Berikut       adalah Doa Akhir Tahun  
Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli  keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada  perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku  belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak  melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau  berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat  selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku  memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang  demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku  dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai  Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah  Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan  Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga  dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.  
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: 
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
 
 | - |   
 | Doa Awal Tahun dibaca       3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa       ini, Syaitan berkata |   
 | “Telah       amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah       mewakilkan  |   
 | dua       Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”. |   
 | Berikut       adalah Doa Awal Tahun |   
    
Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli  keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke  atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini  adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon  pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan  pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan  terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang  mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah  berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas  ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.  | 
Assalammua'alaikum warahmatullah..
BalasPadamSyukran kathiran atas perkongsian =)
Assalammua'alaikum warahmatullah..
BalasPadamAlhamdulillah,syukran kathiran atas perkongsian bermakna =)
syukran
BalasPadam