Bayangkan…,
Apabila Rasulullah SAW dengan diizinkan Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita........
Beliau  datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita, Apa  yang akan kita lakukan? Mestinya kita akan amat sangat berbahagia,  memeluk Beliau erat-erat dan lantas mmpersilakan Beliau masuk ke Ruang  tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta dengan  agar Rasulullah  SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.
Beliau tentu tersenyum........
Tapi  barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan  pintu kerana kita teringat akan lukisan ‘wanita tidak menutup aurat’  yang kita gantung di dinding ruang tamu, sehingga kita terpaksa juga  memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa. Barangkali kita akan
memindahkan Frame kaligrafi  Allah dan Muhammad yang ada di sudut tepi bilik dan meletakkannya di ruang tamu.
Beliau tentu tersenyum......
Atau  barangkali kita teringat Video, CD, dan koleksi filem yang

 
 





















