Tidak ketinggalan anak-anak Kelantan yang berada di Bumi Musa juga mengambil kesempatan berhimpun seketika bersama Presiden SUARA & Ahli Jawatankuasanya bagi menyetakan sokongan mereka terhadap himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini. Secara amnya, himpunan 300 000 rakyat dibawah anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini bertujuan menuntut proses perjalanan pilihanraya yang lebih efisyen,bersih dari segala penipuan dan adil.
Sebahagian daripada mahasiswa-mahasiswi dari Negeri Perak yang menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir berhimpun di perkarangan rumah negeri mereka bagi menyatakan sokongan terhadap himpunan rakyat (BERSIH) pada 9 Julai ini.Turut bersama Presiden SUARA serta ahli-ahli jawatankuasanya.
Gerakan menyokong himpunan BERSIH bagi mahasiswa Malaysia di Mesir yang diketuai oleh Presiden SUARA turut sampai ke Masjid Al-Azhar. Rakan-rakan kita dari mahasiswa tempatan juga mengikuti perkembangan isu semasa di Malaysia.Apa yang menarik mereka turut menyatakan sokongan mereka terhadap "Al-Ijtima' An-Nazhofah" kepada Presiden SUARA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan