Isnin, 29 Mac 2010

::|| StiGMa ||::




Secara logicalismenya tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu adalah menjadi suatu stigma apabila kurangnya ilmu di dada ketika mana berdepan dengan masyarakat yang sering mengajukan pelbagai permasalahan .Kadang-kadang permasalahan yang tidak dicapai dek kotak akal juga acap kali dilontarkan.Persoalannya disini ,apakah saya dan kita selaku penuntut ilmu di bumi barakah ini sudah cukup lumat dalam menghadam ilmu - ilmu di bumi Mesir ini.Dan sejauh manakah kita mengikuti kelas-kelas pengajian yang mungkin kita tidak akan perolehinya didalam kuliah.Sukalah saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat dalam menghimpunkan seluruh resolusi dalam diri kita supaya kita begitu defensive dalam memiliki antibodi ilmu yang cukup demi menyelesaikan penyakit-penyakit jiwa masyarakat sekeliling .Detik meniti waktu,masa mengingatkan kita ,hari berganti bulan ,seterusnya bulan berganti tahun,segala-galanya membawa perubahan dan sejauhmanakah impak perubahan dalam diri kita?
Allah berfirman : ''Wahai orang-orang yang beriman,mengapa kamu berkata barang yang kamu tidak buat ,besarlah kemurkaan disisi Allah bahawa kamu berkata barang yang kamu tidak buat '' ( SURAH As-Sof : 2-3 )
RENUNG - RENUNGKAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails