Sabtu, 28 Mac 2015

Momentum Perjuangan


Menelusuri perjuangan Rasulullah saw di dalam peperangan Badar dan peperangan Uhud,dapatlah diklasifikasikan kepada dua kategori yang sarat dengan pencerahan kepada abnaul harakah iaitu pembentukan keyakinan dan pembentukan fikrah.
Lembaran sejarah Islam mengisahkan peperangan Badar adalah peperangan pertama yang dilalui oleh umat Islam. Berpunca daripada sekatan ekonomi dan rampasan harta penduduk Islam di Mekah. Rentetan daripada lembaran sirah perjuangan, kumpulan yang sedikit bukanlah bermakna akan berlaku kekalahan, bahkan digit atau kuantiti bukanlah sebab utama kejayaan sesuatu kumpulan.Sirah yang berlaku mengingatkan kepada kita selaku abnaul harakah bahawa keyakinan merupakan tapak sebuah perjuangan.

Antara faktor tercetusnya peperangan Uhud berpunca daripada dendam pihak Quraisy Mekah terhadap kekalahan mereka di perang Badar yang menyebabkan banyak kerugian yang di alami oleh pihak Quraisy dan terbunuhnya beberapa orang kenamaan di kalangan mereka. Kesatuan fikrah di kalangan sebahagian anggota tentera membuatkan baki yang tinggal berpegang teguh di atas kedudukannya. Ini jelas membuktikan keikhlasan dan ketaatan kepada ketua para pejuang Islam ketika berhadapan dengan peperangan Uhud, kira-kira 300 orang dari 1000 orang tentera Islam menarik diri dari ikut berperang.
Dua lakaran peperangan memberi impak kesinambungan yang besar kepada prinsip dan pegangan hingga ke hari ini. Peperangan Islam bukanlah melahirkan pejuang yang ekstrim dan subvertif tetapi melahirkan pejuang yang berperang dengan penuh keimanan dan melaksanakan tugas dengan hati yang ikhlas serta berlumba-lumba mengerjakan amal soleh tanpa ada paksaan. 

Firman Allah yang bermaksud :
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.(Al Ankabut:69)

Kesedaran dan semangat semata-mata tidak akan lahir pekerja dan pendakwah yang istiqomah, maka keperluan bekalan yang perlu ada selaku komrad perjuangan ialah :-
-Pertama : Memantapkan tarbiyah diri
-Kedua : Pembinaan Ruhiyyah & Jasadiyyah
-Ketiga : Melazimi kerja secara jamaie

Ketiga-tiga item ini perlu dimiliki oleh komrad perjuangan bagi memastikan kelangsungan survival harakah islamiah itu berterusan. Adanya tarbiah,takwin ini, InsyaAllah akan lahirlah petugas yang istiqomah serta iltizam dengan matlamat dakwah yang besar dan bercita-cita mencari keredhaan Allah semata-mata.


Zhuliana bt Ambok Dalek
'Alimat Johor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails