Khamis, 16 Disember 2010

Palestin : Kesihatan terancam akibat musim sejuk + kekurangan pakaian musim sejuk


Selasa, 14/12/2010 – Pusat tahanan kajian berkata, pihak berkuasa penjara Israel menghalang tahanan Palestin daripada mendapatkan pakaian musim sejuk di penjara-penjara untuk tahun keempat berturut-turut. Ini membuatkan mereka terdedah kepada risiko kesihatan, terutama kerana suhu yang rendah pada musim ini.
Pusat ini menyatakan keprihatinannya atas keadaan kesihatan tahanan, khususnya mereka yang dilarang dari dilawat oleh keluarga mereka yang biasanya membawa pakaian yang diperlukan.Pusat ini merayu pertubuhan hak asasi manusia agar segera campur tangan untuk menekan pengganas Israel supaya mereka menyediakan pakaian musim sejuk kepada tahanan-tahanan itu.

 sumber: Palestinkini
p/s: Mesir bersebelahan dengan Palestin.Saya pun dapat rasai kesejukan yang teramat di Mesir walaupun mempunyai kelengkapan pakaian musim sejuk , bagaimanalah keadaan saudara seislam kita yang diringkup dipenjara Israel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails