Rabu, 27 Oktober 2010

::|| kEs aNaK dERHaka mENiNgKat , mELaYu mENuJu KeHaNCuRaN ||::

Semalam kes anak nak campak ibu dari rumah pangsa di Cheras. Hari ni akhbar melaporkan anak tumbuk ibu sampai koma di Kemaman, anak ugut bakar rumah ibu di Ampang, isteri dibelasah suami dah 18 tahun di Ipoh. Apa nak jadi dengan masyarakat kita? Adakah ini Bala Gejala Sosial? Kita sentiasa dimomokkan dengan pembangunan fizikal, tetapi pembangunan mental dan spiritual sering dikesampingkan.

Semua pihak, semua parti politik, semua individu harus menumpukan pembangunan mental dan spiritual ketika ini yang semakin parah. 
Sebanyak 3 juta daripada 26 juta penduduk termasuk kanak-kanak di negara ini disahkan menghidap masalah gangguan mental atau emosi. Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Analisis kes sakit mental di Malaysia di http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html  
Tumbuk ibu sampai koma
Harian Metro 27 Okt 2010  
KEMAMAN: Akibat berang dengan sikap ibunya yang dikatakan lambat membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya, seorang lelaki sanggup menumbuk muka ibunya itu sehingga terjatuh dan koma. 
Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari di Kampung Mak Chili Paya, di sini, kelmarin, ibu malang itu yang juga seorang suri rumah mengalami pendarahan teruk di muka akibat kesan tumbukan kuat anaknya sebelum terjatuh dan mukanya tersembam pada meja kayu. 
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, akibat kesan tumbukan itu, mangsa mengalami patah tulang kening manakala hidung dan mulutnya mengalami pendarahan teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Kemaman (HK) oleh seorang anak saudaranya yang melihat kejadian itu. 
“Bagaimanapun wanita berusia 49 tahun itu dikatakan koma ketika dalam perjalanan ke HK dan dirawat di unit rawatan rapi sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan lanjut,” katanya. Menurutnya, mangsa mula sedar pada awal petang semalam dan menunjukkan tanda pulih. 
Abdullah berkata, pemeriksaan imbasan yang dilakukan terhadap wanita berkenaan di HTAA bagaimanapun menunjukkan tidak berlaku sebarang pendarahan dalam otak dan dia dirujuk semula ke HK untuk rawatan lanjut. 
“Susulan itu polis menahan reman seorang lelaki yang juga anak ketiga mangsa berumur 25 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun,” katanya. 
Menurutnya, sebelum kejadian itu suspek yang bekerja di sebuah syarikat petroleum di sini dikatakan baru pulang dari tempat kerjanya sementara ibunya sedang mengemas rumah. Abdullah berkata, suspek dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada 6 November depan dan inginkan kepastian daripada ibunya mengenai perkembangan persiapan perkahwinan seperti kelengkapan pelamin, barangan hantaran dan jamuan. 
Ugut bunuh, bakar rumah emak
Harian Metro 27 Okt 2010
AMPANG: Seorang anak sanggup mengugut mahu membunuh dan membakar rumah didiami ibunya hanya semata-mata mahu rumah itu yang terletak di Kuala Ampang, di sini dijual. Akibat perbuatan anak derhaka terbabit, ibu malang berkenaan yang baru bersara daripada perkhidmatan kerajaan melarikan dan menumpang di rumah saudara kerana khuatir anak kandungnya itu akan bertindak di luar dugaan. 
Malah, anaknya yang bekerja sebagai pegawai di sebuah bank itu sanggup menakut-nakutkan ibunya apabila membawa sebatang besi kerana tidak berpuas hati dengan tindakan ibunya yang enggan menjual rumah itu. Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu, ketika mangsa berada di rumahnya sebelum didatangi anak lelakinya itu yang berusia lingkungan 30-an. 
“Dalam keadaan marah, anaknya mengamuk dengan menyepak perkakas rumah dan turut mengugut akan membunuh ibunya itu jika enggan menjual rumah dan memberikan wang yang diperolehi kepadanya.
“Bagaimanapun, si ibu cuba mententeramkan keadaan dan menerangkan kepada anaknya itu yang dia kini dalam proses untuk menjual rumah berkenaan dan memintanya bersabar,” katanya. Menurutnya, mangsa turut memberitahu akan mendapat hak sewajarnya selepas segala urusan jual beli rumah selesai kelak. 
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan juga penahanan suspek. “Lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya. 
18 tahun dibelasah suami
Harian Metro 27 Okt 2010  
IPOH: “Saya tak pernah kenal erti kebahagiaan sejak berkahwin dengannya lebih 18 tahun lalu. Sudah kering air mata mengenangkan nasib diri kerana syurga rumah tangga diimpikan pada awal perkahwinan bertukar menjadi igauan ngeri,” kata seorang suri rumah, Salina, 39, yang mendakwa didera suaminya secara fizikal dan mental sejak 18 tahun lalu. 
Ibu kepada tiga anak perempuan berusia lima, 16 dan 18 tahun itu akhirnya nekad membuka mulut kelmarin selepas tidak sanggup lagi menanggung sengsara diperlakukan seperti ‘beg pasir’ oleh suaminya yang berusia 40 tahun.  
“Saya dilayan seperti hamba oleh suami. Malah, nasib saya juga seperti digantung tidak bertali sejak lima tahun lalu apabila terpaksa mengerah kudrat dan menebalkan muka bekerja di kilang dan kedai makan bagi menyara perbelanjaan harian dan anak-anak kerana suami tidak lagi memberi nafkah. 
“Sikap buruknya tak berubah. Dia hanya pulang ke rumah seminggu sekali dan setiap kali pulang, meminta wang daripada saya. “Jika tidak diberi, dia pukul saya malah dia juga pernah beberapa kali menghalau saya keluar dari rumah tapi disebabkan tiada tempat dituju dan memikirkan nasib anak, saya pulang semula,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Pengkalan, dekat sini, kelmarin. 
Salina berkata, dalam kejadian terbaru minggu lalu, suaminya bertindak ganas memukul kepalanya dengan kerusi sehingga dia terpaksa melarikan diri ke rumah anak sulung tidak jauh dari rumahnya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh. Salina yang cedera di kepala dan menerima rawatan pesakit luar di sebuah hospital berkata, sebelum ini dia tidak berani melaporkan kejadian dia didera kepada polis kerana takutkan suami yang juga bekas askar tetapi dibuang kerja atas kesalahan disiplin pada 2002. 
“Tidak lama selepas berkahwin dengan saya, suami bernikah seorang lagi tapi isteri keduanya diceraikan tidak lama kemudian kerana perkahwinannya tidak mendapat persetujuan saya. “Dia kemudian berkahwin sekali lagi tapi bercerai kerana isteri ketiganya kerana menerima nasib sama seperti saya tetapi dia berkahwin kali keempat pada 2008,” katanya. 
“Saya pernah beberapa kali minta cerai tapi dia enggan melepaskan saya. Saya berharap ada pihak sudi membantu menguruskan proses perceraian saya dan kini saya hanya bergantung hidup atas bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya. 
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/18tahundibelasahsuami/Article/index_html

