Ahad, 5 Jun 2011

Usul-Usul Muktamar PAS 57

1. Himpunan BERSIH 2 (PAS Pusat)
• Menyedari ruang demokrasi semakin terhimpit oleh kerajaan BN, walaupun negara hampir mencapai kemerdekaan negara 54 tahun.

• Menyedari BN takut bertarung secara anak jantan di gelanggang yang sama rata dengan memperalatkan SPR.

• Menyedari tuntutan BERSIH 1 belum dilaksanakan,

1. Akses kepada media awam yang bebas dan adil kepada semua parti politik
2.Melaksanakan penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda.
3.Memansuhkan sistem undi pos
4.Umur 21 tahun secara  automatik didaftar sebagai pengundi.

Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan  3 hingga 5 Jun 2011

• Menggesa seluruh rakyat Malaysia daripada berbagai peringkat menyertai BERSIH 2 pada 9 Julai 2011 di Bandaraya Kuala Lumpur.

• Menggerak semua organ parti dan semua lapisan pimpinan parti Pas, PR dan NGO untuk menjayakan himpunan tersebut.



2. Usul Mengutuk Fitnah Menggunakan Video (Dewan Ulamak)

• Menyedari bahawa fitnah adalah salah satu daripada dosa besar yang dikutuk oleh Allah SWT kerana ia melibatkan maruah dan jati diri seorang.

Sabtu, 4 Jun 2011

Usrah, Study Dan Jongkang-Jongket

Mari refleksi diri dan artikel ini benar-benar memberi kesan pada diri penulis.Moga bermanfaat pada pengunjung blog ini......Jom Tadabbur.....

                                              ********

Lia, jomlah pergi usrah.
Lia, jomlah gi surau, berjemaah.
Lia, jomlah dengar ceramah.
Lia, ummah semakin koyak..
Marilah Lia, semampunya kita bangkit mengubah.



Aku tidak mahu.
Aku nak study.
Markah semester lepas dah cukup teruk.
Gara-gara dakwah dan program itu ini.
Aku menyesal mengikuti semuanya.
Argh,..bosan!!
Program, persatuan, tafaqquh, ceramah.. (*ringkasan : dakwah)
Hei kawan, bukan ke islam tu syumul..
Kalau nak berjaya, kena study.. Bukan sibuk ke sana ke mari.
Waktu study, studylah. Esok kalau dah berjaya, dah dapat kerja..
Aku buatlah kerja dakwah tu.
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku..
Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam.

Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang-jongking.

Jongkang-jongking?
Apa kau merepek ni??

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang-jongking.
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah.
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah.
Tu bukan dakwah namanya.
Dan tu bukan belajar namanya.

Habis tu?

Hmm, dakwah dan

Hari Naksah

Memperingati Hari Naksah kali ke-44.
Apa itu HARI NAKSAH???

Hari Naksah ialah
PENJAJAHAN TOTAL PALESTINA OLEH ISRAEL

Pemuda Depani Perubahan Anak Muda Malaysia

GOMBAK, 4 Jun - Pemuda PAS Pusat mahukan perubahan menyeluruh anak muda dari segala aspek bagi merealisasikan agenda Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bagi memimpin anak muda ke arah anak muda yang faham Islam.

Perwakilan dewan itu, Ustaz Kamal Ashaari berkata, Himpunan 1 juta Belia yang disasarkan oleh UMNO/BN hujung Mei lalu hanyalah igauan semata-mata.

Jumaat, 3 Jun 2011

Ustaz Azhar Idrus Jelajah Johor 2011

Jom pergi kuliah

Pendatang Zionis aniayai guru wanita Palestin

Sekumpulan pendatang haram Zionis-Israel telah menganiyai seorang guru wanita rakyat Palestin. Guru itu tiba-tiba ditarik tangannya dan dipukul oleh kumpulan pendatang Zionis itu. Tidak lama kemudian, sekumpulan rakyat Palestin segera membantu dan menyelamatkan guru itu. Kejadian seperti ini semakin kerap apabila bertambahnya penempatan haram Yahudi.


sumber: Palestinkini

Download Ucap Dasar Muktamar PAS kali ke-57









Klik DISINI untuk download Ucap Dasar Muktamar PAS kali ke-57

Cabaran Pemuda Dekati Golongan Muda

GOMBAK, 3 Jun - Perubahan secara demokrasi terkini boleh berlaku dengan perubahan undi penentu, sebahagian pengundi baru adalah daripada kalangan muda.

Golongan ini juga mempunyai jumlah besar dan menjadi undi penentu dalam pilihanraya akan datang.
Justeru itu, Presiden PAS menyeru Dewan Pemuda memainkan peranan mereka mendekati golongan ini.

"Peranan pemuda hendaklah dengan cara menjinakkan bukan meliarkan, dengan bahasa menarik dan mudah difaham, cara yang menghidup dan meriah, sesuai dengan sifat golongan muda yang cergas, sihat dan bersemangat,

"Supaya sifat itu dimanfaatkan untuk menyelamatkan masa depan mereka dengan menyelamatkan negara melalui perubahan islah," katanya dalam ucapan dasar perasmian muktamar pagi tadi.

Tambahnya, penubuhan Akademi Kepimpinan Pemuda yang sudah melangkaui enam tahun itu juga perlu diperluaskan peranannya.

"Generasi muda adalah harapan umat menjadi pewaris kesinambungan perjuangan dan tenaga terpenting, mereka juga menjadi sasaran musuh.

"UMNO lebih suka kalau generasi ini dalam kedaan leka, jahil, miskin dan menganggur, supaya mudah menjadi penyokong mereka, sekurang-kurangnya sekadar menjadi tukang sorak walau pun kampung tergadai," jelasnya lagi.

sumber: MUKTAMAR57

Khamis, 2 Jun 2011

Muslimat siap sedia perintah Kerajaan

SHAH ALAM, 2 Jun - Perwakilan DMP Kawasan Wilayah Persekutuan menggesa pimpinan muslimat agar menyiapkan diri untuk mengambil alih tampuk pemerintahan dari kerajaan pusat yang sedia ada.

Teh Izanuri dalam ucapan penggulungannya tadi menyatakan muslimat perlu mengubah corak berfikir seorang pembangkang kepada corak berfikir sebagai pemerintah.

“Muslimat perlu mengubah sikap suka mencari kesalahan kepada menumpukan usaha mencari penyelesaian kepada permasalahan rakyat,

“Pimpinan muslimat juga perlu bersiap sedia untuk menjadi pemimpin bukan hanya kepada parti, tetapi menjadi pemimpin kepada seluruh masyarakat, juga tidak kekok bergaul dengan pelbagai peringkat dan kaum,” tambahnya.

Beliau menyimpulkan persediaan dan perancangan merupakan faktor utama dalam menentukan kejayaan atau kegagalan satu perjuangan itu.

sumber: MUKTAMAR57

keterbatasan

Kalau rakyat Palestin dengan segala KETERBATASAN,
Merasa izzahnya Islam dengan membaling batu,
Apalah kiranya kita dengan penuh KESELESAAN,
Meraihnya dengan berhalaqah membina iman dan ilmu.

Ahlan REJAB

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”
  

Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.


Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.


Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada

31 Mei 2011 genap setahun para syuhada Mavi Marmara

31 Mei 2011 genap setahun telah berlalu pemergian 9 syuhada Mavi Marmara.Mengimbas detik-detik 9 sukarelawan dari Turki yang telah syahid dalam perjalanan menghantar bantuan kepada saudara seagama di Palestin. Mereka sanggup mengorbankan kehidupan mereka dalam misi menyampaikan bantuan ke Gaza dan menyokong serta menunjukkan perpaduan untuk saudara-saudaranya di Gaza dan Palestin.  Mereka dibunuh oleh angkatan kuffar yang cuba untuk menyerang M.V Mavi Marmara.
 

Sebarkan perkongsian ini sama ada dengan kata-kata, penulisan atau  cerita-cerita mereka sebagai satu penghormatan mereka sehingga pengorbanannya itu tidak akan dilupakan.Imbas semula detik-detik perjalanan mereka, kematian mereka dan kejahatan kuffar laknatullah yang membunuh mereka!!!

Terbukanya pintu Rafah... Alhamdulillah....

Selasa, 31/05/2011 - Kerajaan Mesir hari ini telah memutuskan untuk membuka pintu sempadan Rafah-Gaza. Pintu akan dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan cuti rasmi, mulai 9.00am hingga 5.00pm. Kerajaan Mesir juga akan berjanji memberikan servis dan layanan yang terbaik kepada mereka yang menggunakan pintu masuk ini. Para pegawai Mesir yang bertugas di pintu itu telah dikecam hebat oleh masyarakat antarabangsa kerana tindakan zalim mereka ketika pemerintahan Hosni Mubarak.
Dengan terbukanya pintu Rafah ini, pelbagai manfaat yang dapat dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat Palestin dan Mesir.

sumber: Palestinkini

Rabu, 1 Jun 2011

Khasiat kurma

petang tadi beli 4 botol susu kurma
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.




Diserap Serta-merta


Bermakna apabila kita memakan kurma,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails