Pemimpin Umno diseru agar jangan melihat Islam dari kacamata barat apabila mendakwa Agama Islam di negara ini sudah banyak tercemar dan pegangan kepada ajarannya telah menjadi luntur akibat Islam diperalat untuk kepentingan politik duniawi.
Menegaskan perkara ini, Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, menjelaskan politik adalah sebahagian daripada Islam, dan tanpa politik dalam Islam maka Islam itu akan tercemar dan tidak sempurna.
Katanya lagi, mereka yang berpendapat Islam dan politik adalah berbeza dan terpisah,dianggap terpengaruh dengan pandangan sekular.
“Nabi Muhammad s.a.w membawa Islam secara menyeluruh termasuk adanya politik dalam ajarannya, oleh kerana itulah rakyat Madinah dapat menerima kehadiran Nabi Muhammad s.a.w selepas Baginda ke sana.”
“Maknanya kalau dalam Islam tidak ada politik, maka sudah tentulah Islam tidak ada kuasa! Apatah lagi Islam akan dicemari mereka yang tidak tahu tentang Islam,” katanya.
Kata beliau lagi, Baginda tidak memisahkan Islam dengan politik dalam ajaran dan kehidupannya, akhirnya Baginda dihormati oleh kaum dan penganut agama lain.
Beliau berkata, apa yang berlaku pada hari ini, persepsi Islam tercemar kerana orang Islam memahami Islam secara salah dengan mengutip sumber Islam berdasarkan apa yang diajar oleh barat.
Sumber : Harakah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan