Kuala Lumpur, 26 September 2011 - Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Yb. Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib (gambar) meminta supaya Perdana Menteri Malaysia yang memimpin Umno supaya memperbetulkan kefahaman berkenaan Hudud memandangkan beliau merupakan seorang Islam dan memimpin sebuah parti yang majoriti ahlinya adalah terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam.Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendirian Najib pada hari semalam sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama yang melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana meraikan maqasid Syariah.













