Jumaat, 2 September 2011

Mahasiswa Bantah Cheers

Location   
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

About   
Kami selaku Mahasiswa/i yang berintelektual dan berilmu menggesa pihak pentadbiran Universiti Malaya serta Kolej-kolej Kediaman UM menghapuskan budaya 'cheers' yang sering diterapkan ketika berlangsungnya Minggu Haluansiswa Universiti Malaya.
Description   
Mengapa Budaya 'Cheers' Perlu Dibantah :

1) Menjadikan kredibiliti Universiti Malaya selaku kampus terbaik Malaysia jatuh kerana masih menerapkan anasir luar negara dan ideologi barat dengan hiburan melampau walaupun sudah berusia lebih 100 tahun kewujudannya.

2) Percampuran yang tidak terbatas antara mahasiswa/i ketika melaungkan dan menggayakan 'cheers'.

3) Menyebabkan fokus utama Minggu Haluan Siswa tidak dapat dihayati dengan baik kerana terlalu kerap berlatih dan melaungkan 'cheers' saban hari hingga larut malam.


Sedangkan fokus utama MHS adalah untuk mendedahkan kepada mahasiswa baru tentang suasana ilmiah dan progresif di kampus serta keintelektualan mahasiswa universiti bukannya pelajar sekolah menengah.

4) Bagi yang beragama Islam, agama Islam menolak hiburan melampau sehingga melupakan Tuhan (Allah) dan terlalu lalai dengan dunia. Mengapa? Kerana Islam menganjurkan hiburan secara sederhana supaya kita tidak mudah dipengaruhi dengan budaya-budaya yang tidak berfaedah yang boleh merugikan kita pada masa hadapan.

5) Latihan serta laungan 'cheers' hingga larut malam dan setiap hari sangat tidak menguntungkan mahasiswa/i baru UM. Kerana kepenatan berlatih pada waktu malam menyebabkan solat Subuh (bagi beragama Islam) terabai dan tidak terjaga.

Manakala fokus untuk setiap slot seperti penerangan pentadbiran serta aktiviti-aktiviti lain tidak dapat ditumpukan dengan sepenuh perhatian akibat pemasakan di pemikiran pelajar baru tentang 'cheers'.

Mission   
Menjadikan Minggu Haluansiswa Sesi 2013/2014 adalah SESI PERTAMA TANPA Penerapan 'Cheers' kepada pelajar-palajar baru Tahun Satu Universiti Malaya.

Misi dalam jangka masa 2 Tahun.

sumber : Fanpage Kami Bantah Budaya 'cheer' di Minggu Haluansiswa UM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails