Selasa, 15 Disember 2009

::|| taDHiaH ||::




Tajuk penulisan saya pada kali ini ialah TADHIAH.Tadhiah yang diberi maksud dalam bahasa melayu ialah pengorbanan.Semoga dengan penulisan saya yang bertajuk tadhiah ini memberi sedikit sebanyak santapan rohani dalam setiap sanubari duyuful kiram.Berbalik kepada tajuk yang saya utara kan ,salah satu pengorbanan yang suka saya bentangkan dalam post saya ialah rentetan dari kisah para nabi kita iaitu kisah Nabi Ibrahim AS bersama anaknya Nabi Ismail AS.Apabila kita menghayati kisah tersebut,dapat kita lihat betapa besar dan tingginya pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS untuk menjalankan perintah Allah iaitu menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.Disini juga , pengorbanan jiwa remaja iaitu Nabi Ismail As yang merelakan dirinya untuk disembelih.Jelas terbukti bahawa ini merupakan bukti kecintaan para nabi kepada ALLAH SWT.Terang lagi bersuluh bahawa istifadah yang dapat diambil dari perjuangan Nabi Ismail bahawa generasi muda harus meniru semangat yang dibawa oleh nabi kita yang mengabdi diri nya kepada orang tua nya demi kerana ALLAH SWT .Generasi masakini dan selamanya perlu melahirkan jiwa-jiwa seperti Nabi Ismail yang sedia berbakti ,mengorbankan dirinya untuk kedua ibu bapa.

Pengorbanan terhadap kedua ibu bapa adalah sangat perlu dan amat dituntut bagi menghargai segala jerit perih yang di limpahkan kepada kita selaku anak.Duyuful kiram,ingatlah betapa besarnya kasih sayang ibu bapa terhadap kita ,mereka memberi perhatian amat serius mengenai tempat tinggal ,makan minum,pendidikan ,serta penjagaan kita pada setiap masa tanpa keluh kesah.Firman ALLAH SWT " Dan tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua .Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu ,maka sesekali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan jangan lah kamu membentak keduanya .Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah " wahai tuhanku ,sayangilah mereka keduanya ,sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil"( surah Al-Israa : Ayat 23-24 )

Konklusi yang dapat kita ambil,terdapat dua dimensi yg diutarakan,pengorbanan nabi kepada Sang Pencipta serta pengobanan kedua ibu bapa .Semoga dengan dua dimensi ini dapat menyelinap disetiap sanubari kita sebagai esensi utama ketika kita alpha dan jauh dari muhasabah diri.Justeru itu ,dengan ada nya nikmat yang paling berharga bagi kita iaitu nikmat iman dan nikmat islam , akan meningkatkan lagi prestasi ibadah kita dan tanggungjawab kita selaku khalifah di bumi Allah.Sedangkan kita sedia maklum iman kita kadang berada di atas dan kadang berada dibawah atau lebih dikenali sebagai iman yazid wa yanqus .Maka dengan kondusi iman kita yang sering di uji,moga-moga kita dalam pemerhatian ALLAH SWT dan jauh dari perkara yang boleh membawa kebencian dari Sang Pencipta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails