Ahad, 31 Julai 2011

Adakah dia pegawai kangkung?

  Mutakhir ini, kebangkitan golongan intelektual amat mengujakan. Partisipasi mahasiswa secara lansung dalam arena kebangkitan telah membuka mata semua pihak. Gelombang samudera golongan intelektual telah menular. Kenapa suasana ini berlaku?Sukalah saya membicarakan isu yang sering di dipertikaikan yang mana ianya merupakan suatu doktrin yang wajib diketahui oleh semua barisan mahasiswa.

  Kesan daripada partisipasi mahasiswa dalam mendepani hak, saya terpanggil untuk memberi justifikasi isu yang dilihat dari pandangan mata kasar.Adalah mudah untuk saya melabelkan pegawai yang berkhidmat di Mesir sebagai 'pegawai kangkung'.Sandaran yang dipatrikan sebagai pegawai kangkung ialah lebih kepada sikap dan cara beliau berinteraksi dengan mahasiswa yang seolah-olah berada di tahap pra matang.

  Secara komprehensif di nilai dalam artikulasi, intermediasi, dan pembuatan keputusan yang kompleks dan pelbagai.Justeru itu,apakah ini yang dinamakan sifat seorang cendekiawan dan akhlak seorang yang berstatus profesional?

Apakah yang dimaksudkan pegawai kangkung? Kangkung adalah sejenis batang yang agak seperti kuat bila dilihat tetapi sebenarnya rompong didalam.Tumbuh di dalam sungai, bukan untuk menambah baik bahkan mengikut aliran sungai semata-mata, malah menyebabkan sampah-sarap terperangkap dari mengalir.

  Peribadi yang cuba ditonjolkan oleh pegawai di Mesir ini lebih kepada sikap dan cara beliau yang tidak mencerminkan kelayakan akedemik beliau.Ya, benar! saya tidak lontarkan status pegawai kangkung kepada semua pegawai bahkan segelintir cuma.


  Jika ditelusuri, apakah ini dinamakan sifat seorang cedekiawan dan akhlak seorang pegawai? Sebagai seorang yang profesional, perlulah menilai dari sudut yang pelbagai serta setanding dengan nilai keilmuan yang mereka miliki. Pandangan yang dilontarkan kepada mahasiswa haruslah fair anda square.

  Kini barulah saya percaya sememangnya wujud pegawai kangkung yang hanya riak, angkuh dan berlagak tin kosong dan hanya mendabik dada tetapi tidak mencerminkan sebagai seorang yang profesional.Sepertimana dalam hadith sahih Rasulullah s.a.w. mafhumnya:

“Apabila manusia melihat seorang penzalim dan tidak cuba mnghalangnya, maka Allah akan membalas mereka dengan azab-Nya”.

  Adakah kita selaku mahasiswa Islam hanya berduduk diam dan rela diekploitasi oleh tangan-tangan rakus yang cuba untuk menzalimi dan mengkhianati hak kita?. Ayuh sahabat-sahabat, anda mampu untuk mengubahnya.Anda tidak keseorangan.Isu kezaliman ini bukan isu yang hanya hendak memuatkan laman-laman bicara dan berita tetapi isu kezaliman ini isu kita semua dalam menegakkan yang hak.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails