Isnin, 29 Mac 2010

::|| pErSoaLaN uTk sAyA ||::




soalan yg ditujukan pada saya di dalam blog zhuliana.blogspot.com


''sy mahu btanya.

andai kata seorang wanita itu, dia berkali2 dirundung fitnah syabab, maksudnya, mungkin ramai yg tertarik dgn wajahnya wajarkah dia berniqob?

ramai yg telah mcadangkannya utk berniqob. cumanya, wanita ini tidak mahu mlakukannya atas sbab cadangan manusia.

dia mahu segalanya dibuat krn Allah.

jadi..bagaimana?

jazakillah''



Untuk pertanyaan saudara/ri ini,sedikit perkongsian dari saya:
Niqob adalah antara salah satu daripada perkara khilafiyah di dalam hal agama yang diperselisihkan di kalangan para fuqaha dari dahulu sehingga ke hari ini.
Ada ulama yang mengatakan jika seorang perempuan berniqob ,dia mengambil pendapat terbaik dan keluar dari khilaf ulama.Sementara perempuan yang menutup auratnya dengan
betul kecuali muka dan tapak tangan,bermakna ia telah berpegang kepada pendapat majority ulama.

Berbalik kepada soalan saudara/ri,
Bagi muslimah yang tidak berniqob ,apabila hendak dipraktikkan pada mulanya mungkin agak sukar,maka suka lah bagi saya bahawa kita didik diri kita sendiri untuk menerima pakaian niqob itu sendiri.Persoalannya ialah syarak telah menetapkan undang-undang menutup aurat seperti itu,maka selaku hamba Allah kita mengikuti perintahNya.Apabila saudari mula memakai niqob ,lama kelamaan saudari akan rasa bahawa perintah itu memang dari Allah.Manakala manusia yang ada disekeliling saudari hanyalah menasihati.Tunjang persoalan disini adalah perintah Allah.Apabila saudari berniqob , saudari akan tahu disebalik hikmah suruhan sedemikian.Maka disini, disini tidak timbul persoalan nak lakukan sebab atas suruhan orang atau kerana Allah.

Allah berfirman : ''Dan jika mereka berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka .Dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui'' (An-nur :60)

Maafkan saya sekiranya tersalah perkongsian ilmu...

1 ulasan:

  1. Aslmkm, Kak Nana...saya nak minta pendapat akak... macamana kalau ada seorang kawan yang x pakai tudung tp dalam hati kecilnya teringin pakai tudung...sebagai kawan, apa usaha yang boleh kita lakukan untuk memberi dia kekuatan agar dia pakai tudung kerana Allah, dan x kisah tentang kata2 orang selepas dia pakai tudung..Apa nasihat yg sewajarnya kita beri agar dia sedar dan insaf bahawa pakai tudung adalah perintah Allah..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails