Jumaat, 8 Oktober 2010

::|| sELaMaTkaN MuSLiMaT PaLEsTiN !! ||::

Negara-negara Arab yang mencecah lebih 50 buah negara lansung tidak pernah mempamerkan sensitiviti yang serius ke atas kekejian Israel terhadap warga Palestin.


Melihat kepada wanita Palestin seringkali di eksploitasikan oleh rejim Zionis yang tidak pernah

kenal erti harga maruah seorang wanita.


Sepertimana yang telah dirungkaikan oleh Menteri Urusan Tahanan Palestin Mohammad Farag Al-Goul meminta negara-negara Arab bersatu menyelamatkan wanita Palestin dari ancaman terorisme rejim Zionis.Dengan nada kekecewaan Al-Ghoul mengeluhkan sikap negara-negara Arab yang mengabaikan nasib rakyat Palestin.


"Kemana kebanggaan mereka sebagai orang Arab. Mereka seharusnya melakukan sesuatu melihat apa yang terjadi pada kaum wanita Palestin," ujar Al-Ghoul.


Jumaat ,08/10/2010 – Wanita yang menjadi tahanan di dalam rakaman video di mana tentera Israel menari mengelilinginya ingin menyaman pihak tentera Israel di atas penghinaan dan aib yang dialaminya.


Saluran 10 TV Israel menayangkan sebuah video Youtube menunjukkan seorang tentera Israel menari mengelilingi seorang wanita Palestin yang diikat dan ditutup matanya serta dipaksa menghadap dinding.


Wanita terbabit, Ihsan Dababisa, 35, dari Kampung Al-Khalil, Nuba berkata, “Saya tonton rakaman itu di saluran Jazeerah. Selepas menonton, saya tidak boleh tidur, saya rasa sangat dihina. Suara ketawa dan muzik yang mereka mainkan kedengaran bingit di telinga saya.”


“Saya telah menghubungi Persatuan Penjara Palestin, kami akan mengajukan kes terhadap tentera itu dan tentera Israel keseluruhannya,” Dababisa terus menambah. Beliau mengatakan, beliau ditahan pada 11 Oktober 2007 di atas tuduhan bersekutu dengan gerakan Jihad Islam serta dipenjarakan selama 22 bulan.






Sumber: Palestinkin 
              Era Muslim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails