan meletakkannya di ruang tamu.
Beliau tentu tersenyum......

Atau barangkali kita teringat Video, CD, dan koleksi filem yang
ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu koleksi CD tersebut ke dalam laci.
Beliau tentu tetap tersenyum........

Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW bersedia menginap di rumah kita ?
Barangkali kita teringat bahwa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW. Barangkali kita menjadi malu bahawa keluarga kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW kerana kita lupa dan lalai mengajarkannya.
Beliau tentu tersenyum........

Barangkali kita menjadi malu bahawa anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers atau Team Bola seluruh dunia . Barangkali kita terpaksa harus membersih dan mengemaskan satu ruang bilik menjadi ruang Solat. Barangkali kita teringat bahawa anak perempuan di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang menutup aurat untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW.
Beliau tentu tersenyum........

Belum lagi koleksi buku-buku kita. Belum lagi koleksi kaset kita. Belum lagi koleksi karaoke kita. Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita? Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahwa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi.
Beliau tentu tersenyum........

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat maghrib keluarga kita sibuk di depan TV.
Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan sholat jama’ah atau sunnah.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al Qur'an.
Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenali jiran tetangga kita.
Beliau tentu tersenyum.......

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari hadir di depan rumah kita. Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW bertanyakan tentang siapa nama dan alamat penjaga masjid di kampung kita.
Betapa senyum beliau masih ada di situ........

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita......
Apa yang akan kita lakukan ? Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan Beliau masuk dan menginap di rumah kita ? Atau adakah akhirnya dengan berat hati, kita akan menyuruh Beliau berkunjung ke rumah kita di hari kemudian kerana keadaan sekarang akan sangat membuatkan kita tidak selesa dan malu kepada Rasulullah…

Maafkan kami ya Rasulullah.... Masihkah Beliau tersenyum ? Senyum pilu, senyum sedih dan senyum hiba.....
Oh… betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah........

Dan akankah kita membuat Beliau tersenyum di pertemuan kita dengan Rasulullah SAW (di yaumil akhir) nanti …?
Dan keinginan berkumpul dengan umatnya menjadikan Rasulullah SAW selalu memaafkan kesalahan umat yang dicintainya… kerana sang pecinta sejati memiliki segudang kemaafan untuk umatnya yang menyedari kesalahan dan kembali padanya…

2 ulasan:

  1. sungguh menyentuh sanubari..mohon sharing boleh?

    BalasPadam
  2. dipersilakan ukhti utk sharing ..sebarkan kepada semua

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails