Khamis, 16 Disember 2010

Jom jadi Jenin

Penyanyi: 5forty2
Tajuk Lirik Lagu: Jom Jadi Jenin

[Verse 1]
Dengar citer orang dulu jadikan renungan
Pasal sorang mamat kononnya kerja asyik berangan
Baik duduk tengah makan atau petik buah kelapa
Tak habis-habis plan, cita-cita jadi kaya
Hasil petik kelapa dia nak beli banyak ayam
Biar biak jadi ladang pastu takyah jadi khadam
Boleh jadi tuan, cuma
urus perniagaan
Perniagaan pun berkembang kaya sebagai balasan
Boleh kahwin puteri boleh dapat penghormatan
Itulah destinasi dia punya kejayaan
Watak tu memang punya perancangan yang cemerlang
Tapi aneh kenapa dia dimatikan terang-terang
Mesti ada sebab untuk kita semua fikir
Bukak mata bukak minda berfikiran kritis sikit
Mat Jenin mati dibunuh bukan sebab berangan
Penjajah tak mau tengok orang kita kehadapan

[Verse 2]
Pe dose Jenin dimati sedemikian
Kite lihat angan2 dia lihat mase depan
Dia ade impian imaginasi penuh visi
Bermula dgn mimpi dia karang strategi
Perancangan da jelas,cume tinggal usehe
Jenin dikebumikan, tak nak kita ikut die
Terkubur angan2 konon buat tauladan
Hidup la org kite,takut nak berwawasan
Dan terus ketinggalan,kabur penuh alasan

Pelan takde rancangan cume hanye bualan
Lihat sudut positif dalam cerita jenin
Impian milik kite klu kenal erti rajin
Imaginasikan hala tuju biar nampak jalan
Biar jelas biar nyata mana kiri mana kanan
Mesti ada sasaran baru kita boleh maju
Kemana hendak pergi tu perlu kita tahu
Kalau takda matlamat, kalau takda wawasan
Itu aku bagi korang sendiri la bayangkan

[Chorus]
Jom jadi Jenin berani berimaginasi
Jangan takut nak bermimpi janji ada usaha skali
Bayangkan semua target bayangkan cita-cita
InsyaAllah realiti, berpihak pada kita

[Verse 3]
Kalau takda angan mana wujud perancangan
Hanya perancangan menjayakan kenyataan
Lihatlah yang berjaya diorang semua punya mimpi
Mimipi bakar semangat azimat dalam diri
Cuba kita bayangkan kalau Jenin terus hidup
Bayangkan kalau semua perancangan dia ikut
InshaAllah berjaya capai semua yang dia cita
Kan lebih baik dari...tak rancang apa-apa
Renung balik hidup, cuba tanya balik diri
Kejayaan hari ni, mesti dulu pernah impi

[Chorus]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails