Peristiwa Badar Al-Kubra, yang merupakan peperangan pertama bagi umat Islam. Tanggal 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah adalah satu peristiwa yang cukup penting kerana peristiwa tersebut menjadi penentu sama ada yang hak akan berada di atas kebatilan atau yang batil akan berada di atas yang hak.
Antara semangat Badar yang perlu kita contohi selaku golongan pemuda ialah dua orang tentera Badar Kubra yang dikenali sebagai Muaz Bin Amru r.a(14 tahun) dan Muawwidz bin Afra' r.a(13 tahun).Beliau merupakan yang terlalu muda dikalangan mujahiddin Badar Kubra ketika itu sudahpun mempunyai jiwa juang yang tinggi.Keduanya memiliki semangat yang kental dan bergegas menyertai kaum muslimin yang berangkat menuju ke Lembah Badar.
Meskipun usia mereka yang masih muda belia, tetapi cita-cita mereka jauh lebih hebat dan lebih besar daripada cita-cita pemuda yang lain, terutamanya jika dibandingkan dengan pemuda dizaman sekarang.
Antara semangat Badar yang perlu kita contohi selaku golongan pemuda ialah dua orang tentera Badar Kubra yang dikenali sebagai Muaz Bin Amru r.a(14 tahun) dan Muawwidz bin Afra' r.a(13 tahun).Beliau merupakan yang terlalu muda dikalangan mujahiddin Badar Kubra ketika itu sudahpun mempunyai jiwa juang yang tinggi.Keduanya memiliki semangat yang kental dan bergegas menyertai kaum muslimin yang berangkat menuju ke Lembah Badar.
Meskipun usia mereka yang masih muda belia, tetapi cita-cita mereka jauh lebih hebat dan lebih besar daripada cita-cita pemuda yang lain, terutamanya jika dibandingkan dengan pemuda dizaman sekarang.
Telah berkata Abdul Rahman Bin Auf r.a "pada Perang Badar, aku berada ditengah-tengah barisan para mujahiddin, ketika aku menoleh, ternyata disebelah kanan dan kiriku adalah dua orang anak muda belia, seolah-olah aku tidak mampu menjamin mereka akan selamat dalam keadaan itu"
Salah seorang anak muda itu bertanyakan kepada Abdul Rahman Bin Auf r.a " Wahai pakcik, manakah yang bernama Abu Jahal?" Soalan yang ditujukan kepada Abdul Rahman Bin Auf r.a itu ialah Muaz Bin Amru r.a. Muaz Bin Amru r.a berasal dari kalangan Ansar dan anak muda ini tidak pernah sama sekali melihat Abu Jahal sebelum itu.
Abdul Rahman Bin Auf r.a berkata kepada anak muda tersebut "Wahai anak saudaraku, apa yang hendak kamu lakukan terhadapnya (Abu Jahal)?"
Lalu berkata Muaz Bin Amru r.a "aku mendapat khabar berita bahawa Abu Jahal adalah orang yang pernah mencaci-maki Rasulullah s.a.w. Jika aku melihat Abu Jahal, mata aku tidak akan berkedip memandang matanya hingga salah seorang diantara kami dahulu tewas (gugur)"
Abdul Rahman Bin Auf r.a merasa taajub dengan semangat yang dilontarkan oleh anak muda tersebut.
Diceritakan oleh Muaz Bin Amru r.a "Aku melihat Abu Jahal (ketika berperang) dalam satu kepungan, maka aku pahatkan cita-cita untuk mendapatkan Abu Jahal, apabila ruang terbuka, segera aku menyerbu dan melibasnya sengan satu libasan yang memutuskan separuh betisnya".
Tentunya taruhannya itu ditebus dengan darah kerana pohon kejayaan dan kemuliaan tidak akan tumbuh berkembang selain darah-darah para mujahiddin dan syuhada.
Berkata Muaz Bin Amru r.a "Ketika itu, anak Abu Jahal iaitu Ikrimah menetakku dibahagian bahu sehingga terputus sebelah tanganku, lalu tanganku berjuntaian dengan kulit disisiku, aku tidak menghiraukan apa yang terjadi dan meneruskan berperang".
"Tatkala semakin sukar pergerakanku, maka aku letakkan kakiku di atas tanganku(yang hampir putus), kemudian aku menginjakkannya dengan kaki, lalu menariknya hingga tanganku terputus".
Demikian semangat Badar yang perlu kita tauladani dan menjadikan satu semangat dalam memperjuangkan hak mahasiswa. Perang Badar yang dikenali sebagai peristiwa penting yang menjadi penentu tertegaknya atau jatuhnya Islam dan juga menentukan sama ada yang hak atau yang batil akan meraih kemenangan.
Oleh itu, tanamkan semangat Badar dalam diri kalian supaya dapat meleburkan jiwa-jiwa durjana yang ada di Bumi Allah ini. Yakin janji Allah dan nusroh Allah.Hadapi tribulasi dengan tenang tetapi bukan tenang dengan tidak berbuat apa-apa. Ingat! tribulasi yang kalian sedang hadapi di Bumi Mesir bukan satu rekaan semata!
Saidina Ali Karamallahu Wajha pernah menukilkan : "Kebenaran yang tidak bersistematik akan dikalahkan dengan kebatilan yang bersistematik"
Maka jelas disini, terang lagi bersuluh, strategi itu penting, sepertimana tauladan yang dapat di rakam dalam peristiwa perang Badar adalah bertitik tolak daripada terhasilnya musyawarah diantara Rasulullah s.a.w dan para sahabat.Kesan daripada tindakan tersebut, terbukti keimanan para sahabat yang telah menyatakan iltizam mereka untuk bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. Walaupun menyedari bahaya yang menanti, namun dek ketenangan iman yang ada, mereka terus mara ke medan perjuangan.
Adakah kita tidak mahu menjadi seperti Muaz Bin Amru r.a?. Ayuh sahabat, sempena Ramadhan bulan jihad ini, kita realisasikan semangat Badar. Kita tampilkan roh-roh jihad yang ada dalam diri kita.Paling minimum sumbangkan diri kalian dalam istiqomah membaca doa qunut Nazilah.
Firman Allah swt yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
[Surah Ali-Imran : 200]
5 elemen kritikal dan problematik yang sedia terhidang bagi meneruskan survival seorang pejuang kebenaran :
1 - Orang mukmin yang dengki kepadanya
2 - Orang munafik yang membencinya
3 - Orang kafir yang mahu memeranginya
4 - Syaitan yang hendak menyesatkannya
5 - Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya
Justeru itu, seorang mahasiswa yang dilabel sebagai faktor sokongan atau sekunder haruslah melaksanakan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh, bekorban, dan serius selaku seorang yang berjiwa intelektual. Lawan tetap lawan. Suara mahasiswa, suara keramat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan