Bekas tahanan yang baru dibebaskan di Ramallah menyatakan kepada  Infopalestina bahawa penyiksaan di penjara tentera Abbas sangat memberi  kesan buruk terhadap kehidupan mereka, dari segi fizikal mahupun mental.  Berita yang tersebar bahawa penyiksaan dihentikan hanyalah dusta dan  pembohongan semata.
Bekas tahanan menyatakan bahawa para penyiasat tentera di penjara  preventif Beitunia melakukan penyiksaan terhadap salah seorang tawanan  secara keras dan ganas, menusuk kepalanya dengan jarum dan benda tajam.  Dalam kenyataannya menyebutkan bahawa para penyiasat meletakan pengait  besinya di atas kepala, kemudian menekannya dengan kuat sehinga darah  mengalir dari kepalanya yang meninggalkan kesakitan dan kecederaan yang  sangat teruk.
Para penyiasat juga memukul tahanan secara ganas di bahagian lambung  dan menendang dengan keras sehingga darah keluar dari mulutnya. Kemudian  diikat secara silang dan dilarang tidur dan solat. Hal ini yang  menyebabkan keadaan kesihatannya memburuk dan terpaksa dihantar beberapa  kali ke hospital sementara itu pihak keluarga dilarang melawatnya.
Sementara itu salah seoarang tahanan dipaksa berdiri terbalik dengan  bersandar pada jari tangannya. Kemudian salah seorang penyiasat bertubuh  gempal melompat ke atasnya yang menyebabkan beberapa jari tahanan  tersebut patah.

bangsat! bila lagi umat Islam nak bangkit ni??? Allah akan selamatkan saudara kita dgn KHILAFAH!
BalasPadamkejam!!
BalasPadam