Antara Perancangan penghapusan Identiti Islam di Masjid Al Aqsa!!!
Rabu, 24/11/2010 – Menteri Hal-Ehwal Agama Palestin  di Gaza, Dr. Talib Abu Sha’ar memberi amaran bahawa projek bernilai NIS  85 yang diluluskan Israel minggu ini untuk membangunkan Dataran Buraq  Masjid Aqsa (dikenali sebagai Tembok Meratap bagi kaum Yahudi) adalah  bertujuan memadamkan sejarah Islam di wilayah itu.
Belanjawan yang diperuntukkan untuk pembinaan dan 
proses meluaskan  dataran, meningkatkan kedatangan pengunjung Yahudi serta pembiayaan  penggalian arkeologi itu akan dimajukan kepada kementerian berkenaan  untuk sepanjang empat tahun akan datang.Abu Sha’ar berkata, beliau bimbang dengan peningkatan mendadak  projek-projek Israel yang melibatkan monumen dan tempat suci Islam.  Beliau mendakwa Perdana Menteri Sayap Kanan Israel, Benjamin Netanyahu  sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan projek dan  pengurusan belanjawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan