Sabtu, 4 Jun 2011

Pemuda Depani Perubahan Anak Muda Malaysia

GOMBAK, 4 Jun - Pemuda PAS Pusat mahukan perubahan menyeluruh anak muda dari segala aspek bagi merealisasikan agenda Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bagi memimpin anak muda ke arah anak muda yang faham Islam.

Perwakilan dewan itu, Ustaz Kamal Ashaari berkata, Himpunan 1 juta Belia yang disasarkan oleh UMNO/BN hujung Mei lalu hanyalah igauan semata-mata.


“Hasil kehadiran hanyalah 10 juta belia. Senario ini membuktikan bahawa anak muda hari ini juga mahukan perubahan, nafas yang baru dan juga perubahan dalam negara,” katanya.

Pemuda PAS melihat keadaan anak muda akhir-akhir ini sering mengambil tempat dalam menerajui perubahan. Ini kerana pengaruh kejayaan anak muda Mesir dan Syria dalam menggulingkan pemimpin kerajaan masing-masing.

Kata Kamal, Pemuda PAS merasakan sudah tiba masanya pemuda melangkah ke peringkat antarabangsa.
Melihat kepada perubahan anak muda yang menginginkan perubahan, Pemuda PAS telah mengadakan pelbagai program untuk menarik minat anak muda kepada Islam.

“Antaranya program ‘Orang Muda Geng Kita’. Pemuda mendekati atlit kebangsaan Malaysia seperti pemain hoki; jaguh badminton, Misbun sidek dan kembara Keretapi Pemuda dari Johor hingga ke Perlis,” jelasnya.
Sementara itu, Pemuda PAS berharap gerak kerja pemuda mendapat liputan luas melalui media PAS.
Membahas ucapan dasar muktamar, beliau menyentuh kezaliman UMNO yang membebankan pelajar dengan skim PTPTN dan pemotongan subsidi.

Beliau sebelum itu turut mengucapkan tahniah kepada saf pimpinan baru dan berharap agar kepimpinan terbaru bertindak menjiwai nadi rakyat dan melaksanankan amanah sebaiknya.


sumber: MUKTAMAR57

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails