"Negara Berkebajikan bukan Welfare State"
Malah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ada yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan adalah sama dengan istilah welfare state yang diamalkan di negara Britain dan Sweden atau liberal welfare state yang diamalkan di Amerika Syarikat.
Justeru, katanya buku kecil Konsep Asas Negara Berkebajikan perlu lahir untuk memberikan penjelasan bahawa Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan oleh PAS adalah tidak sama dengan negara kebajikan (welfare state) yang difahami oleh kalangan pengamal sains sosial dan sains politik pada waktu ini.
“Apa yang ingin ditekankan dalam buku ini ialah bahawa pemahaman terhadap konsep Negara Berkebajikan perlu bermula dengan memahami makna, dasar, konsep dan cara pelaksanaannya melalui sumber asasi ajaran Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi panduan kepada seluruh agenda PAS mengikut perlembagaannya [Fasal 5(1) dan Fasal 7(1)] dan bukan hanya slogan politik pilihan raya semata-mata,” jelasnya dalam buku tersebut.
Hakikatnya, kata beliau bahawa Negara Berkebajikan adalah berbeza dengan Negara Kebajikan (welfare state) kerana banyak perbezaan dari segi dasar, objektif dan wawasannya walaupun terdapat sedikit persamaan tertentu dari aspek fizikal yang ingin dibangunkannya tetapi berbeza dari segi semangat rohnya.
Jelasnya, aspek fizikal mungkin ada kesamaan atau selari tetapi tamadun Barat meninggalkan aspek rohani atau pembangunan jiwa.
“Inilah yang difahami oleh umat Islam bahawa tugas manusia adalah untuk melaksanakan ibadah, amanah dan menegakkan agama dan seterusnya mentadbir urusan dunia menggunakan panduan agama dalam erti katanya yang sebenar dan universal,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang.
Menurutnya, Islam mengajar orang yang beriman bukan sahaja menerima yang terbaik daripada al-Quran dan as-Sunnah tetapi juga menerima pandangan manusia terbaik dan kebijaksanaannya walau dari mana sekalipun.
Ini, ujarnya dihuraikan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Kebijaksanaan itu laksana barang berharga yang jatuh tercicir kepunyaan seseorang yang beriman di mana sahaja sahaja dia menemuinya, maka dialah yang berhak memungutnya.
Beliau menambah, penjelasan yang ringkas melalui buku Konsep Asas Negara Berkebajikan tentunya tidak mencukupi, maka berkewajipanlah kalangan ilmuan Islam memanjangkannya dengan kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh.
Justeru, tambahnya perbincangan dan seminar sama ada secara kecilan atau lebih besar wajar dijadikan suatu medium untuk mencambahkan lagi penbendaharaan ilmu dan maklumat mengenai Negara Berkebajikan yang menjadi kepunyaan kita semua.
Syukran kerana memberi pandangan. Sedikit perkongsian dari sy berkaitan Tahaluf Siyasi. Semoga dengan sedikit perkongsian ini, kita sama2 dpt menilai dan memahami konsep yang di rungkai kan. Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.
BalasPadamPAS menjalani hubungan bersama PKR DAN DAP bukan soal AQIDAH tetapi kita bersatu kerana satu matlamat menjatuhkan BN dan MEMPERJUANGKAN HAK KEADILAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA .PAS sukar menguasai rakyat andai tidak bergabung . ISLAM mengajar kita melakukan yang terbaik , jadi andai kita perintah india , cina , iban , kadazan , siam dan lain2 tetap rakyat Malaysia yang kita tidak boleh zalimi mereka .
Jadi PAS tetap dengan dasar menegakan NEGARA ISLAM .
Ada beberapa pertimbangan yang sy cube rungkaikan kpd saudara.Antara pertimbangan yang boleh sy kaitkan ialah:
BalasPadampertame: tuntuntan meminimumkan kejahatan dan kezaliman menurut kesanggupan
------> sesiapa sanggup memininumkan kezaliman, keburukan dan kejahatan dgn apa cara sekalipun, mk dia msti mlakukannya. die msti mnolong org yg tertindas, mmbantu org yg dizalimi dan mguatkan org yg lemah.
kedua: melakukan mudarat yg ringan
------> melakukan mudarat yg paling ringan dn keburukan yg pling kecil utk mnyingkirkan mudarat dan keburukan yg lebih besar, ataupun meninggalkan kemaslahatan yg paling sedikit utk mdapatkan kemaslahatan yg paling byk.
Antara kaedah yg terkenal pula: keadaan darurat (yg memaksa) memperbolehkan apa yg mahzurat(dilarang).
Kesulitan dpt medatangkan kemudahan.
tidak memudaratkan dan tdak dimudaratkan .
kesalahan yg dimaafkan.
spertimana firman Allah dr surah Al-Baqarah : ayat 185 yg bermaksud: Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran.
Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan :
Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiliyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.
Hujah : Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliyyah, tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu orang-orang yang berakidah salah, ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.