 Respon pembaca TKO:
cian betul...
mana keadilan ??
islam menitik beratkan keadilan dlm masalah rumahtangga..
byk kes rumahtangga tersadai kat mahkamah syariah..
mana pegi hakim dan peguam syariah??
bila nak sebut kes hakim cuti aaa, pergi kurusus aaa.. mcm mcm lagi karenah..
la ni nak cerai pun susah... siap masuk lam paper lagik!!
mengaibkan pasangan yang nak bercerai...
byk akta perlu di perkuatkan..
hakikatnya.... kita mengamalkan negara islam tapi tidak bertindak adil pada ummahnyaa..
 bagus lagi negara eropah  dan barat.
walaupun tak amalkan islam tapi ciri ciri dr perundangan islam tu ada...
cthnya bila cerai... conform kena bayar kat bekas isteri sejumlah wang, langsam atau potongan gaji setiap bulan... mrk tak perlu mahkamah syariah nak jln kan perundangan tersebut... pakai mahamah sijil jerr..
kalau d mesia perundangan mahkamah sijil jer yg di utama, perundangan mahkamah syariah di pandang sepi... siap boleh beli lg undang undang... byk terjadi tertuduh kes khalwat atau pukul bini tak dapat di dakwa, malah yg tukang report atau saksi plak yg teruk kena belasah kat mahkamah....dan byk juga kes cerai berai ni sampai berbelas belas malah sampai berpuluh puluh tahun ada yg tak selesai...
habis sapa yg jadi mangsa?? 

sumber: TKO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails