Ahad, 20 Disember 2009

::|| aDakah kiTa berEtiKa daLam DuniA pENuLisaN BLog??? ||::


Kalau kita lihat hari ni, ramai pengguna internet di Malaysia yang telah mempunyai blog. Tak kiralah blog itu berdomain percuma ataupun berbayar. Ramai yang berlumba-lumba nak jadi blogger.

Tetapi berapa ramaikah yang betul-betul faham apa yang harus mereka tulis? Bagaimana cara sebenar untuk menulis? Apakah benda yang patut dan tidak patut di tulis di dalam blog dan adakah blog itu sebagai satu platform untuk mengutarakan pendapat atau ketidakpuashatian diri sendiri?

Sebagai rakyat Malaysia, kita diberikan hak kebebasan untuk bersuara. Harus diingat, bukan hanya di parlimen sahaja kita boleh bebas bersuara. Ramai yang tidak jelas akan perkara itu. Dalam artikel 10 (1)(a) jelas menyatakan hal tersebut.

Walau bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia dan juga seorang blogger, kenalah berpegang teguh pada ajaran agama, tatasusila dan budaya . Janganlah sampai menghasut, menghina dan menjatuhkan maruah. Itu tak elok. Gunakanlah kebebasan yang diberikan sebaiknya.

Kini, telah diwujudkan beberapa kod etika untuk dipatuhi oleh blogger. Sebelum ni, mungkin kita tak berapa jelas atau langsung tak tahu pun tentang etika blogger ni. Apa bendanya etika-etika ni semua?

Kod etika blogger.

1. Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.

2. Tidak memplagiat hasil tulisan.

3. Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.

4. Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.

5. Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.

6. Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.

7. Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.

8. Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.

9. Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.


Sumber kod etika : Utusan Malaysia Online


p/s: adakah saya atau blogger yang lain mengikuti etika di atas????? mesti patuhi ATAU tidak??




6 ulasan:

  1. Hmm saya tertarik dgn entri ni...

    Tp kalau yang no. 2 tu sy setuju 50:50

    Sbbnya dalam proses menyebarkan ilmu, sedikit plagiat itu perlu. Cuma etiketnya, perlu dinyatakan link kembali (backlink).

    Tp apa-apapun terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat.

    BalasPadam
  2. salam....

    tq bagi maklumat ini...

    kdg2 kita terlalu jada undang2 manusia tapi undang2 Allah kita abaikan...

    tq ziarah blog saya...tq atas perkongsian ilmu

    salam perjuangan...

    http://ashsyumul.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. kepada M Ridzuan Al Kindy...

    syukran atas respon yang diberikan.. manifesto yang di utarakan dari akhbar utusan berkaitan kod etika itu,saya juga berpendapat seperti saudara.

    BalasPadam
  4. kepada putraz april
    syukran atas respon.. siru ala barakatillah

    BalasPadam
  5. Untuk versi asal dalam Bahasa Inggeris yang diguna pakai oleh Pakatan Cyber Journalist SeDunia, boleh refer ke http://sue-sygckit.blogspot.com/2009/12/code-of-ethics.html
    Terima Kasih :)

    BalasPadam
  6. bagi sy, mcm2 kegunaan blog. skarang ni ramai yg suka tulis blog bg tujuan diari atau coretan kehidupan mereka sehari. terpulang pada individu masing2. x boleh nk salahkn blogger kalau ada plagiat blaku. mungkin ada gunanya plagiat tu sbb boleh sebarkan maklumat kpd pmbaca lain. asalkn jangan pula blogger tu mengaku itu hasil tulisan beliau. -sekadar pendapat sy je-

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails