Kullu sanah wa antum toyyibin buat sekalian duyuful kiram sempena Sambutan Awal Muharam Maal Hijrah(1431 H).Dengan lahirnya tahun baru ,akan lebih memantapkan lagi norma-norma kehidupan kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.Bahkan sebagai dai`e yang melebarkan sayap perjuangan Rasulullah SAW.Apakah azam duyuful kiram sempena 1431 H?Dan adakah terlaksana misi-misi serta method-method yang hendak dicapai?Atau kalian tidak mempunyai azam?Mengapa setiap kali bermulanya tahun baru,tidak kira tahun baru masihi atau tahun baru hijrah,pasti kedengaran disetiap corong telinga memperkatakan azam.Apa itu azam? Azam adalah sebuah keinginan .Ia lahir daripada kesedaran seseorang untuk membuat anjakan paradigma kepada sesuatu keadaan yang lebih baik dan akhirnya membenihkan cita-cita .Apa yang paling penting ialah ketetapan niat kita adalah untuk berhijrah kepada yang lebih baik dan sesungguhnya hijrah menuju Allah dan RasulNya membawa kepada kejayaan yang hakiki.
Sedia maklum kita fahami bahawa umat islam menyambut Maal Hijrah setiap tahun bagi mengingati perjuangan Rasulullah SAW dan sahabat dalam peristiwa hijrah mekah ke madinah.Hijrah adalah peritiwa penting bagi sejarah Islam.Menurut konteks yang difokuskan dalam sirah Rasulullah SAW,hijrah membolehkan baginda mengatur strategi yang lebih berkesan bagi umat islam menggembleng usaha dan mengukuhkan kekuatan umat islam.Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru islam (Kalendar Hijrah) ialah Muharam.
Cuba kita perhatikan fenomena yang berlaku disekeliling kita.Adakah benar-benar kita melanksanakan dan mentadabbur esensi konteks maal hijrah tersebut?Hijrah bagi umat islam bukan sekadar membilang detik masa atau mengadakan pertunjukkan hiburan dan bunga api , apatah lagi mabuk sehingga melupakan tatasusila sebagai seorang MANUSIA.Sandaran yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW telah meleset sama sekali dengan apa yang diraikan pada zaman sekarang.Sekadar minoriti yang benar-benar memahami perjuangan nabi kita.Semoga dengan berbekalkan minoriti ini ,islam akan bangkit dan menyebarluaskan rantai-rantai perjuangan Rasulullah demi Ad-dinullah.Jelas disini , membuat resolusi pada diri amatlah dituntut melakar perubahan lantas melaksankannya hanya kerana allah ,segala urusan bermula dan berakhir dengan izin Allah dan dengan keagungan rahmatNya.
Konsep yang dikaitkan dengan hubungan hijrah dan kejayaan akan mendapat rahmat Allah.Firman Allah SWT yang bermaksud " Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah dan berjihad dijalan Allah,mereka itulah yang boleh mengharap rahmat dariNya".(surah Al-Baqarah:218)
Semoga dengan sedikit entri saya pada kali ini menjadi santapan rohani buat sekalian duyuful kiram.Sedikit aktiviti yang mahu dikongsi bersama.Saya bersama sahabat saya obit dan timah,kami ada menulis azam pada awal tahun lepas.Setiap lembaran azam itu,masih belum dibuka.InsyaAllah,ada kelapangan dalam waktu terdekat,kami akan melontarkan bibit-bibit azam yang kami pernah nukilkan lewat tahun lepas.Perancangan membuka helaian bibi-bibit azam itu bertempat di nadi Sungai Nil.Semoga dengan cara ini juga menjadi salah satu elemen kredit ukhwah kami yang disulam dengan kasih sayang sesama.Sempena bulan Muharam yang penuh mulia ini,saya sebagai blogger ZHULIANA.BLOGSPOT.COM mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah (1431H).semoga kita dijauhkan dari perkara yang tidak mendatangkan manfaat bahkan mendekatkan lagi diri kita dengan mentaqarubkan diri kepada Allah SWT.Sabda Nabi SAW" orang yang berhijrah itu ialah mereka yang meninggalkan apa-apa yang dilarang Allah keatasnya" (Hadis riwayat Bukhari&Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan